web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perilaku Terhadap Rakyat Palestin Kini Di Jurang Penghapusan Etnik

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 9:20AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semua kematian adalah tragik, dan mereka yang melakukan kekejaman perlu dibawa ke muka pengadilan. KESEMUA MEREKA.

Namun, sikap hipokrasi melulu pihak barat terhadap apa yang kepada rakyat Palestin, dan kekejaman yang berterusan membabitkan penduduk Palestin yang tidak berdosa di Gaza, adalah memualkan.

Ia amat-amat menjijikan.

Pendengaran terpilih dan ingatan terpilih yang dipamerkan bukan saja tidak akan membawa kepada keamanan, malah tidak akan membawa kepada apa-apa jenis keadilan untuk sama ada rakyat Palestin yang tidak bersalah atau Israel.

Saya bukanlah penyokong Hamas. Malah, saya percaya mereka adalah antara punca utama yang membawa kesakitan kepada rakyat Palestin – dan jika anda mahu gelarkan mereka sebagai pengganas, saya tidak akan membantahnya – selagi Bibi Netanhayu dan barisan cabinetnya yang ekstrim juga diletakkan dalam kategori sama.

Hanya kerana mereka kelihatan lebih cerah dan bertutur lebih baik dengan bahasa barat ia tidak bermakna mereka kurang bersikap pengganas.

Melengkapkan peneroka haram dengan senjata dan membenarkan kemiskinan, ketakutan dan perasaan putus asa merebak dalam kalangan keluarga Palestin – menghalau mereka dari kediaman dan tanah milik mereka – adalah tindakan keganasan.

Tetapi apa yang berlaku ketika ini bagi membalas perbuatan jahat Hamas, juga sama jahat.

Apa yang berlaku di Gaza adalah jenayah perang dan kini berada di jurang penghapusan etnik dan pembunuhan beramai-ramai. - Getaran, 26 Oktober 2023

Datuk (Dr) Vinod Sekhar ialah Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan PETRA 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang