Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Isu Palestin: Hakikatnya Kita Yang Lemah

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 May 2021 12:08PM

Zionis kembali menggila kerana pada masa yang sama kawasan di sekitar Baitulmaqdis berterusan digempur dengan menjadikan petugas perubatan dan ambulans sebagai sasaran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Visual pembantaian ke atas penduduk Palestin di Baitulmaqdis pada hari 10 terakhir Ramadan adalah sejelas-jelas bukti kejahatan yang dilakukan ke atas orang awam yang tidak berdosa dan dibuat ketika mereka sedang beribadat.

Apatah lagi, ia dilakukan di perkarangan Masjid Al Aqsa, masjid ketiga suci, yang sejak lebih 53 tahun lalu telah jatuh ke tangan rejim Zionis dan dari tarikh itu, maruah sebenar umat Islam telah hilang di tangan Israel yang jauh lebih kecil jumlah penduduknya berbanding dengan Muslimin.

Awal pagi tadi pada 29 Ramadan (11 Mei 2021), penulis mendapat mesej di WhatsApp dan Telegram bertalu-talu mengenai serangan terbaru yang dilancarkan Israel ke atas Gaza.

Sekurang-kurangnya 20 maut termasuk 9 kanak-kanak! 

Zionis kembali menggila kerana pada masa yang sama kawasan di sekitar Baitulmaqdis berterusan digempur dengan menjadikan petugas perubatan dan ambulans sebagai sasaran.

Apa sahaja tindak tanduk Israel adalah kebal kerana disokong Amerika Syarikat dan Barat, tetapi seandainya umat Islam berpegang atas semangat ukhuwah, kita jauh lebih kuat dan keganasan sebegini dapat dihalang.

Malangnya dari saat deklarasi negara Israel, pada 14 Mei 1948 sampai ke saat ini, perkara itu tidak pernah berlaku.

Apa sahaja perang yang membabitkan umat Islam yang diwakili blok Arab melawan Israel berakhir dengan kekalahan dan sebagai akibatnya, bumi Palestin semakin mengucup kerana lebih banyak kawasan didudukinya.

Jika adapun Perang Enam Hari atau Perang Yom Kippur pada 6 Oktober 1973, di mana Presiden Mesir Anwar Sadat dengan dibantu Presiden Syria, Hafez al Assad melancarkan serangan mengejut untuk menguasai semula Semenanjung Sinai yang dikuasai Israel sejak Perang Arab Israel pada 1967.

Mesir berjaya merampas semula kawasan yang pernah ditawan Israel dan Syria terpaksa menerima kekalahan kerana kehilangan kawasan strategik di Bukit Golan.

Tetapi tindakan berkenaan bukan untuk rakyat Palestin, ia lebih kepada mendapatkan semula maruah negara berkenaan selepas tewas dalam perang sebelum itu.

Sekelip mata Anwar Sadat diangkat sebagai adiwira dunia Arab, tetapi selepas perjanjian damai Mesir-Israel di Camp David pada 1978 dan dua tahun kemudian, pada Januari 1980, beliau dituduh sebagai pengkhianat kepada bangsa sendiri kerana menjadi negara Arab pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Suara rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air mereka timbul tenggelam dalam perhimpunan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana kuasa lobi begitu dominan khususnya dalam kalangan negara pemegang kuasa veto.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) atau dulunya dikenali Pertubuhan Persidangan Negara Islam natijahnya adalah untuk memperjuang isu rakyat Palestin, tetapi semakin hari ke hari, ia tidak menampakkan sebarang impak dan fungsi.

Ketika mana peranan OIC menjadi hidup segan, mati tidak mahu, Malaysia dan Indonesia menjadi negara yang tegar membawa usul dan berterusan menyokong hak rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air mereka yang diduduki Yahudi.

Selepas lebih 74 tahun, tidak dapat dinafikan sentimen umat Islam terhadap penubuhan negara Israel di tanah Arab yang ditawannya semakin kendur.

Semangat generasi ketiga tidak lagi sama dan dengan bijaknya, rejim Zionis menggunakan peluang itu menjinakkan umat Islam untuk menerima kehadirannya di satu tempat yang termasuk dalam lingkaran bumi Syam.

Jika 40 tahun lalu Mesir membuka tirai  dengan Israel, 2020 menjadi mimpi ngeri kepada perjuangan rakyat Palestin apabila negara Arab yang sebangsa dan sebahasa dengan mereka seperti  UAE, Bahrain, Morocco dan Sudan telah berjaya dijinakkan dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv, satu tamparan besar kepada perjuangan selama ini.

Arab Saudi yang menjadi Penjaga Dua Tanah Suci juga kini semakin menghampiri ke arah itu, selepas berjaya dipujuk oleh pentadbiran Donald Trump sebelum ini. Hanya tunggu masa sahaja!.

Perjuangan rakyat Palestin adalah simbol perjuangan bersama bagi membela hak asasi manusia sejagat.

Malangnya, sebarang usaha penyelesaian yang dibuat tidak menemukan sebarang noktah kerana ia sengaja dibiarkan begitu atas kepentingan kuasa kuasa Barat di rantau Asia Barat.

Pelan damai yang diuar-uarkan selama ini hanya sekadar wayang.

Penyelesaian isu Palestin berada pada tangan umat Islam, malangnya kita begitu lemah untuk bersatu!

Razali Awang adalah bekas wartawan perang dan bencana TV3 yang kini berkhidmat sepenuh masa dengan Syria Care.

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Kolum 33 minit yang lalu

Meredah Cabaran Peralihan Tanpa Subsidi Minyak di Malaysia

oleh Nasser Ismail