Berita Terkini

1 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Zulhijah Dan Muharam, Saksi Tumpahnya Air Mata

Banyak yang terjadi pada bulan Zulhijah dan awal bulan Muharam. Air mata suka dan duka menemani kisah-kisah ini. Kolumnis kami, Roslen Fadzil berkongsi catatannya.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 3:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesudah disempurnakan dua dos suntikan, ditambah 14 hari lagi pemencilan kendiri di rumah, saya akhirnya memberanikan diri untuk melangkah ke sebuah shopping mall, di Selangor, baru-baru ini.

Bukan sengaja cari penyakit tetapi sekadar nekad membeli gajet baru untuk kegunaan tugas.

Masuk ke pintu utama mall itu, seperti biasa kita dimestikan membuat rutin-rutin normal, disemak MySejahtera dan disaring hawa badan.

Seperti baru disyaratkan, pengawal keselamatan kini akan memeriksa satu lagi status kita iaitu Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 di dalam alat peranti kita.

Scroll ke bawah, andai dia nampak imej visual berwarna Cadmium Yellow Deep itu, kita akan dipersilakan masuk. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Suasana dalaman mall itu masih sepi. Tidak ramai pun kelibat manusia dan masih kurang lagi kedai yang beroperasi kerana saya berada dalam zon Pelan Pemulihan Negara Fasa 1.

Antara yang saya nampak kedai pakaian, farmasi, kedai produk elektronik, pasar raya, kafe, bistro serta restoran yang belum dibolehkan dine in. Suasana masih tampak abnormal. 

Selepas habis membeli apa yang patut, saya terus pulang. Seperti biasa saya akan terus ke bilik mandi.

Apa saja barang yang dibeli, saya akan semburkan bahan sanitasi malah telefon bimbit saya juga akan dibersihkan dengan tisu antibakteria setiap kali keluar ke mana-mana.

Letih memang letih namun apa boleh buat. Inilah ‘hukuman’ dan ujian buat manusia. Kita cuma ada satu pilihan - ingin terus selamat atau sebaliknya.

Minggu lalu saya ada mencadangkan sesuatu di media sosial. Awalnya, saya luahkan bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ada sekarang semacam berat sebelah kepada kita pengguna dan pelanggan.

Takkanlah kita sahaja disaringnya, bagaimana pula dengan pemilik premis perniagaan dan petugas mereka? Siapa yang boleh memastikan mereka juga telah lengkap disuntik dua dos bersama kuarantin vaksinasi 14 hari?

Ini soal interaksi dan komunikasi dua hala antara peniaga dan pelanggan. Dua-dua pihak mesti bebas virus agar semua berasa selamat.

Gambar Fail
Gambar Fail

Lalu saya cadangkan supaya pemilik setiap premis mempamerkan sijil lengkap vaksinasi mereka di pintu masuk kedai masing-masing. Tidak perlu sampai meletakkan semua sijil digital pekerja mereka, memadai sijil milik empunya kedai sebagai mewakili semua.

Benda ini mungkin nampak kecil dan remeh tetapi memberikan kesan psikologi kepada pengguna sebagaimana orang Islam melihat logo Halal Jakim ditempel di pintu kafe, kedai makan dan restoran. Bila nampak, kita tidak lagi bertanya dan terus masuk.

Cadangan ini disokong ramai netizen dan rakan selebriti malah ketika berkongsi cadangan itu dengan DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di aplikasi WhatsApp saya, baginda juga bersetuju dan cuba ketengahkannya kepada pihak berkenaan untuk sebarang pertimbangan. 

Bagi saya ini sekadar perkongsian idea sahaja kerana sebagai rakyat, kita juga ada tanggung jawab daripada asyik mengecam dan menyalahkan kerajaan. SOP itu mesti dipegang oleh setiap warga negara Malaysia.

Pastinya ramai sedih melihat apa yang wabak ini telah lakukan kepada kita semua sejak lebih setahun lalu. Kehilangan demi kehilangan terjadi dalam keluarga rakyat Malaysia setiap hari.

Meskipun jumlah vaksinasi di negara kita semakin meningkat namun bilangan mereka yang mati masih lagi tiga angka. Malah jumlah kematian harian di Malaysia sama seperti terhempasnya sebuah pesawat – setiap hari.

Cuma berita agak baik yang kita dengar, jumlah pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) makin berkurangan. Harapnya semua akan menjadi semakin baik selepas ini, insya-Allah.

Ternyata pemergian Zulhijah lalu dan kedatangan Muharam kali ini banyak membawa episod sedih khususnya dalam dunia seni.

Banyak sekali air mata tumpah dek wabak pembunuh ini ditambah bencana lain. Pun begitu air mata kegembiraan ini terjadi ketika berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tatkala melihat atlet kita beraksi.

Gambar Fail Bernama
Gambar Fail Bernama

Dari sisi kesedihan, Malaysia terpaku seketika apabila Siti Sarah Raissuddin telah pergi pada 9 Ogos lalu. Allahyarham tiada lagi sesudah ditidurkan dan melahirkan bayinya secara pembedahan.

Kepiluan ini begitu dirasai seluruh rakyat Malaysia bukan semata-mata kerana Sarah itu artis tetapi seorang ibu yang menjadi mangsa COVID-19. Dia antara yang belum divaksin, tidak sempat menatap, memeluk dan menyusukan bayinya itu. 

Kehilangan Sarah ini turut mendapat liputan media antarabangsa dan ketika saya mengambil Grab Car baru-baru, pemandu keturunan Cina juga berbual dengan saya mengenai ujian berat yang menimpa arwah. Begitulah pengakhiran seorang insan yang baik dan rajin beramal sedekah.

Sebagai pengamal media, semestinya saya juga ada banyak kenangan bersama Sarah. Tidak mampu diceritakan semuanya.

Pertemuan kami selalu terjadi di majlis sidang media, sesi foto dan penganjuran majlis hiburan seperti Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Bintang Popular BH dan Anugerah Juara Lagu (AJL). 

Namun lebih peribadi, saya mendapat peluang mencipta sebuah lirik untuk album kedua Sarah (Mimpi Pun Sama) pada 2003. Lagu yang saya nukilkan itu adalah 'Selami Perasaanku' daripada melodi pop dan soul ciptaan Ajai.

Sarah kelihatan begitu senang hati menyanyikannya tanpa cerewet langsung. Kalau berjumpa saya, Sarah dengan sikap ceria dan genitnya itu, kadangkala menyapa saya sebagai ‘Laling’ (Darling) sahaja. 

Sekali lagi pada 2019, saya mendapat peluang bekerja dengan Sarah bagi Konsert Soul Sisters terbitan Edd Razhe Entertainment yang berlangsung di Istana Budaya (IB) pada 5 dan 6 April.

Sebagai Pengarah Kreatif, saya nampak dengan jelas bagaimana sikap profesional Sarah dalam berurusan dengan kami semua team produksi, baik dari segi latihan sehinggalah pada malam konsert sebenar. 

Kenangan penulis ketika terbabit dalam Konsert Soul Sisters sebagai Pengarah Kreatif. Gambar: Roslen Fadzil
Kenangan penulis ketika terbabit dalam Konsert Soul Sisters sebagai Pengarah Kreatif. Gambar: Roslen Fadzil

Akui Penerbit Eksekutif, Edd Razhe, Sarah tidak pernah mendesak langsung soal bayaran, tidak bersikap demanding malah menyerahkan segala urusan kepada pengurusnya yang cool - Nana.

Yang penting untuk Sarah, dia hanya mahu fokus dan naik ke pentas memberikan persembahan terbaik.

Konsert Soul Sisters di Istana Budaya. Gambar: Roslen Fadzil
Konsert Soul Sisters di Istana Budaya. Gambar: Roslen Fadzil

Terus terang, hingga saat ini, saya tidak nampak pun seorang penghibur Melayu yang mampu menyanyikan lagu soul Inggeris dengan baik sebagaimana Sarah.

Vokal dan penjiwaannya sangat hebat dan natural. Seorang lagi yang bagus adalah Idayu Yaakob, cuma Idayu perlu diberikan lebih peluang untuk ke depan.

Sebenarnya, para penghibur Malaysia memang hebat-hebat namun kita telah kehilangan seorang superstar bernama Siti Sarah Raissuddin. Al-Fatihah buatmu Dik.

Dan beberapa hari lalu, saya rasa sedih melihat keadaan penyanyi 'Harapan' Fazli Zainal yang masih berjuang dengan jangkitan COVID-19 di wad Hospital Ampang, Selangor.

Semoga Fazli Zainal kembali sembuh
Semoga Fazli Zainal kembali sembuh

Namun syukurlah dalam keadaan yang cukup lemah itu Fazli masih berusaha memberi updates, tahap oksigen dalam tubuhnya kembali stabil berbanding peringkat awal dulu. 

Sama-samalah kita berdoa agar Fazli serta semua rakyat Malaysia yang masih bergelut dengan jangkitan wabak ini kembali pulih seperti sediakala. 

Doa juga ingin saya panjatkan kepada penduduk di Yan, Merbok dan Gurun, Kedah yang terbabit dengan bencana limpahan kepala air dari Puncak Jerai.

Ingatlah, dalam menguruskan pembangunan, kita harus menghormati semua makhluk lain termasuk hutan, bukit dan gunung-ganang kerana mereka juga berzikir. - Getaran, 21 Ogos 2021

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi