Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kisah Politik Negara, Raja Melayu Mula Tolak Muhyiddin? 

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 3:16PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Adakah bibit-bibit halus penolakan Raja-Raja Melayu terhadap tempoh darurat yang dikuatkuasakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mula bercambah?

Perkenan bagi pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Pahang menjelang Ogos oleh Sultan Pahang, yang juga Yang di-Pertuan Agong dilihat ramai sebagai menyimpan maksud tersirat, membabitkan cabang legislatif negara.

Barisan pemerhati berpendapat, perkenan oleh Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu ibarat amaran awal terhadap mana-mana percubaan untuk melanjutkan darurat yang dijadualkan berakhir 1 Ogos ini.

“Ia juga membuka ruang kepada Raja Raja Melayu untuk memberi perkenan yang sama kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri berkaitan,” kata sumber kepada portal The Vibes.

Pada 25 Mei lalu, sekretariat DUN Pahang telah menghantar surat kepada kesemua 31 Ahli DUN dan sepuluh ahli majlis eksekutif, bagi memaklumkan pembukaan sidang DUN bermula 16 hingga 20 Ogos nanti.

Bagaimanapun, surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian DUN Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman itu juga menetapkan bahawa sidang DUN hanya dibuka jika darurat tidak dilanjutkan.

Susulan surat itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang turut mengeluarkan satu lagi surat meminta semua ADUN untuk memfailkan oalan perbahasan masing-masing menerusi laman web Sistem Soalan Dewan Pahang.

“Memandangkan Yang di-Pertuan Agong adalah Sultan kepada negeri Pahang, adalah tidak mustahil untuk semua surat yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri ini sebenarnya ialah satu isyarat bahawa Seri Paduka tidak akan memperkenan perlanjutan tempoh darurat,” kata seorang lagi pemerhati yang rapat dengan kerajaan negeri Pahang.

Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut, jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.

Namun, jika Yang di-Pertuan Agong berpendapat bahawa tiada keperluan untuk meneruskan tempoh darurat maka Seri Paduka boleh menggunakan kebijaksanaan baginda untuk tidak melanjutkan darurat tersebut, kata perkara itu lagi.

Lapor The Vibes, Sultan Abdullah terdahulu berkenan mengutus surat kepada Muhyiddin, menitahkan penyemakan semula dan penamatan tempoh darurat yang boleh diganti dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dalam menangani pandemikCOVID-19. 

“Permintaan Seri Paduka bagaimanapun telah ditolak dengan penuh berhemat,” ujar satu lagi sumber.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin ini kelihatan goyah, apatah lagi tatkala UMNO, yang mempunyai 38 Ahli Parlimen, mengumuM akan menarik diri dari tampuk pemerintahan menjelang Ogos ini.

Tanpa sokongan UMNO, PN akan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Minggu ini, Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap kesemua pemimpin tertinggi parti politik di Istana Negara, bagi membincangkan keadaan semasa negara, pandemik COVID-19 serta kejatuhan ekonomi yang membelenggu Malaysia ketika ini.

Apa yang menarik adalah, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ialah satu-satunya pemimpin daripada blok pemerintah sudi bercakap dengan wakil media di Pintu 2 Istana Negara.

Sependapat dengan pemimpin pembangkang lain, Zahid turut mempersembahkan kepada baginda pendirian UMNO, yang mahu darurat ditamatkan dan sidang Parlimen dibuka pada kadar segera. - Getaran, 12 Jun 2021

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright