Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ke Manakan Hala Tuju Negara Ini Setelah 64 Tahun Merdeka?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 10:35AM

Murid sekolah mengibarkan Jalur Gemilang ketika sambutan kemerdekaan ke-60 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2017. - Gambar AFP

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 telah sekali lagi melumpuhkan sambutan Hari Merdeka tahun ini. 

Jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, sambutan bulan kemerdekaan 2021 rata-rata jelas kurang dirasai. 

Ditambah dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat, ekonomi yang tidak stabil dan kemelut politik yang tidak sudah-sudah, harus diakui, perasaan yang biasanya wujud setiap kali datangnya bulan kemerdekaan entah hilang ke mana. 

Runsing memikirkan tentang kesihatan, terkejar-kejar mencari food bank, menagih bantuan susu bayi dan lampin, terpaksa membuat dua kerja untuk memastikan sewa rumah dibayar dan mengalami gangguan emosi akibat kerap kehilangan orang tersayang disebabkan COVID-19, ternyata kehidupan rakyat biasa semakin terhimpit.

Namun, janganlah kita salahkan semua ini kepada COVID-19 sahaja. 

Pokoknya, ahli politik dan para pimpinan harus mengakui mereka juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dewasa ini.

Kerana gila kuasa, rakyat telah melihat bagaimana segelintir daripada mereka sanggup mengkhianati mandat yang diberikan. Ada juga yang sanggup menikam dari belakang apabila tuntutan mereka tidak dilayan. 

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk, Malaysia sekarang ini sudah kehilangan kestabilan yang sering digahkan.

Menerusi perbualan penulis bersama Azeem, yang diterbitkan di portal berita Twentytwo13 baru-baru ini, ahli akademik itu berpendapat situasi di Malaysia kini seperti Indonesia setelah tumbangnya kerajaan pimpinan Presiden Suharto pada 1998.

Empat orang dilantik menjadi presiden di republik itu dalam tempoh enam tahun (1998 hingga 2004), setelah jatuhnya Suharto.

Malaysia bakal melihat Perdana Menteri ketiga yang dipilih dalam tempoh tiga tahun.

Kestabilan ternyata bukan lagi milik Malaysia seperti satu ketika dahulu. Dan apa yang sedang berlaku ini akan terus menjejaskan keyakinan pelabur asing di negara ini. 

Azeem juga berpendapat kemelut politik di Malaysia tidak akan terurai walaupun selepas PRU-15. 

“Hala tuju Malaysia sekarang seperti Indonesia. Ianya tidak akan mudah dan banyak krisis politik yang akan wujud di negara ini sebelum keadaan kembali seperti sedia kala,” katanya. 

Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkata:

“Mulai 31 Ogos 1957, (negara ini) akan menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik selama-lamanya yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.”

Namun, ke manakah hala tuju negara ini setelah 64 tahun Merdeka? 

Wujud lagikah mana-mana pihak yang benar-benar mahu memperjuangkan kelestarian kehidupan rakyatnya?

Renung-renungkanlah. - Getaran 20 Ogos 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi