Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Duduk Di Rumah

Tahun kedua tidak boleh keluar beraya memang mengecewakan. Tetapi banyak hal lain yang boleh dilakukan untuk menjadikan rumah syurga dunia kita.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 10:46AM

Gambar: Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seminggu sudah Syawal berlalu. Lemang, ketupat, rendang, bahulu, aneka biskut dan kek masih ada, tidak mampu dihabiskan kami tiga beranak yang tinggal serumah. 

Jika selalu riuh rendah anak menantu, adik-beradik, jiran tetangga dan sahabat handai, tahun ini sepi. 

Bosan, jemu, kecewa. Memang sedih bila merentas daerah pun tidak dibenarkan, (mak ayah di KL, anak-anak di Selangor, bersempadan kurang beberapa kilometer saja) dan tidak boleh menziarahi!

Gambar: Irfan Surijanto, Unsplash
Gambar: Irfan Surijanto, Unsplash

Apalah maknanya Raya bila tidak dapat bersama mereka? Tidak tentu ada tahun hadapan, kalaupun segalanya sudah kembali pulih, dengan keuzuran mereka, doa sahajalah dipanjangkan umur ya.

Namun ramai yang akur, demi kesejahteraan semua, setiap ahli masyarakat wajib mematuhi SOP yang ditentukan. Jangan disebabkan kita, orang lain menjadi mangsa. 

Terkesan dengan coretan Dr. Haslinda di FBnya. Sang suami terpaksa kuarantin sendirian di kondo lamanya (demi menjaga keselamatan ahli keluarga yang lain, ditakuti sang suami terpercik jangkitan) kerana ada si ‘dungu’ katanya walaupun bertaraf YB, selamba datang berjemaah di masjid pada malam akhir Ramadan sedangkan seisi rumahnya positif COVID-19. 

Kononnya si dungu duduk jauh-jauh, katanya dia tidak pun bersalam, katanya hanya mahu ikut serta jemaah itu saja. Otak ke mana ya? 

Ada pula segelintir yang tiada segan silu menayangkan kemeriahan beraya bersama ahli keluarga mereka yang ramai, tiba-tiba sahaja mengaku anak menantu, ipar-duai tinggal serumah.

Sungguh tidak masuk akal dan sungguh menjelekkan bagaimana kamu yang turut sama menentukan SOP ini dan kamu yang melanggarnya. What a shame, Azmin!

Yang anehnya pula, boleh pergi ke Mall, boleh jumpa mak ayah di Mall (berikan alasan hendak ke Mall dan dilepaskan, quietly suruh mak kamu tunggu di sana, peluk cium mak di sana) tapi tidak boleh jumpa dan peluk kat rumah, tidak boleh pergi kubur, tak boleh kereta bersusun-susun di halaman rumah, tak boleh kasut banyak-banyak di depan pintu, tidak boleh rumah terang-benderang dan pasang lagu ‘Balik Kampung’, pintu akan diketuk, silap haribulan diserahkan surat ‘cinta’. 

Dan ini berita sedih baru saya terima daripada kawan, ayahnya menghembus nafas terakhir pagi tadi, 19 Mei, 2021 dan dia hanya mampu mendoakan dari jauh. “Boleh mohon permit, tetapi mesti jawab itu ini, by the time itu ini, arwah sudah di dalam liang lahat,” katanya.

Masa arwah masih bernyawa dia mohon rentas negeri. Banyak sangat soalan, akhirnya dia reda (bapa yang sakit tua, mana ada surat doktor). Sedih, sampailah si ayah pergi buat selama-lamanya.

Gambar: Alif Omar
Gambar: Alif Omar

Okey saya tidak mahu meleret dan membebel, pada saya jelas Allah tunjukkan satu persatu kelemahan serta ketidakcekapan kerajaan tebuk atap menangani isu pandemik. Full stop!

Seperti apapun rumah kita, ada jiwa kita di sana

Sebab rumah adalah ruang tempat berteduh bagi hati dan perasaan kita

Sebelum tempat rebah bagi tubuh kita

Inilah masa membetulkan diri sendiri…

Betul bosan, tetapi saya perasan untuk melelapkan mata 20 minit di siang hari pun masih tidak dapat. Being stuck at home can make you rethink how much of your stuff you really need!  

And do you think you really need it all? You can decide what to donate and what to throw out, or perhaps even make some money by selling things you don’t need,” kata suami.

Duduk di rumah, perhatikan almari baju, rak buku dan majalah, kabinet dapur, apakah kamu memerlukan kesemuanya? Kawan saya Liny, menghadiahkan saya satu set pinggan mangkuk yang cantik dan tidak pernah digunakan. Katanya pada berhabuk elok dilepaskan dan ada orang boleh manfaatkan. 

Begitu juga saya yang jemu dengan set pinggan menghantarnya ke rumah kebajikan, memberi kepada yang memerlukan. Ayuh, jangan kedekut, jangan beri yang retak atau baju sudah koyak rabit.

Saya teringat cerita anak saudara dalam misi gengnya menghimpun pakaian terpakai untuk kerja amal. Katanya lebih 40 ke 50 peratus tidak boleh digunakan, malah ada yang kotor, busuk berkulat. Satu kerja mereka untuk menghapuskannya. 

Duduk rumah tidur makan, tidur, main telefon, makan dan tidur. Ruginya masa dihabiskan begitu sahaja. Jangan jadi manusia pemalas. 

Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels
Gambar: Ketut Subiyanto, Pexels

Seorang teman bercerita, “Aku tidak akan lupa wajah perempuan ini,” (dibawa teman dan menyinggah di rumah kawannya). Melihat keadaan rumah walaupun besar, sudah tidak nampak sama ada ia ruang tamu atau bilik stor, sepenuh-penuhnya timbunan pakaian, masyaAllah. 

Dia yang kesuntukan waktu untuk bersolat terpaksa menolak-nolak baju-baju untuk membentang sehelai sejadah. And the house is full of baju, kasut, tas tangan.

“Ni nak beri orang ke?

“Tidak,” jawabnya.

“Hendak dijual ke?”

“Tidak?” “Sayang semuanya baru,” katanya.

Dan ditunjukkan pula, satu bilik, sepatutnya bilik tetamu, setinggi langit pakaian, masyaAllah. Sampai tiada ruang nak duduk, sampai satu rumah bertimbun pakaian.

“Aku percaya kalau ruang tamu dan ruang makan bertimbun, tak boleh bayangkan di empat bilik lain.” “Soalan aku, ceritanya, kat mana anak-anaknya makan dan tidur?” 

Tolong hapuskan sifat malas, itu. Duduk di rumah apa cerita kalau rumah kotor, melekit, pinggan mangkuk di sinki berkulat tidak berbasuh. Lipas dan tikus berumah tangga di rumah kamu.

Cerita kawan, “Aku pernah ada kawan, punyanya pemalas nauzubillah, dia membasuh pinggan mangkuk makan hariannya setelah semua pinggan-pinggan mangkuk sealmari habis digunakan, barulah dicuci. Sehingga ada yang berkulat dan melekat sukar ditanggalkan. Jika si ibu dan ayah pengotor, anak-anak lebihlah lagi.”

Gambar: Rodnae Productions, Pexels
Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Duduk di rumah, banyak yang sebenarnya boleh kita lakukan. Inilah masa mengajar anak-anak berdikari. Anak, baik perempuan mahupun lelaki wajib diajar membuat kerja rumah. Mengemas, memasak, mencuci dan menggosok.

“Ma, ini bukan kerja kami?” 

Excuse me, habis kerja siapa?”

Maid. Ini kerja orang perempuan kan?”

“Cantik muka kamu, Tisham, Imtiaz.”

Dan saya segera melepaskan pembantu rumah sebaik saya sedar mereka tidak boleh diberi muka. Walau baru umur 11 dan 9 tahun, time’s up!

Duduk di rumah, cantikkan diri.  You don’t need any equipment for a good workout, banyak online video percuma yang boleh diikutinya. Bila kamu aktif, it will make a big difference to how you feel mentally and physically.

Ia membantu kamu tidur lena, lift up your mood, walaupun kamu stuck di rumah 24/7. Duduk di rumah, mengapa pakai baju tidur dari malam sampai ke malam esoknya? Mana baju-baju cantik kamu? Bukankah baju untuk hiasan diri, bukan almari?

Saya tidak suruh pakai lace dan yang berjemeki, pasti ada baju yang selesa bagi memudahkan kerja hari-hari. Pendek cerita, tolong jangan sampai ada keliru kamu tuan rumah atau pembantu di rumah? 

Duduk di rumah, kamu boleh memulakan blog kamu sendiri. Inilah masa kamu mengumpul audiens kamu, masa berkongsi ilmu dan kemahiran. Bersedekah tidak semestinya dengan wang ringgit dan bersedekah ilmu adalah yang terbaik.

Gambar: Rodnae Productions
Gambar: Rodnae Productions

Duduk di rumah, kamu sudah lama teringin untuk menguasai bahasa Inggeris, brush up on vocabulary, test out pronunciation, atau belajar bahasa Mandarin atau bahasa Perancis, bahasa Arab dan sebagainya. Dan yang terbaik, bagi orang Islam ialah mengaji Quran.

Tanya diri, bila kali terakhir kamu membuka al-Quran dan membacanya? Jawapan, “Masa tamat Quran, darjah enam?” Allahuakbar. 

Inilah masa untuk mendekatkan diri dengan Allah. Masa untuk menambah bekalan untuk hari akhirat dan masa menenangkan jiwa yang berserabut, hati yang tidak tenteram, yang gelisah, yang sedih dan pilu. 

Daripada Sheikh Dr. Ahmad Isa Alm’sarawi, “Sesiapa yang diberi rezeki membaca al-Quran, maka akan hilanglah kesengsaraannya, kerana al-Quran dan sengsara tidak akan bersatu selama-lamanya.”

Ketika ditanya, sebanyak mana kita perlu membaca Al Quran? “Sebanyak mana kebahagiaan yang kamu mahukan.” 

Dan ini yang saya lakukan, mengaji sambil membetulkan makhraj dan turut serta dalam kumpulan tadabur bagi menambah ilmu agama. Pada usia lebih setengah abad, tidak ada maknanya nak ambil masters ke PhD ke, di penghujung usia, tingkatkan ilmu dan amalan untuk akhirat. 

Betulkan solat dan tolong qada solat-solat yang tertinggal dan qada puasa yang mungkin lupa dibayar. Juga banyakkan amalan solat sunat, puasa sunat.

Bersibuklah dengan beramal bukan bergosip. Tua mahu pun muda, kita tidak tahu bila berakhirnya usia, maka jangan leka, mulakan segera. Duduk di rumah terutama pada masa PKP, inilah masa terbaik memulakan tanggungjawab agamamu bagi meraih tempat di syurga.

Di rumah kita ada malaikat dan ada syaitan.

Maka kita jadi yang mana?

Atau kita berteman yang mana?

Duduk di rumah, tolong, jangan jari-jari kamu itu pantas sekali menulis ayat-ayat durjana, ayat-ayat berbaur nista, menempelak orang ini orang itu di FB, Instagram, Twitter.

Gambar: Cottonbro, Pexels
Gambar: Cottonbro, Pexels

Biarlah orang lain hendak mengata, mengapa kamu pun mahu turut serta? Biarlah dia yang berniqab, sama ada dia hendak menampakkan cuma biji mata atau dahi yang terbuka, itu pilihannya, mengapa pula kamu yang sakit hati melihatnya?

Dia yang lebih tahu tentang dirinya, apakah dengan kamu mengata, kamu dapat pahalanya? Tolong jaga pekerti, jaga peribadi, jaga jari-jari itu, ia menjadi saksi di akhirat nanti. Jangan tangan kiri yang menyambut buku amalanmu nanti.

Duduk di rumah, isteri punya hak untuk dididik, suami punya hak memimpin. Jika keduanya dipenuhi, maka rumah tangga itu akan bahagia. Tunaikan tanggungjawab bersama.

Duduk di rumah bagi anak-anak dara khasnya dan sang teruna juga, bukankah ini sebaiknya masa untuk belajar memasak. Kata nak kahwin? Memang bukan syarat sah kahwin mesti pandai memasak, tetapi pepatah Inggeris menyebut, ‘the way to a man’s heart is through his stomach.’ And you guys, be a gentleman. Girls love to be treated like a queen, sesekali sediakan sarapan untuknya, yes to win her heart too.

Ya, kita patut bersyukur, kerana hanya disuruh duduk di rumah, tidak dihambat dari rumah kerana Sang Zionis hendak menduduki rumah kita.

Kita patut bersyukur hanya diminta duduk di rumah, tidak dikerah memegang senjata supaya turut serta membela nasib bangsa dan negara.

Kita bersyukur, tiada darah yang mengalir dan nyawa yang tersungkur dari kekejaman Israel laknatullah. 

Sesungguhnya aku bersyukur, masih ada rumah untuk didiami bersama kaum famili yang menyayangi. Rumah seharusnya jadi syurga sehingga setiap anggota keluarga rindu berkumpul di dalamnya. – Getaran, 22 Mei 2021.

Isu Pada

Amyra Rosli, Menyemai Cinta

22 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok