Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gelombang Revolusi Teknologi:  Melayari Trend Inovasi Strategik

Gangguan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) boleh mendorong sebuah syarikat beralih dari satu fasa ke fasa yang lain di mana transformasi menjadi satu elemen yang penting.

Kolum Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 4:22PM

Teknologi moden akan menjadi pemangkin untuk perubahan global lalu membentuk masa depan yang bertaraf dunia - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perkembangan evolusi manusia bermula  daripada  era menghantar surat melalui tangan atau burung merpati pesuruh, hingga kepesatan proses melalui penemuan telegraf, kemudian telefon, dan akhirnya telefon pintar pada masa kini. Transformasi ini merupakan salah satu daripada banyak perubahan yang menunjukkan bagaimana teknologi moden akan menjadi pemangkin untuk perubahan global lalu membentuk masa depan yang bertaraf dunia. Dalam mengkaji impak, peluang, dan cabaran yang terhasil daripada perkembangan ini, kita juga perlu bertungkus lumus untuk mengawal daya ini dan trend yang timbul bagi kebaikan keusahawanan. Inovasi ini bukan sekadar sesuatu yang baharu; mereka adalah penggerak di sebalik transformasi global.

Pada titik ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa bahawa perubahan transformasi sering kali dicetuskan oleh krisis atau peristiwa penting. Apabila kita berbicara tentang krisis dalam konteks ini, kita tidak merujuk kepada isu global seperti wabak; sebaliknya, kita merujuk kepada pengenalan teknologi yang mengganggu ekosistem sesebuah syarikat. Gangguan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) boleh mendorong sebuah syarikat beralih dari satu fasa ke fasa yang lain di mana transformasi menjadi satu elemen yang penting. 

Perjalanan transformasi ini melibatkan penstrukturan semula korporat, transformasi modal insan, dan pembelajaran berterusan. Penstrukturan semula korporat menangani krisis kewangan, manakala transformasi modal insan memberi tumpuan kepada perubahan sikap mental dan elemen budaya. Ini termasuk penyelarasan pembelajaran berterusan sebagai sebahagian daripada proses berterusan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi syarikat dalam bidang yang mereka lakukan. Evolusi ke arah pembelajaran dan pembangunan organisasi adalah kritikal untuk kejayaan berterusan.

Mengambil kira potensi yang belum diterokai berpunca daripada pasaran baharu yang diperkasakan, merevolusikan pengalaman pelanggan dan kecekapan pengeluaran yang melonjak, peluang pertumbuhan yang luar biasa bagi perniagaan adalah besar - namun demikian, begitu juga cabarannya. Dalam dunia yang kini ditandai oleh Volatility, Uncertainty, Complexity, dan Ambiguity (VUCA), menavigasi landskap teknologi dan arah alirannya memerlukan  pendekatan yang strategik.

Malahan, mengabaikan atau menangguhkan keterlibatan dengan kemajuan ini bukanlah pilihan yang berkesan dalam landskap kompetitif hari ini, terutamanya kerana pendekatan ini tidak praktikal dalam jangka masa panjang. Syarikat yang enggan menerima perubahan ini berisiko ketinggalan dan mungkin menghadapi isu kawal selia. Hal ini juga boleh mengakibatkan mereka terbenam jauh oleh pesaing yang lebih mahir dalam teknologi dan boleh menyesuaikan diri sekaligus menjejaskan daya saing global dalam ekonomi yang saling berkaitan dan didorong oleh teknologi.

Selain itu sisi gelap gangguan menyajikan cabaran etika, undang-undang, dan masyarakat yang memerlukan pelaksanaan yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, syarikat akan mendapati diri mereka bergelut dengan dilema berkaitan privasi, penggunaan data, dan kemungkinan akibat daripada inovasi mereka terhadap individu dan masyarakat. Pada masa yang sama, menangani cabaran-cabaran ini adalah sangat penting untuk memastikan kemajuan teknologi sejajar dengan standard etika, kerangka undang-undang, dan penghasilan sosial masyarakat yang positif. Secara semula jadi, menyeimbangkan inovasi dan kestabilan menjadi tindakan yang halus dalam persekitaran teknologi yang berkembang pesat ini.

Terutamanya, impak sektor teknologi terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global adalah bukti keberkesanannya dalam ekonomi terbesar di seluruh dunia. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, sebanyak 24 peratus pertumbuhan ekonomi datang daripada sektor teknologi. Trend ini tidak terbatas kepada negara-negara maju saja; sektor teknologi turut menyumbang sebanyak 16.34 peratus kepada KDNK di negara China. Malah, di negara seperti Singapura, di mana ekonominya kebanyakannya berasaskan perkhidmatan di mana ia lebih didominasi oleh golongan manusia berbanding penggunaan teknologi, namun teknologi tetap memainkan peranan penting.

Penghasilan impak daripada konteks ini sangat mendalam. Bagi ekonomi negara-negara maju yang telah terindustri, teknologi menjadi pemangkin utama yang mendorong pertumbuhan dan inovasi. Walau bagaimanapun, bagi negara-negara yang bercita-cita untuk membangun ke arah yang serupa, akses kepada import atau perolehan teknologi adalah faktor yang penting. Keupayaan untuk memasuki pasaran dan mengadaptasi teknologi baru boleh menjadi faktor penentu dalam pembangunan ekonomi.

Melibatkan diri dalam analisis trend adalah penting bagi setiap organisasi di mana ia berperanan sebagai batu penjuru dalam memahami erkembangan teknologi baharu dan membina landasan untuk perancangan strategik. Organisasi yang dilengkapi dengan analisis ini boleh memperoleh tindak balas strategik dan keterlibatan dalam analisis trend bukan sekadar untuk kekal terkini; ia merupakan inisiatif proaktif yang memperkasa organisasi untuk menggambil peluang ini  dan bersedia menghadapi cabaran yang berkaitan dengan penggunaan teknologi yang pesat.

Kesedaran ini bukan hanya untuk golongan badan korporat; ia merupakan seruan untuk bertindak di peringkat akar umbi, terutamanya dalam institusi pendidikan. Ketika kita melangkah ke masa depan yang ditentukan oleh teknologi yang sedang berkembang, adalah penting untuk kita melengkapi tenaga kerja dengan pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk menyesuaikan diri. Kolej dan institusi pendidikan harus menyebarkan kesedaran berkaitan penggunaan teknologi ini dan membina suasana di mana para profesional masa depan bukan sahaja bersedia untuk perubahan, tetapi juga aktif mendorong perubahan tersebut.

Dalam corak evolusi teknologi yang besar, naratif ini tidak hanya ditulis oleh pihak CEO dan eksekutif; ia bersama-sama dihasilkan oleh golongan tenaga kerja, para pelajar, dan pendidik. Potensi transformasi teknologi adalah tanggungjawab bersama, dan semasa kita menavigasi revolusi teknologi ini, mari kita pastikan bahawa tiada sesiapa yang ditinggalkan. Melalui usaha kolaboratif  didorong oleh kesedaran dan pendidikan, hal ini yang berkemampuan untuk membuka potensi perubahan global yang dijanjikan oleh teknologi yang giat berkembang. - Getaran, 2 Januari 2024

Dr. Frank Siegfried ialah Alumnus DBA dari Alliance Manchester Business School, Felo Pengajar, dan Penyelia Capstone untuk program MBA Global Manchester. Artikel ini berasal dari Masterclass terkini dan pratinjau MBA, The University of Manchester South East Asia Centre, yang berlangsung di The Hilton, Kuala Lumpur.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 2 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM