Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lu Biar Betik? - Afdlin

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 8:39PM

Youn Yuh-jung merupakan pelakon Korea Selatan pertama yang dianugerahkan gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Oscar. Malaysia juga mempunyai peluang mendapat Anugerah Oscar jika berjaya menghasilkan karya yang terbaik - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa hari lepas,  Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid menyatakan penolakan permohonan geran yang dibuat terhadap projek ‘Angel of Sandakan’  adalah kerana tidak mengikut syarat ditetapkan.

Di sini, izinkan saya untuk menerangkan sedikit sebanyak mengenai sejarah projek ini.

Pertama, ‘Angel of Sandakan’ yang pada mulanya dikenali sebagai ‘Sandakan Tears’ adalah projek yang dibangunkan bersama dengan pengurusan Finas sebelum ni, untuk menghasilkan karya yang mampu memenangi anugerah Oscar.

Ia juga adalah projek pertama Malaysia yang ingin digunakan oleh Finas untuk memeterai perjanjian produksi Australia-Malaysia dan kami telah berjumpa dengan screen Australia bagi tujuan ini.

Jadi Finas telah memberikan kami dana pengembangan skrip untuk menyelesaikan skrip projek ini, sekali gus bermakna projek ini sudah melalui proses persetujuan yang amat ketat.

Justeru adalah agak kelakar jika pihak pengurusan Finas yang baharu ini tidak menyedari hal tersebut.

Oleh kerana harta intelek filem ini sekarang berada di bawah Petra Vision Works, maka saya terpaksa meyakinkan Pengerusi Petra Group, Datuk Vinod Sekhar, yang pada mulanya ingin melakukan projek ini secara sendirian dengan bantuan pelabur dana luar negara, untuk menjadikan Finas sebahagian daripada projek ini.

Ini kerana pada asalnya ia dibangunkan bersama-sama Finas dan langkah ini juga bagus untuk kelangsungan pembangunan imej negara dengan wujudnya satu ‘united front’ demi kebaikan bersama dan kemajuan industri filem di Malaysia.
 
Projek yang akan dilaksanakan melalui perjanjian produksi bersama Malaysia-Australia akan memulakan satu era baru dalam senario pawagam Malaysia.
 
Sebab itulah setelah skrip selesai ditulis oleh penulis layar Hollywood, kami disuruh Finas untuk memohon geran Kenegaraan Finas. Harus diperjelaskan bahawa geran pengembangan skrip yang diberikan kepada kami adalah dengan sokongan penuh Finas, yang ketika itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
Baiklah, menurut pengerusi Finas, kami tidak memenuhi kriteria untuk mendapatkan geran produksi, tetapi saya pada asasnya percaya kami bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi jangkaan.

Kami bukan sahaja siap hadir dengan skrip yang lengkap tetapi juga papan cerita beranimasi, poster, sokongan daripada penerbit luar negara yang pernah memenangi Academy Awards dan juga pelabur dana untuk projek ini.
 
Apa yang lagi lucu adalah, jika kami gagal memenuhi piawaian Finas, maka kami sepatutnya dari mula lagi tidak patut dilayan oleh Finas.

Dan jika kami juga gagal untuk membentangkan jalan cerita yang utuh maka sudah semestinya akan ada pertanyaan daripada pihak Finas ketika kami bermesyuarat dengan mereka.

Namun, tidak pula kedengaran sebarang soalan yang diajukan ketika kami menyiapkan skrip tersebut.

Malah, ahli panel kelihatan sangat teruja dengan projek kami. Mungkin saya tersalah membaca gerak-geri badan dan senyuman mereka, tetapi saya telah menjadi pengarah filem selama hampir dua dekad, saya percaya saya pandai membaca ‘body language’ orang.
 
Namun apa yang jelas kami mempunyai video presentation yang lengkap, yang menjelaskan kisah cerita tersebut menerusi trailer animasi yang berdurasi enam minit dan juga draf skrip ketiga yang dibangunkan di Kuala Lumpur, ditulis di Los Angeles dan diperbaiki di London. Oh ya, skrip ini juga dibayar oleh Finas.
 
Saya lihat  reaksi positif ahli panel dengan projek ini dan semasa sesi pembentangan, hanya ada satu soalan saja yang diajukan kepada kami mengenai anggaran perbelanjaan.

Pihak kami menjawab, just back us how much you can yang selebihnya kami akan cari sendiri kerana kami memang sudah ada pelabur dan pemberi dana yang sedang menunggu.
 
Kami juga tidak tahu berapa banyak geran yang disediakan di bawah Dana Kenegaraan DKD kepada semua penerbit, jadi apa sahaja jumlah yang diberi oleh Finas akan kami terima seadanya.

Kesimpulannya, Finas mahukan satu projek yang mampu memenangi Oscar dan kami memberikan mereka `The Angel of Sandakan' untuk membantu mereka merealisasikan impian memacu Malaysia ke pentas antarabangsa.

Saya rasa Zakaria tidak tahu sejarah projek ini. Jika beliau merasakan projek ini tidak cukup bagus maka secara tidak langsung ini juga bermaksud proses pemberian kelulusan skrip yang dibuat oleh Finas adalah bermasalah.

Cerita yang mana skripnya diluluskan oleh Finas, diperjuangkan oleh saya dan beberapa pasukan di Petra Vision Works yang memenangi beberapa anugerah serta penerbit dan penulis layar dari Hollywood tidak layak di mata Finas? Biar betik!

Benar, kualiti sesebuah filem adalah perkara subjektif namun penggunaan pasukan yang berpengalaman, yang pernah memenangi anugerah untuk membikinnya adalah salah satu cara untuk memastikan mutu sesebuah filem. This is how film works.

Saya tidak marah dengan Finas, malah saya bersedih dengannya kerana saya impikan projek ini menjadi sebuah projek nasional.

Sepatutnya perbadanan filem mendokong pembangunan filem di Malaysia tetapi apakan daya, ini satu kerugian.

Ia umpama bayi yang dibuang di dalam tong sampah. Kami di Petra Vision Works percaya bayi ini mampu membesar dan membanggakan nama negara. Insyallah.

Berat hati untuk saya katakan bahawa keputusan Finas ini adalah satu perbuatan yang cetek dan dangkal dalam ilmu perfileman kerana pengerusi Finas tidak mempunyai latar belakang yang utuh dalam industri.

Bagi saya, keputusan ini mempunyai motif yang tidak mengambil kira aspek artistik dan kepentingan industri perfileman.

Tapi don’t be khuatir! Filem ini akan dibuat! Insyallah. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia dengan kerjasama mereka yang percayakan visi ini.

Dana kenegaraan ini sepatutnya dibuka kepada semua rakyat Malaysia kerana duit tu adalah duit rakyat.

Tidak mengira fahaman politik. Kita semua kena Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kan? Dia tak ikut parti mana baru kena cukai kan?, setahu sayalah. Maka berlaku adillah. Itu sahaja yang saya minta.

Di penghujungnya, tuan pengerusi boleh kata apa saja untuk mengatakan yang kerja saya tidak cukup bagus dan mengikut piawai.

Kalau betul tuan ambil baliklah semua award yang pernah diberikan Finas kepada saya semasa di dalam FFM sebelum ni, pasal selepas 20 lebih tahun berkecimpung dalam filem, dan semua award yang dimenangi di dalam dan luar negeri, pitching dengan finas pun tak lepas bang... hahaha

Maafkan kenaifan saya memikirkan bahawa pihak pengurusan Finas akan mementingkan kebaikan industri berbanding hal-hal lain. 

#KuasaKepadaRakyat
#powertothepeople

Datuk Afdlin Shauki Aksan merupakan seorang pelakon, penerbit, pengarah dan menjawat jawatan Ketua Eksekutif Petra Media. Beliau telah melibatkan diri dalam industri perfileman lebih 20 tahun.

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan