Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kisah Anak Gen-X: Kejutan Budaya Masuk Matrikulasi

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 9:05AM

Penulis (kanan, barisan kedua) bergambar bersama rakan-rakan ketika menuntut di UIA.

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam ruangan ini yang lepas, aku berkongsi tentang pengalaman merantau ke Lembah Klang selepas SPM dan mendapat kerja sementara di kedai permainan Toys ‘R’ Us di Subang Parade. Tak sangka pula sebenarnya jodoh aku dengan Subang Jaya tidak berakhir selepas aku pulang ke JB.

Dengan keputusan SPM yang agak baik, aku telah memohon untuk melanjutkan pelajaran melalui UPU ke universiti tempatan. Jurusan idamanku adalah undang-undang (akibat pengaruh rancangan seperti LA Law dan Paper Chase), dan Universiti Islam Antarabangsa menjadi pilihan utamaku.

Apabila aku menerima berita yang permohonan aku berjaya, terasa lebih teruja bila diberitahu aku bakal melaporkan diri di Pusat Matrikulasi UIA yang ketika itu terletak di SS15, Subang Jaya. Wah, ini memang kawasan yang agak happening!

Pengalaman masuk Matrik itu sendiri memang sesuatu yang sudah lama aku tunggu. Hari pertama orientasi, atau dikenali sebagai Ta’ruf di UIA, meriah dengan freshies seperti aku ke hulur dan ke hilir melengkapkan segala borang yang perlu diisi dan mendengar taklimat pihak universiti.

Asrama kami terletak di seberang jalan dari Pusat Matrik, iaitu barisan rumah kedai yang agak baharu dan dekat dengan segala kemudahan yang perlu. Kalau tak silap, setiap bilik kami boleh memuatkan lebih kurang 20 orang penghuni.

Dari awal lagi aku telah mula merasakan culture shock dalam suasana yang begitu asing buatku. Lelaki dan perempuan, atau brothers dan sisters, memang dilarang bergaul. Itu tidak apa. Tapi ada pulak segregasi dari segi latar belakang pendidikan kami. Anda sama ada budak sekolah agama, atau budak sekolah sekular.

Ya, tiba-tiba aku dilabel “sekular”. Tolonglah, sebagai anak Johor, aku juga melalui sistem sekolah agama petang selama enam tahun, lengkap dengan pembelajaran tauhid, ibadat, tafsir dan lain-lain lagi. Bahasa Arab pun ada. Setakat ainun-mata dan jumjumatun-tengkorak, aku boleh dianggap agak fasih jugalah.

Tapi mungkin aku dipanggil sekular sebab selalu memakai seluar pendek macam pemain bola sepak dalam dorm. Atau ada yang tak berkenan dengan poster Prince yang ditempelkan di dinding sebelah katil double decker aku.

Penulis
Penulis

Apapun, aku memang mengalami kejutan budaya pada hari-hari awal aku di Matrikulasi UIA dengan senarai DON’TS yang begitu panjang. Antara amaran pertama yang kami terima adalah untuk tidak mengunjungi Pawagam Subang yang terletak betul-betul di hadapan asrama kami. (Sehingga 2017, lokasi ini diambil alih oleh Asia Café yang sangat popular di kalangan pelajar di kawasan Subang, sebelum ianya dirobohkan).

Dating memang langsung tidak dibenarkan dan bahan-bahan bacaan yang tak sesuai biasanya akan dirampas setiap kali spot check diadakan. Dan menjadi pengalaman baharu buatku apabila ada orang tak dikenali yang lengkap berjubah mengejutkan aku di waktu subuh: “Sheikh, bangun sheikh. Bangun solat, sheikh.”

Tapi culture shock juga bukan dialami budak-budak “sekular” saja. Sebagai sebuah suburbia urban dengan masyarakat majmuk, anak gadis memakai hotpants dan tank top sering kelihatan di kawasan kami, dan ini menyebabkan ada yang tak biasa dengan pemandangan sebegini membuat aduan kepada pihak universiti. Ya, ini cerita betul!

Dari segi kelas dan pembelajaran, tidak banyak aspek negatif yang aku ingat. Kampus kami tidaklah besar, tapi semuanya cukup dan barisan pensyarah kami pun bagus dan agak memahami cabaran menyesuaikan diri dalam suasana yang lebih islamik untuk kami budak “sekular”.

Ada juga bekas tenaga pengajar kami yang agak terkenal sekarang seperti Ustaz Dr. Roslan Mohamed yang sering muncul dalam program “Tanyalah Ustaz”, yang dulunya mengajar kami Bahasa Arab. (Vocab Bahasa Arab aku kini pasti lebih daripada sekadar ainun-mata).

Rakan-rakan sekelas untuk kursus undang-undang pun ramai yang sekepala. Dan ada lah juga peluang untuk kami berinteraksi dengan sisters dengan cara yang berhemah. (Hanya untuk membincangkan tugasan dan falsafah undang-undang, ya).

Sebagai sebuah universiti antarabangsa juga kami dapat bergaul dengan pelajar dari negara lain seperti Maldives, Somalia dan Afghanistan. Bermula dari sini juga aku lebih cakna dengan isu yang menimpa rakan seagama dari ceruk dunia yang lain.

Walaupun agak jauh dari Kuala Lumpur, Subang Jaya pada tahun 1989 sebuah sub bandar yang agak lengkap untuk pelajar seperti kami. Tempat tumpuan utama sudah tentulah Subang Parade. Khasnya pada hari Jumaat, selepas solat di masjid berhadapan pusat membeli belah itu, kami semua pasti akan turun ke Parade beramai-ramai, tak kiralah walaupun masih berkain pelikat dan berbaju melayu.

Lebih meriah waktu terima duit scholar. Dapatlah open table di Grandy’s (restoran makanan segera yang popular suatu ketika dulu) dan membeli apa yang patut di Parkson. Dalam perjalanan pulang ke asrama pula, banyak kedai game video yang boleh disinggah. Permainan “1942” antara yang paling popular ketika itu.

Sebagai peminat gusti pula, gerai berhampiran kawasan pasar basah Subang menjadi port untuk aku menonton video gusti terkini. Hanya dengan memesan nasi goreng cina dan air sirap, dapatlah aku duduk sehingga tiga jam dengan muka yang selamba. Di sinilah aku menonton pertarungan epik Hulk Hogan menentang The Ultimate Warrior dalam Wrestlemania 6.

Kami di Pusat Matrikulasi UIA SS15 selama setahun sebelum berpindah ke kampus Lembah Pantai. Kini, lokasi itu diambil alih Inti University sementara unit bilik asrama aku pula telah dijadikan kedai bubble tea.

M.Zulkifli merupakan teraju utama getaran.my dan seorang bekas majistret. Beliau juga peminat budaya popular 80an dan masih kerap berkunjung ke Subang Parade khasnya untuk pie daging di Dave’s Deli.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA