web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Pengunduran Tentera AS Dari Afghanistan Selesai

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 1:14PM

Komander markas tentera AS Kenneth McKenzie - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan selesai sekali gus mengakhiri 20 tahun campur tangan ketenteraan di negara itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Saya di sini mengumumkan pengunduran kami dari Afghanistan selesai termasuk orang yang dipindahkan.

“Pesawat C-17 terakhir yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai pada 30 Ogos,” kata Komander markas tentera AS Kenneth McKenzie pada sidang media di Jabatan Pertahanan.

Seramai 2,461 tentera AS terbunuh termasuk 13 tentera yang maut ketika serangan pengganas pada Khamis lalu dan lebih 20,000 anggota cedera sepanjang peperangan yang disifatkan paling lama dalam sejarah melibatkan Washington.

Namun, kata McKenzie masih ada warga Amerika yang terkandas dan Jabatan Negara sedang melakukan segala yang mungkin untuk membantu mereka.

“Fasa operasi ketenteraan sudah berakhir ... sekarang fasa diplomatik akan bermula.

“AS akan terus berusaha untuk membawa pulang warganya yang masih terkandas dan kita akan cuba adakan rundingan,” katanya.

Media AS memetik seorang pegawai Jabatan Negara melaporkan, terdapat kurang daripada 250 warga Amerika yang mungkin ingin meninggalkan Afghanistan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

3

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 minit yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar