Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Transformasi Dan Cabaran Kecerdasan Buatan Untuk Syarikat Tempatan

Penerimaan AI yang meluas dan berkesan memerlukan perancangan yang teliti, pelaburan dan pertimbangan etika

Kolum Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 10:01AM

AI mampu mengautomasikan tugas rutin dan menjimatkan kos - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersediakah syarikat tempatan di Malaysia untuk menghadapi revolusi kecerdasan buatan dewasa ini? Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) bersedia untuk merevolusikan cara syarikat Malaysia beroperasi, menawarkan pelbagai peluang baharu dan juga cabaran yang menggerunkan. Artikel ini meneroka persoalan ini secara ringkas.

Di antara faedah terbesar yang ditawarkan AI ialah mempercepatkan dan meningkatkan kebolehan keputusan perniagaan dicapai. AI membolehkan perniagaan menganalisis set data yang luas dengan pantas, memupuk amalan keputusan berasaskan data. Sebagai contoh, bank boleh menggunakan AI untuk meramalkan arah aliran kewangan dengan lebih tepat berdasarkan jutaan transaksi pelanggan setiap hari dan membantu pihak bank membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum.

Pengalaman yang dinikmati pelanggan juga dapat dipertingkatkan. Interaksi pelanggan yang lebih peribadi berdasarkan pembelian dan pilihan masa lalu dan juga chatbot yang dipacu AI yang mampu memahami perbualan harian meningkatkan kepuasan pelanggan. Sebagai contoh Shopee menggunakan AI untuk cadangan pembelian yang diperibadikan berdasarkan data terkumpul pelanggan. Setiap kali anda membuat pembelian di Shopee, AI Shopee akan membandingkan corak pembelian anda dengan pembeli-pembeli yang hampir serupa dengan anda dan mencadangkan barangan yang berkemungkinan anda akan membeli. Ada kalanya AI lebih mengenali anda daripada diri anda sendiri!

AI juga mampu mengautomasikan tugas rutin, membebaskan sumber manusia untuk melaksanakan tugasan dengan peranan yang lebih strategik. Telekom Malaysia kini menggunakan chatbot berkuasa AI untuk sokongan pelanggan yang cekap. Ini membolehkan chatbot menangani kes-kes yang lebih mudah dan pegawai khidmat pelanggan dapat melayan lebih banyak permintaan yang lebih rumit.

Rantaian bekalan moden amat kompleks dengan ratusan dan kadang kala ribuan pilihan dan keputusan yang perlu diambil kira. Contohnya jumlah bahan mentah yang diperlukan di kilang, pembekal mana yang akan menjadi pembekal, bila penghantaran perlu dilakukan dan bermacam-macam lagi. Kerumitan ini akan menjadi berlipat kali ganda bila terdapat pelbagai produk untuk dihasilkan di kilang yang berlainan tempat.

AI mampu mengoptimumkan rantaian bekalan dan menjimatkan kos dengan menentukan pilihan yang terbaik berdasarkan data yang tersedia. Ini sememangnya di luar kebolehan manusia untuk menilai jutaan poin-poin data pada waktu yang sama, namun untuk AI tugasan ini amat mudah. Nestlé Malaysia dilaporkan menggunakan AI untuk meramalkan permintaan dan mengurangkan pembaziran.

Di sebalik peluang yang ditawarkan AI, terdapat juga banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam penggunaan AI yang lebih meluas di Malaysia. Penggunaan AI yang lebih meluas memerlukan peningkatan kemahiran pekerja agar mereka memiliki pengetahuan dan kebolehan di dalam sistem berasaskan AI. Buat masa ini, permintaan untuk pekerja mahir dalam bidang AI melebihi penawaran yang sedia ada di pasaran. Oleh itu gaji perkerja mahir di dalam bidang AI agak tinggi dan tidak semua syarikat berkemampuan.

Kekurangan bakat AI yang mahir ialah cabaran global dan Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi cabaran ini. Kerajaan melalui MIMOS perlu bekerjasama dengan institusi-institusi pengajiaan tinggi dan sektor swasta untuk membangunkan bakat AI tempatan agar keperluan tempatan dapat dipenuhi.

Keselamatan data akan juga menjadi lebih genting kerana AI bergantung kepada jumlah data yang besar dan melindungi data sensitif daripada pelanggaran amat penting. Syarikat-syarikat Malaysia perlu melabur dengan secukupnya untuk menjamin keselamatan siber di tengah-tengah penyepaduan AI dalam proses-proses perniagaan seharian.

Pergantungan yang berlebihan pada AI boleh mengganggu operasi jika tidak diawasi dengan teliti. Walaupun AI semakin canggih tetapi AI masih belum berupaya menangani setiap kemungkinan yang mendatang. Sama seperti sistem AI kereta yang berkemampuan memandu seperti Tesla masih boleh mengalami kemalangan bila berhadapan dengan keadaan yang tidak diduga, perniagaan juga tidak boleh terlalu yakin dengan sistem AI untuk mengawal kesemua sistem di dalam perniagaan. Sebagai contoh Malaysia Airlines mengimbangi penjadualan penerbangan AI dengan pengawasan manusia untuk mengelakkan kesilapan yang tidak disengajakan oleh sistem AI.

Kesimpulannya, AI menawarkan syarikat Malaysia peluang untuk membuat keputusan yang lebih baik, meningkatkan pengalaman pelanggan, automasi tugasan dan pengoptimuman rantaian bekalan. Walau bagaimanapun, cabaran termasuk penyesuaian tenaga kerja, keselamatan data, privasi data, kekurangan bakat dan risiko kebergantungan masih wujud. Penerimaan AI yang meluas dan berkesan memerlukan perancangan yang teliti, pelaburan dan pertimbangan etika. Syarikat-syarikat Malaysia yang mengharungi cabaran ini akan berkembang maju pada masa hadapan yang dipacu AI. - Getaran, 6 September 2023

Nasser Ismail adalah Anggota Gen-X lulusan ekonomi dan peminat teknologi yang menyaksikan permulaan revolusi informasi dari lewat 70an hingga ke ambang zaman AI terkini

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 2 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

4

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

5

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

6

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

7

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja