Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Kisah Anak Gen-X: Selepas SPM, Aku Menjadi Orang

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 10:07AM

Pasar Seni mempunyai sejarah tersendiri dan tempat di mana penulis mendapatkan pengalaman bekerja kali pertama selepas tamat SPM

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walau macam mana seronok dan selesa pun aku tinggal di tempat kelahiranku Johor Bahru, selesai peperiksaan SPM pada tahun 1988, aku bertekad untuk merantau ke ibu kota untuk mengutip pengalaman baharu.

Tapi tak semudah itu aku dilepaskan. Sebagai seorang anak tunggal, memang hidup aku sentiasa ‘dilindungi’. A sheltered life. Sehingga ke saat itu, aku tak pernah tinggal bersendirian, kecuali ke rumah saudara mara. Mengikuti lawatan sambil belajar sekolah pun, semuanya balik hari.  

Jadi, tak hairanlah usul merantau aku kepada ayah dan ibu ditolak mentah-mentah pada mulanya. Tak mudah mengalah, aku gunakan kebolehan menulis untuk mengarang warkah yang panjang lebar, yang kemudian aku selitkan ke bawah pintu bilik ayah dan ibuku pada satu malam.

Keesokannya, arwah ayah aku masih tak kata apa-apa. Semuanya telah diserahkan kepada ibu. Mereka setuju untuk melepaskan aku, tapi kebenaran itu dikepilkan dengan senarai syarat yang agak panjang. Tak ingat pula aku syarat-syaratnya, yang aku ingat adalah perasaan teruja dapat merantau 200 batu ke arah utara.

Setiba di Kuala Lumpur, aku tinggal di rumah makcikku. Yang lebih seronok, dapat aku bertemu kembali beberapa orang rakan sekolah yang telah berpindah ke sini. Duit poket yang dibekalkan ibuku pula, cukuplah untuk perbelanjaan sebulan.

Jadi, misi pertama aku adalah mencari kerja. Agak terpegun juga bila dibawa rakanku ke kompleks membeli-belah Subang Parade yang serba indah dan baharu. Di sana, aku memohon kerja dengan kedai permainan, Toys ‘R’ Us dan aku berjaya! Gaji yang dibayar, RM2.20 sejam.

Menjaga bahagian resepsi, tugas aku agak mencabar tapi menarik. Apa saja rungutan pelanggan, akulah yang bantu untuk selesaikan. Pasangkan bateri, aku buat. Balut hadiah hari jadi, aku cuba, walaupun hasilnya mungkin tak begitu kemas.

Akhir bulan, aku terima gaji buat pertama kalinya dalam hidup. Terasa puas dapat berbelanja menggunakan duit hasil titik peluh sendiri.  

Selain kerja di Toys ‘R’ Us, aku juga mencuba nasib untuk menjadi – jangan gelak – seorang model. Pergilah aku ke agensi modeling di kawasan Seapark, Petaling Jaya yang aku terjumpa dalam akhbar Malay Mail. Mereka pandang aku atas bawah dan setuju untuk menyiapkan satu set gambar portfolio aku.

Selain bekerja di kedai permainan, penulis pernah mencuba nasib untuk menjadi seorang model ketika berada di Kuala Lumpur.
Selain bekerja di kedai permainan, penulis pernah mencuba nasib untuk menjadi seorang model ketika berada di Kuala Lumpur.

Agak boleh tahan jugalah hasilnya. Namun, selama aku di KL, aku gagal menempah apa-apa job. Klien paling high profile yang pernah aku audisyen adalah sebuah syarikat minyak, yang akhirnya job tersebut diberikan kepada Azhar Sulaiman! Tapi dari situ aku belajar menghadapi rejection.

Sementara itu, mungkin kerana faktor lokasi, aku berpindah kerja selepas sebulan dari Subang Parade ke Central Market. Gaji pun boleh tahan; RM500 sebulan, walaupun masa bekerja agak panjang, dari 9.30 pagi hingga 9.30 malam.

Aku turut berpindah rumah, menumpang dengan kawan sekolah yang keluarganya kini menetap di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Maka bermulalah pengalaman aku berhiruk-pikuk naik bas mini setiap hari. Tapi siapa saja yang pernah melaluinya pasti tahu bas mini akan membawa penumpang dari poin A ke poin B dengan sepantas mungkin. Ya, mungkin anda sebagai penumpang akan terhoyong-hayang kerana kelajuan bas yang tidak munasabah, tetapi itulah istimewanya barisan bas yang begitu lejen di tahun 80an.

Selain kelajuan dan kaedah pemanduan yang agak mencabar pihak polis, harga tambang 50 sen ketika itu sangat mesra-marhaen. Tapi murah juga bermaksud mereka akan kejar dan mengangkut seberapa ramai penumpang yang boleh.

“Dalam lagi, masuk dalam lagi!” konduktor bas akan berteriak kepada kami. Bersesak seumpama tin sardin, biasanya pewangi Polo aku akan hilang baunya sampai saja ke destinasi.

Penulis pernah bekerja sebagai penjual cenderamata di Pasar Seni.
Penulis pernah bekerja sebagai penjual cenderamata di Pasar Seni.

Di Central Market (CM), aku bekerja menjaga gerai yang menjual cenderahati Malaysiana yang mensasarkan pelancong luar negara dan tempatan. Dan selain daripada skil menjadi seorang jurujual, banyak lagi pelajaran hidup yang aku kutip dari sini.

Dengan lokasinya di tengah-tengah segalanya, CM menjadi tumpuan warga kota daripada pelbagai kelas sosial dan latar belakang; pelukis, pemuzik, peniaga, kutu tembok, gelandangan, pekerja kolar biru, kolar putih, semuanya ada.

Hari-hari aku melihat pelbagai gelagat mereka; ada yang mencari erti hidup dan yang sekadar untuk survive. Ada yang bersendiri menghasilkan sini, ada yang bermain muzik di khalayak sambil mengharapkan lontaran wang lebihan.

Di gerai aku sendiri, jenis pelanggan pun ada yang pelbagai. Mat Salleh yang baru sampai ke KL tak pandai lagi tawar-menawar. Kalau aku jual set coaster batik RM10, itulah yang dia bayar. Yang rumit apabila ada pelancong yang dah tau game kita. Habis dia tawar sampai 80 peratus daripada harga pembukaan. Selalunya aku diberitahu bos diskaun maksima yang aku boleh beri, jadi terpaksalah ambil masa untuk close sale dengan pelanggan sebegini.

Yang lebih bahaya adalah kumpulan orang putih lelaki tua yang berkeliaran di CM mencari ‘mangsa’. Ya, agak biasa kelihatan ketika itu lelaki sebegini berjalan dengan pemuda tempatan yang kerap digelar sebagai ‘anak ikan’.  

Nasiblah aku ada bos yang sangat protective. Dia dah boleh kenal siapa pelanggan yang tulen, dan siapa yang berniat serong. Biasanya bila dia nampak aku di ‘ayat’, dia akan cepat-cepat datang dan take over.

Di stesen-stesen bas pun ada banyak drama tersendiri. Biasa terjadi khasnya di Bus Stand Klang, akan ada insan yang membuka cerita sedih tentang duit hilang dan tertinggal bas dan perlukan sedikit bantuan wang. Hanya selepas beberapa kali terkena baru aku tahu ramai yang temberang menggunakan skrip scam yang sama.

Bulan terakhir aku di KL selepas SPM itu, aku berpindah ke rumah sewa bersama bebarapa orang lain. Tak tahulah aku betapa risaunya ibu bapa aku ketika itu, tapi aku begitu nekad untuk keluar dari kepompong ‘anak manja’ yang semuanya telah tersedia, dan berubah menjadi seorang yang berani menghadapi risiko dan berdiri atas kaki sendiri.

Bukan mudah ya untuk survive harungan bas mini setiap hari. Pengalaman itu saja sudah cukup membuat aku menjadi orang.  

M.Zulkifli merupakan teraju utama getaran.my dan seorang bekas majistret. Beliau juga peminat budaya popular 80an dan memiliki koleksi figurine Star Wars yang masih belum diwariskan kepada anak-anaknya.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut