web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasat, Pastikan Atlet Negara Tidak Alami Gangguan Seksual

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 10:26AM

Cindy Ong - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Payudara disentuh. Jurulatih beronani di hadapan atlet. Ahli politik menawarkan wang kepada atlet untuk mendapatkan seks.

Ini bukan cerita Netflix terbaru.

Ini merupakan kata-kata bekas perenang negara Cindy Ong serta seorang lagi bekas atlet. Mereka berdua menceritakan gangguan-gangguan seksual yang pernah mereka alami kepada Malaysiakini Selasa lalu.

Pelbagai persoalan telah timbul.

Adakah ini perkara biasa di kalangan atlet dan jurulatih negara? Berapa ramai lagi yang menjadi mangsa?

Dan jika perkara ini boleh berlaku di kalangan atlet elit, bagaimana pula dengan atlet-atlet di peringkat sekolah, remaja dan komuniti?

Ada juga atlet lelaki yang mengalami gangguan seksual. 

Baru-baru ini, Ain Husniza Saiful Nizam mendedahkan tentang gurauan seks oleh seorang guru. Dia juga diugut dengan ancaman rogol.

Ini menunjukkan bahawa ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa perbuatan atau perbualan sebegini “normal”. Ianya TIDAK normal.

Sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan, persatuan sukan dan juga sekolah mendirikan persekitaran yang selamat buat atlet-atlet dan kanak-kanak kita.

Mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual harus mempunyai saluran yang selamat untuk mereka mengutarakan masalah mereka. Bukan mudah untuk mangsa bercerita tentang gangguan seksual. Ada yang mengambil masa yang lama untuk memberanikan diri dan mendedahkan apa yang telah berlaku.

Pihak yang berkenaan mesti siasat dan membawa si pelaku ke muka pengadilan. Mereka yang terlibat dalam isu gangguan seksual tidak mempunyai tempat dalam ekosistem sukan Malaysia.

Pihak berkuasa juga mesti menyiasat dakwaan ahli politik yang telah menawarkan wang untuk seks kepada Cindy. Jika benar, ahli politik tersebut tidak mempunyai tempat di dalam arena politik negara.

Bertindaklah sekarang sebelum lebih ramai lagi menjadi mangsa gangguan seksual. - Getaran, 27 Mei 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman 21 tahun dalam media. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Kolum 16 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam