Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masa Depan Ekonomi Digital

Masa depan ekonomi digital Malaysia bukan sekadar angan-angan kerana sebuah pelan telah pun dirangka

Kolum Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 8:58AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masa depan ekonomi digital Malaysia dengan sasaran untuk menjadi juara serantau menjelang 2030 sering diperkatakan. Namun ia bukan sekadar angan-angan, dan sebuah pelan telah pun dirangka , The Malaysia Digital Economy Blueprint (MyDIGITAL) menggariskan enam teras strategik yang akan merintis jalan ke arah transformasi digital ini.

Baru-baru ini, pengumuman Ekonomi Madani  mengukuhkan lagi hasrat kerajaan untuk mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi, berasaskan pengetahuan dan mampan untuk melonjakkan Malaysia menjadi jaguh ekonomi digital.

Di antara pemacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia ialah penggunaan meluas teknologi baharu oleh sektor perniagaan dan juga pengguna. Peralihan inilah yang telah membawa kepada kemajuan pesat yang kita lihat dalam pelbagai sektor.

Dalam pasaran e-dagang, sektor swasta telah melaksanakan inovasi untuk mencapai  dan berinteraksi dengan pengguna secara langsung.

Acara jualan bulanan oleh Shopee dan Lazada kini menjadi sebahagian daripada kehidupan Malaysia seperti juga berjual beli sambil menonton strim secara langsung.

Pada masa sama, kita juga telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam sektor perkhidmatan yang turut mengorak langkah untuk menawarkan penyelesaian bagi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah. E-hailing, penghantaran makanan dan perkhidmatan kewangan kini berada di hujung jari pengguna.

Memacu pertumbuhan ini adalah infrastruktur digital Malaysia yang kukuh. Ia berperanan sebagai tulang belakang yang tegap untuk perkhidmatan digital yang lancar dan  mampu menyokong perkembangan ekosistem yang sedia ada. Di samping itu ialah bekalan pekerja mahir, satu sumber berharga yang menyemarakkan inovasi dan menyokong daya saing negara.

Harapannya ialah inisiatif Ekonomi Madani dan MyDigital akan memacu ekonomi digital Malaysia ke alaf baru yang pada waktu ini kita cuma mampu bayangkan.

Produk dan perkhidmatan digital baharu akan membentuk semula industri dan meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia. Gelombang inovasi ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital dan menyumbang kepada pertumbuhan pekerjaan dan kemakmuran ekonomi.

Bagaimanapun keterangkuman harus menjadi keutamaan yang tinggi untuk memastikan ekonomi digital menjangkau segenap lapisan masyarakat Malaysia, dan mewujudkan persekitaran di mana tiada yang ketinggalan.

Walaupun masa depan dijangka cerah, terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk memastikan hasil seperti yang dijangkakan.

Tenaga kerja perlu celik digital dan berkemahiran untuk mengambil bahagian secara berkesan dalam ekonomi digital. Ini memerlukan cara dan kaedah baharu untuk mengajar golongan muda dan pelajar, serta strategi untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja sedia ada supaya penyertaan mereka dalam ekonomi digital lebih berkesan dan terus relevan.

Semakin ekonomi berhijrah ke ruang digital, privasi dan keselamatan data akan menjadi semakin genting.

Peningkatan jenayah siber seperti penipuan scam dalam beberapa tahun kebelakangan ini bermakna rangka kerja pengawalseliaan yang kukuh untuk ekosistem digital akan diperlukan untuk melindungi data sensitif daripada eksploitasi dan penyalahgunaan.

Ekonomi digital hanya boleh wujud dalam persekitaran di mana keyakinan pengguna dan keselamatan berurusniaga terjamin dan kerajaan perlu memainkan peranan sebagai pemegang amanah ini.

Kejayaan Malaysia ke arah ekonomi digital memerlukan usaha kolaboratif antara kerajaan dan komuniti perniagaan.

Peranan kerajaan adalah untuk meletakkan pelaburan dalam infrastruktur digital utama seperti rangkaian jalur lebar dan akses 5G dapat digunapakai oleh semua.

Pelan pembangunan dan pelaksanaan infrastruktur digital mesti dilakukan dengan input daripada komuniti perniagaan untuk memastikan sejajar dengan keperluan mereka dan mengelakkan pembaziran pelaburan.

Begitu juga, adalah penting untuk mereka bentuk program latihan dan inisiatif kemahiran semula yang selaras dengan keperluan industri dan perdagangan supaya terdapat bekalan tenaga mahir yang stabil dengan kadar kebolehpasaran yang tinggi.

Pada masa yang sama, perniagaan perlu lebih terbuka menerima transformasi digital, dan menggunakan teknologi terkini sebaik mungkin untuk mengoptimakan operasi dan meningkatkan kepuasan  pelanggan.

Melabur dalam pemasaran digital dan inovasi produk akan meningkatkan lagi kehadiran dan daya saing pasaran syarikat tempatan pada skala global.

Inisiatif Ekonomi Madani dan MyDigital  dapat memberikan satu gambaran asas yang kukuh untuk Ekonomi Digital Malaysia berkembang maju, memacu pertumbuhan dan melahirkan inovasi yang berterusan.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa ia tidak akan tercapai dengan hanya merangka rancangan tetapi memerlukan  perlaksanaan dengan berkesan. Pelaksanaan yang cekap dan kemas adalah kunci untuk membuka potensi penuh aspirasi digital Malaysia. - Getaran, 2 Ogos 2023

Nasser Ismail adalah Anggota Gen-X lulusan ekonomi dan peminat teknologi yang menyaksikan permulaan revolusi informasi dari lewat 70an hingga ke ambang zaman AI terkini.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City