Kempen pemvaksinan yang terbesar dalam sejarah telah bermula. Dianggarkan lebih 193 juta dos telah diberikan di 87 negara, dengan kadar kira-kira 6.47 juta dos sehari.
Ia termasuk di Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan mereka yang positif virus COVID-19 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Setakat ini 59.1 juta dos telah diberikan di AS, demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Bloomberg.
AS memfokus kepada hospital dan institusi kesihatan lain dalam fasa pertama vaksin manakala fasa seterusnya di farmasi serta klinik kesihatan.
Beberapa negeri di AS juga telah menjadikan stadium dan taman tema sebagai pusat vaksinasi besar-besaran.
Malah pada 12 Januari lalu, AS telah mendorong negeri-negeri untuk mula menvaksin semua penduduk yang berumur 65 tahun ke atas, dan mereka yang berusia 16 tahun ke atas serta mengalami keadaan perubatan tertentu.
Dalam pada itu, vaksin Pfizer-BioNTech telah diluluskan penggunaannya di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah sementara negara seperti China dan Rusia menghasilkan vaksin sendiri pada Julai dan Ogos lalu, sebelum ujian sepenuhnya dijalankan.
Selain itu, negara-negara lain yang telah menjalankan program vaksin ialah Myanmar, Singapura dan Brazil. Manakala di Malaysia, bekalan COVID-19, dijangka tiba Ahad ini . - Bloomberg
