Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Muhyiddin Sepatutnya Berundur Bersama Tajuddin - P. Gunasegaram

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 11:52AM

Tajuddin Abdul Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti kebanyakan orang, apabila ada petisyen mendesak Ahli Parlimen Pasir Salak dan bekas pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meletak jawatan susulan sidang media yang diadakan berhubung kemalangan tren LRT, saya dengan gembira menambahkan nama kepadanya (petisyen).

Ia adalah sangat memalukan dan sama sekali tidak menghormati mangsa. Beliau menunjukkan pemahaman yang kurang baik mengenai masalah ini, sentiasa perlu diperbetulkan oleh penolongnya dan memandang ringan kemalangan itu, merujuk kemalangan tren sebagai ``kissing'' satu sama lain sambil memastikan ia selamat.

Beliau menunjukkan ketidakcekapannya sebagai pengerusi sebuah organisasi yang mempunyai aset bernilai berbilion-bilion ringgit dari segi LRT dan laluan MRT, stesen dan kereta api yang bergerak di bawah sistem berkomputer yang kompleks, kebanyakannya tanpa pemandu, direka untuk mencegah kemalangan seperti itu.

Beliau bukan individu paling layak untuk mengendalikan sidang media berkenaan, kerana ia seharusnya ditangani oleh pasukan yang dipilih dengan begitu teliti oleh PRASARANA, agar dapat menceritakan secara terperinci punca serta kronologi nahas.

Pasukan ini yang perlu berdepan dengan media, yang mempunyai banyak persoalan namun sedikit jawapan untuk kemalangan yang belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah sistem pengangkutan awam PRASARANA mengalami kemalangan seumpama ini, di mana 200 orang cedera, lebih 60 orang dimasukkan ke hospital dan enam ditempatkan di unit rawatan rapi.

Apa yang tidak boleh dimaafkan ialah Tajuddin sama sekali tidak menyedari kekurangan pengetahuannya dan memiliki keberanian untuk cuba mengendalikan sidang media sendiri, dengan keangkuhan seorang ahli politik yang terjun ke kedudukan kuasa yang tidak layak dipegangnya.

Namun siapa yang bertanggungjawab atas keadaan ini? Siapa yang meletakkan lelaki ini pada kedudukan berkenaan dan mengizinkan beliau mengendalikan berbilion ringgit aset, dan kini meminjam lebih banyak bilion untuk membina laluan LRT dan MRT?

Apabila semuanya siap, ia akan memiliki aset lebih dari RM50 bilion di bawah kawalannya, menjadikannya sebagai rangkaian pengangkutan terbesar di Malaysia. Dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Tajuddin, seorang ahli politik yang lebih terkenal dengan kenyataan tidak masuk akal daripada perkara lain, untuk peranan yang sangat penting ini!

Kenapa beliau melakukannya? Pada dasarnya untuk mendapatkan sokongan Ahli-ahli Parlimen dalam pemerintahan Perikatan Nasional (PN) ketika Muhyiddin berdepan dengan tentangan terhadap pelantikannya sebagai Perdana Menteri, dengan gerakan kuat dijalankan untuk mendapatkan undi tidak percaya.

Dalam masa sebulan mengambil alih kuasa pada Mac tahun lepas, beliau telah menambah Kabinet kepada 70 anggota dari 55 di bawah Pakatan Harapan - namun beliau perlu mendapatkan sokongan 45 lagi Ahli Parlimen untuk lebih selesa, seperti yang saya jelaskan di sini. 

Maka, Tajuddin adalah salah seorang daripada mereka. Seseorang yang tidak bersedia dan layak untuk mengetuai organisasi yang kompleks dan sebesar PRASARANA. Untuk mengekalkan kekuasaannya, Muhyiddin bersedia untuk berkompromi dengan kecekapan dan kemampuan - beliaulah yang harus berundur bersama Tajuddin.

Kini, beliau boleh melihat kesan langsung akibat melantik mereka yang tidak layak untuk memegang jawatan utama. Kita tidak boleh memandang rendah akan kesannya, Perubahan dalam pelantikan akan jadi lebih luas, seperti yang dijelaskan dalam artikel ini.

Semua ini dilakukan secara terbuka: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan yang disiarkan media menyatakan semua Ahli Parlimen yang pada masa ini yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan akan dijadikan ketua GLC, menurut artikel pada April tahun lepas.

Janji itu tidak ditunaikan, seperti yang ditunjukkan oleh artikel ini. Di Bursa Malaysia, terdapat empat syarikat seperti itu dengan ahli politik sebagai pengerusi. Mereka adalah Tenaga Nasional Bhd (TNB), Malaysia Airports Holdings Bhd, Boustead Holdings Bhd dan Sime Darby Plantation Bhd (lihat carta untuk perinciannya).

Masih banyak lagi, dengan Ahli Parlimen parti pemerintah seperti Bersatu, UMNO dan PAS mendapat kedudukan dan jawatan dalam anak syarikat lain. Semua ini berpotensi mencetuskan bahaya yang serius hingga ke negara, rakyat dan ekonomi.

Muhyiddin harus dipersalahkan kerana ini. Untuk terus berkuasa, beliau terpaksa menyerahkan kedudukan penting kepada penyokongnya, yang memberi mereka lebih banyak wang dan faedah, seperti kereta, pemandu dan elaun. Itu alasan yang cukup baik untuk meminta beliau meletak jawatan.

Jika dilihat kepada imbuhan mereka sahaja untuk keempat-empatnya berdasarkan carta, ia berkisar antara RM344,000 hingga RM877,000 - sejumlah wang yang besar, yang sebenarnya menggunakan wang GLC untuk sokongan politik. Yang terakhir saya periksa, itu rasuah.

Oh, ada sebab lain untuk Muhyiddin berundur, sudah tentu. Salah satu daripadanya ialah beliau mempunyai kepentingan peribadi yang serius. Krisis Covid-19 yang berpanjangan berkemungkinan mengakibatkan darurat yang tidak perlu, dipanjangkan, mengekalkan kuasa secara tidak bermoral. Beliau tidak boleh menjadi ketua Komander untuk berperang melawan COVID-19.

Kini, Tajuddin telah dipecat - beliau tidak meletak jawatan - dari kedudukannya sebagai pengerusi PRASARANA menerusi surat dari Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. PRASARANA dimiliki Kementerian Kewangan.

Tiada siapa mengharapkan PM akan mengundurkan diri, sudah tentu - kita boleh jangkakan akauntabiliti dari mereka yang jujur dan bermoral, yang menghargai integriti. Hanya Parlimen boleh melakukannya, tetapi tidak ada kemungkinan ia akan bersidang dalam masa terdekat. - The Vibes

P. Gunasegaram khuatir dengan kualiti pemimpin kita - dan beliau pasti anda juga begitu. Beliau adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan Sokongan dan Penyelidikan Institut Sekhar serta penasihat editorial The Vibes

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah