web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lilauan Kiri (Bahagian Dua)

Bahagian Dua: Dari mencuri, kita mencipta.

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 9:30AM

Gambar: Pixabay, Pexels

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aku juga sedar, tidak cukup sekadar meniru, meminjam dan mencuri sebagai kaedah memperkasakan Bahasa Melayu.

Kita perlu mencipta!

Satu ketika dahulu kita rancak mencipta istilah-istilah baharu sehingga ia diguna oleh orang ramai malah didaftar ke dalam kamus. Contohnya; 'Panggung Wayang Gambar' menjadi 'Pawagam.' 'Kumpulan Gitar Rancak' menjadi 'Kugiran.' 'Cerita Pendek' menjadi 'Cerpen,' 'Cerita Rekaan' menjadi 'Cereka,' dan banyak lagi.

Banyak suasana, jenis-jenis perasaan, malah benda-benda yang belum wujud nama khas buatnya di dalam bahasa Melayu. 

Contoh suasana atau perasaan adalah ‘Deja Vu.’ 

Apakah istilah Melayunya? Aku pun tak tahu. Mungkin tiada lagi setakat hari ini.

Satu lagi contoh, apakah istilah ‘Privacy’ di dalam bahasa Melayu? 

Di dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga, ‘Privacy’ adalah “Keadaan Tersendiri, Keadaan Berahsia.” Adakalanya membaca kamus akan membuat seseorang menjadi lebih tak faham. Kamus tersebut hanya memberi pengertian tanpa memberi perkataan Melayunya.

Maka jalan mudah adalah meminjam terus perkataan asal ke dalam bahasa melayu. ‘Privacy’ menjadi ‘Privasi,’ ‘technology’ menjadi ‘teknologi’ dan ‘discipline’ menjadi ‘disiplin.’

Memanglah mudah. Tapi kerja malas. 

Mungkin keadaan seperti ‘deja vu’ dan ‘privacy’ tidak ada di dalam psyche orang Melayu zaman terdahulu. Nenek moyang orang Melayu mungkin tidak menghiraukan privasi dan tidak pernah mengalami deja vu, justeru tiada perkataan khas yang wujud mengenainya.

Jadi, di dalam keadaan yang sedemikian, kita perlu cipta satu perkataan baru atau pinjam terus daripada bahasa Inggeris, Latin, Arab, Sanskrit, atau mana mana bahasa yang wujud perkataan asal bagi sesuatu suasana, keadaan atau benda-benda unik itu.

Di sinilah para penulis lirik boleh memainkan peranan besar. Penulis lirik berada di bahagian hadapan budaya popular atau pop culture. Lirik adalah senjata utama di dalam hal-hal pemerkasaan bahasa. Penulisan lirik mempunyai jangkauan yang sangat luas untuk menyebarkan istilah, ungkapan, malah ideologi.

Selfie’ contohnya, telah dimelayukan menjadi ‘Swafoto’ dengan menggandingkan perkataan ‘swa’ yang bererti ‘sendiri,’ dengan perkataan ‘foto,’ iaitu pinjaman daripada perkataan ‘photo.’

Bagaimana dengan ‘Sado?’ 

‘Sado’ ialah seorang ‘bodybuilder.’ Sudah hampir satu dekad perkataan ini wujud dipercayai ciptaan ‘adik-adik’, namun masih belum kedengaran di dalam lagu Melayu. Jika ia popular di dalam lagu, lambat-laun akan terdaftarlah ia di dalam Kamus Dewan Bahasa sebagai Bahasa Melayu. Penulis lirik perlu mengguna swafoto dan sado agar ia menjadi sahih di dalam bahasa kita.

Begitu pun banyak juga perkataan atau istilah istilah Melayu yang telah sedia ada tetapi tidak digunakan secara meluas oleh orang ramai.

Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan sekitar dekad 90-an dahulu sering menggunakan istilah dan perkataan yang jarang digunakan ramai ketika  membentangkan belanjawan tahunan. Beliau menggunakan perkataan seperti ‘bergentayangan,’ ‘swadaya,’ ‘ampuh’ dan banyak lagi. Walaupun kita semua tercengang pada mulanya, namun kemudian kita mempelajari maksud-maksud perkataan unik yang Anwar gunakan.

Para penulis lirik sekitar dekad tersebut juga mula menggunakan perkataan unik seperti ‘ceria,’ ‘canggih,’ ‘materi’ dan banyak lagi, yang membuat perkataan sebegini diguna pakai oleh masyarakat, terutamanya orang Melayu di dalam kehidupan harian.

Sekarang, para penulis lirik bukan sahaja perlu mengguna pakai perkataan yang jarang digunakan, malah mencipta perkataan baru agar popular dan diguna pakai oleh masyarakat.

Sebagai seorang penulis lirik tertampan Tanah Air, dengan ini aku memasyhurkan bahawa aku telah mencipta istilah baru bagi perkataan ‘Deja Vu!’

K-E-N-P-A-L.

Ia berasal dari dua perkataan; ‘Kenangan Palsu.’ Aku tak mahu alih terus daripada bahasa Perancis yang bermaksud "sudah dilihat." Aku gunakan tafsiran sendiri yang aku percaya adalah lebih tepat.

“Terasa begitu kenpal. Bagaikan pernah berlaku.”

Sila guna dengan penuh beria.

Bersambung… - Getaran, 10 Februari 2021

Ad Samad merupakan seorang penulis lirik untuk ramai penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau juga seorang penulis skrip dan masih bergelut antara 'OCD' dan 'anxiety'. 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa