Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muhyiddin Tiada Pilihan Kecuali Tamatkan Darurat Segera - P. Gunasegaram

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 1:44PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DENGAN perkembangan terbaharu dari UMNO yang memohon Parlimen bersidang semula, tekanan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk perkara yang sama, serta ketidakpuasan umum terhadap pemerintah, Perdana Menteri tiada pilihan selain mematuhinya.

Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang ringan desakan daripada Presiden UMNO agar Parlimen bersidang dalam masa 14 hari, beliau dengan jelas akan berdepan kehilangan majoriti di Parlimen sekiranya sebahagian besar Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid secara terus terang memberikan masa 14 hari kepada Perikatan Nasional untuk mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) bagi membincangkan langkah seterusnya.

Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata UMNO menyokong penuh titah Agong dan Majlis Raja-Raja untuk memanggil sidang Parlimen.

''Kegagalan kerajaan untuk melaksanakan titah Raja-Raja Melayu adalah satu penderhakaan dan tidak menghormati institusi istana.

''Pendirian UMNO ialah Parlimen adalah sangat penting dan perlu bersidang segera bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan semasa menghadapi COVID-19. Ia juga bagi memastikan wujudnya akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan.

''Tidak perlu istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan di dalam kedua-dua kenyataan media, seperti dizahirkan (Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja), mengenai sidang Parlimen.''

Malah Agong, sebelum ini menzahirkan pandangan untuk Parlimen dibuka secepat mungkin.

Seperti yang dilaporkan The Vibes, Istana Negara memuatnaik kenyataan dalam Facebook yang bertulis: “Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan, maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

''Ini untuk membolehkan ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.''.

''Ini adalah isyarat bahawa Seri Paduka mahu Parlimen dibuka segera,'' kata sumber rapat dengan istana kepada The Vibes.

''Baginda memberikan pesanan bahawa (pembukaan semula Parlimen) adalah apa yang Baginda mahukan.

''Memandangkan Agong bertitah Parlimen sepatutnya dibuka semula untuk membahaskan ordinan-ordinan Darurat, ia bermakna baginda mahu Dewan Rakyat bersidang segera, bukan selepas 1 Ogos.''

Muhyiddin telah menyatakan bahawa Parlimen akan bersidang semula pada bulan September atau Oktober. Darurat akan berakhir pada bulan Ogos.

Ini adalah kenyataan yang menunjukkan bahawa Muhyiddin terhimpit. Ia adalah petunjuk bahawa masyarakat umum tidak yakin bahawa darurat diperlukan untuk mengawal COVID-19 dan Parlimen harus digantung.

Jika Parlimen bersidang, maka ia bermakna darurat akan ditamatkan juga. Semua orang mahu darurat ditamatkan kecuali kerajaan kerana bimbang akan hilang kuasa menerusi penyelarasan anggota Parlimen yang baharu.

Ia tidak boleh dijadikan hujah untuk tidak membuka Parlimen. Kenyataan Zahid menekankan isu yang Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen kepada orang ramai.

Jika UMNO mengabaikan PN, kerajaan PN akan runtuh disebabkan majoriti PN bergantung kepada ancaman secara langsung ini. Tidak perlu Parlimen bersidang untuk menetapkannya. Ia adalah ugutan yang tidak mampu diabaikan oleh Muhyiddin dan sesuatu yang beliau tidak ada jawapan segera.

Jika Muhyiddin bergantung kepada hujah perlembagaan bahawa Agong mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri, beliau harus menyedari atau telah dimaklumkan bahawa, dalam menentukan siapa yang mempunyai majoriti di Parlimen, Agong mempunyai budi bicara.

Article 43 (4) Perlembagaan Persekutuan menyebut: “Jika Perdana Menteri hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, kecuali, atas permintaannya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan.

Juga, terdapat pandangan perundangan bahawa Agong boleh menamatkan darurat seperti yang tercatat dalam Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat 2021: “ Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong".

Seperti yang dinyatakan oleh peguam G.K. Ganeson dalam  video, “Seksyen 14 menyerahkan 100% kuasa untuk membuka (Parlimen) kepada Agong.''

Ia bermakna sekiranya Muhyiddin menolak untuk membuka semula Parlimen dan nasihat Agong untuk menamatkan darurat, Agong boleh melakukannya. Agong mungkin akan, jika Baginda berpendapat bahawa inilah yang akan disokong oleh rakyat. Petunjuk adalah mereka akan melakukannya.

Adakah Muhyiddin akan terkesan? Adakah beliau akan menasihatkan Agong untuk memanggil semula Parlimen, alternatif lain untuk meminta Agong membuka Parlimen? Terperangkap antara kuasa Agong dan ancaman Zahid - dan meningkatnya kekecewaan di kalangan rakyat - beliau kelihatan seperti tidak mempunyai pilihan.

Ini bermakna politik yang besar - dan tidakkepastian - pada hari mendatang untuk membentuk jajaran politik baru. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan terdapat gerakan untuk mengumpul deklarasi berkanun daripada Ahli Parlimen untuk menbentuk kerajaan baru.

Pasangkan tali pinggang anda untuk menaiki roller-coaster. - The Vibes

P. Gunasegaram adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan Sokongan dan Penyelidikan Institut Sekhar serta penasihat editorial The Vibes

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Kolum 13 jam yang lalu

Kisah Anak Gen X: Selamat Hari Star Wars!

oleh M.Zulkifli