Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Perempuan - Pilihan Di Tangan Sendiri

Wirda Adnan mengingatkan para wanita supaya jangan ‘bermain dengan api cinta', jika tak terbendung buruk padahnya.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 10:29AM

Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu petang saya didatangi oleh seorang wanita yang tidak dikenali (kisah lama, namun mekar di ingatan).

Memperkenalkan dirinya Seri, awalnya dia memberitahu dia peminat setia saya, dan nak berkenalan dengan lebih dekat kerana sekian lama mengikuti perkembangan saya.

Dia senang dengan tulisan saya (huhu, kembang sekejap).

Kemudian…

“Saya datang hendak membawa hajat yang besar, boleh tak puan tolong beritahu staf puan? (Sambil menulis pada kertas nama staf) bahawa suaminya itu bukan bujang trang tang tang tapi beranak lima. Dan dia, suami saya.”

Jantung saya hampir terhenti denyutannya. 

Saya menghala pandangan ke staf yang dia dimaksud. Inai di jari masih merah, wajah si pengantin baru masih banyak serinya lagi. Dia mengambil cuti cuma seminggu, katanya nanti hendak ambil cuti panjang untuk berbulan madu di luar negara.

Saya teringat dia membawa gambar seorang lelaki yang ditemuramahnya. Boleh tahan kacak dan berjawatan.

Sambil berlawak dengan anak buah, saya kata, “Yang ni kalau bujang bolehlah?”

“Bujang kak Wirda,” saya mendengar jawapan tetapi tidak pasti siapa yang menyebut. “Kalau bujang saya setuju.”  

Saya teringat pula, sebelum itu, terdengar yang staf saya ini dipinang oleh seseorang. Orang itu kalau disebut nama, memang ramai yang kenal tetapi untuk dijadikan dia isteri kedua. Konon cerita sang isterinya membenarkan dia berkahwin seorang lagi. 

Staf saya cantik, putih lagi tinggi dan saya percaya dia boleh mendapat suami yang lebih bagus daripada suami orang itu.

“Bermadu. Fikir-fikirkan masak-masak. Jangan menyesal di kemudian hari,” saya memberitahunya.

“Tak payah nak rush.” (Sebab saya tahu, dia hendak berkahwin sebelum usianya 30 tahun).

Kekasihnya belum dapat memberikan jawapan, kerana kata sang kekasih dia hendak menunaikan dulu tanggungjawab kepada keluarga, mahu memastikan adik-beradiknya tamat sekolah dan barulah dia yang sulung kahwin.

Begitulah ceritanya, mengapa saya masuk campur? Sebab masa itu macam ‘open discussion’, sudah tentu jawapan saya, ‘tidak’ pada suami orang, ‘tidak’ jika dia berbini dan punya beranak-pinak.  Helo, tunggu dulu, nanti kamu yang susah. 

Gambar: Ricardo Rojas, Pexels
Gambar: Ricardo Rojas, Pexels

Saya gembira dia menolak pinangan itu tetapi tidak lama kemudian saya diberitahu dia akan berkahwin dengan lelaki ‘bujang’ yang ditemuramahnya. Saya hadir pada majlis pernikahan dan perkahwinannya.

Dalam hati tertanya juga, mengapa rombongan sebelah suami, bukan daripada keluarga tetapi sekumpulan kawan-kawan si pengantin lelaki. Cerita berhenti di situ, saya hanya padamkan persoalan yang bermain di fikiran. Dia pun nampak happy dan story hati pun berhenti.

“Tolong puan, beritahu dia, suruh dia minta cerai?” Anak kami lima, saya tidak bekerja, gaji yang ada pun tidak cukup. Tolong ya!” 

To be honest, I didn't know how to react.  Allahuakbar, saya mati akal. Saya respect dia, cool saja.

Sesetengah wanita bila peluang yang ada di depan dan hati sakit si musuh di depan, tak kiralah dia berada di mana, dia boleh menyerang si perampas suaminya itu. Bukan sahaja staf saya sahaja yang malu, satu pejabat turut rasa terkesan.  

Sepandai-pandai tupai melompat 

pasti akan jatuh jua 

Sepandai-pandai bangkai disembunyikan 

pasti akan tercium jua

Sebesar apa kamu menyembunyikan suatu kesalahan

Pasti akan terbongkar juga satu saat nanti

Entah kamu yang menceritakan sendiri

Atau orang lain yang lebih tahu dahulu

Dan apabila teman-temannya tercium cerita sang bakal suami sudah berkahwin, mereka mahu tidak mahu terpaksa menasihatkannya. Yalah sebagai kawan perlu dikhabarkan juga. 

Jawapannya, “Betul dia sudah berkahwin tetapi sudah bercerai pun.” Kawan-kawan rapat tidak boleh berkata apa, bila tuan badan berkeras.

Alasannya lagi tidak mungkin dia membatalkan majlis kerana satu kampung sudah tahu. Jemputan sudah dikeluarkan. Apa pun kisah Tipah Tertipu itu tidak sampai ke telinga saya sehingga pada hari tersebut.  

Ya, saya tidak mampu menolong perempuan yang bersusah-payah mencari saya minta saya menasihat anak buah untuk bercerai. Saya kasihan, tetapi saya tidak dapat membantunya.

Siapalah saya untuk menyuruh si staf bercerai dan kalau ibu bapa dia pun boleh menerima keadaan anaknya. Subhanallah. Dan saya tidak mahu masuk campur. Itu keputusan saya. Begitu pun saya sempat slow talk dan mengingatkan dia akan peranannya pula sebagai isteri kedua, tentang do's and don’ts

 Tipah Tertipu, memang banyak berlaku di dalam masyarakat ini. Yang tertipu bukan pun daripada kalangan yang cetek ilmu tetapi para bijak pandai. Dalam soal hati dan perasaan  ramai wanita sanggup buat apa sahaja bila jiwa dan raga sudah diikat dengan besi berani. 

‘The most confused we ever get is when we try to convince our heads of something our hearts know is a lie.’ Karen Moning.

Kami tidak berhubung sebaik saya meninggalkan syarikat tersebut. Dan bertemu semula satu hari, membuat saya terpanggil untuk mengenang kembali peristiwa lebih 20 yang lalu.

Katanya, dia mencuba dan terus mencuba. Hadir seorang, kemudian dua dan tiga cahaya mata yang semua beban tanggungan diserah di bahunya.

Dari saat melahirkan kesemuanya bersendirian, langsung tidak ditemani suami yang memberi seribu alasan. Anak sakit, dialah yang terkontang-kanting menguruskannya.

Gambar: William Fortunato, Pexels
Gambar: William Fortunato, Pexels

Menyekolahkan mereka, juga dia juga yang membereskan kewangannya, sang suami lepas tangan. Kalau ada kenduri kendara perginya dia sendirian, jarang sangat ditemani suami. Sedih. 

Di mana suami kala isteri memerlukannya? Sang isteri hanya mendapat jawapan, “Awak ada duit, bereskanlah, abang di sini tiada siapa yang membantu. Akak (isteri tua) awak bukannya bekerja.”

Itulah alasannya sehingga dia malas meminta. Bertambah sedih, bila sang suami rupanya sedang memasang perangkap seorang lagi perempuan. 

Dia menyerah kepada Allah, pembuka dan pemberi rezeki dan dia tahu Allah tidak pernah mengecewakannya. Ketika dia kesempitan wang dan tuan rumah minta membayar sewa, datanglah orang memberi dia projek sekali dengan wang pendahuluan.

Ketika keretanya perlu di perbaharui insurans dan cukai jalan, tiba-tiba kawan-kawan lama bertanya khabar, dan tidak pun diminta, memasukkan wang ke dalam banknya. 

“Kak, sebenarnya saya menderita.” Dia terus bercerita, “Tapi lama juga saya cuba mempertahan rumah tangga ini.” 

Kenapa? Kalau anak pun jarang melihat wajah si bapa.

Kadang-kadang si ayah datang bukan untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada ahli keluarga, tetapi menambah beban sang isteri, kerana orang di sana katanya sakit dan perlukan bantuan kewangan untuk membayar bil hospital.

Isteri yang ketidakcukupan ini juga yang terpaksa berhutang untuk membantunya. Bila sang isteri memberitahu dia pun tidak ada duit, sang suami naik hantu.

“Saya hairan, (dalam linangan air mata), cakap agama pandai, sembahyang tonggang-tonggek tetapi tidak bertanggungjawab. Saya silap, saya ingat saya boleh menerima apa jua keadaan dan rintangan yang mendatang, rupanya bebanannya terlalu-lalu berat.

“Pun begitu untuk dia melepaskan saya tidak mudah, saya turun naik mahkamah beberapa tahun barulah dilepaskan.”

Apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah benar ini? Banyak sekali, jika hendak disebut satu persatu.  

Perempuan, jangan cuba bermain api, nanti terbakar diri! Kalau kamu tahu dia sudah berpunya, jauhkan diri sebaik mungkin. Dia sudah dimiliki oleh wanita lain, cukup untuk memberitahu kamu, bahawa dia bukan calon terbaik.

Kamu jujur dan betul-betul tidak tahu dia berbohong dan kemudian kamu mendapat tahu sama ada dari mulutnya atau orang lain, maka sudah nyata, dia bukan orangnya.

Dia hanya pandai bermain kata-kata tetapi isinya dusta. Dia berkali-kali curang tetapi kamu masih hendakkan dia, maknanya kamu yang mencari neraka.

Gambar: Ron Lach, Pexels
Gambar: Ron Lach, Pexels

Dia hilang tetapi kamu masih menunggu dia pulang dan berharap dia sudah insaf dan tidak akan pergi lagi, tetapi dia tetap juga pergi dan kamu tercari-cari, maknanya kamu bersedia menyerahkan diri untuk dipergunakan lagi.

Ibu ayah, nasihatkan anak-anak, anda lebih dulu makan garam dan beritahu akan risiko, beri contoh dan doakan yang terbaik. Jangan sebab anak sudah sampai usia, anda takut dia menjadi anak dara tua terima siapa sahaja.  Mana lebih baik janda atau dara tua?

Jangan kerana keretanya panjang menjulur, anda lega, anak kahwin orang kaya, tapi kamu lupa usul periksa siapa gerangannya.

Perempuan buatlah homework sebelum terjebak. Dan kamu orang lelaki, Allah membenarkan poligami, betul, tetapi bersyarat. Andai kamu tidak mampu berlaku adil, tidak mampu memberi nafkah lahir, sebalik hanya mahu memenuhi nafsu sarakah, haram jadinya. 

Tidak dinafikan ada yang bermadu dan merasa manisnya. Bermadu, tetapi masing-masing bijak memandu, jalannya lurus tidak bersimpang siur, perjalanannya mencari jauhari. Kamu bertuah kerana pengembaraan hidup kamu tidak perlu merentasi gunung-ganang, lurah lembah, danau hutan dan belok selekoh. Syukur.  

Namun berapa orang yang tahu peta hidupnya bagaimana? Ibarat, kamu mahu mendaki gunung yang tinggi, tetapi kamu tidak bersedia kalau tergelincir dan tergolek. Kamu mahu mencapai langit yang berlapis-lapis tapi kamu tiada apa pun peralatan yang membolehkan kamu ke sana.

Perempuan, pilihan di tangan sendiri.

‘It is only with the heart that one can see rightly; what is essential is invisible to the eye.’ - Antoine de Saint-Exupery.  - Getaran, 5 Jun 2021.




 

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia