web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berjuta Pelarian Tunggu Bantuan Ramadan

Kolum Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 5:02PM

Bayangkan jika di sini kita belanjakan RM15 untuk minum Frapuccino, sedangkan dengan jumlah yang sama, ia dapat membantu pelarian Syria berbuka puasa dengan juadah lengkap, nasi Mandy atau roti beserta ayam panggang, ayran (sejenis minuman dadih) dan salad.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya ingin minta bawa saya, emak saya dan dan adik beradik yang lain ke Afrin, Atma atau Al Bab.

“Di sana ada banyak makanan, ada pek makanan, makanannya panas-panas dan khemahnya luas dan bersih,” rayu Yara kepada salah petugas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan Khair Ghouta, rakan kerjasama Syria Care di selatan Idlib.

Luahan berkenaan disuarakan kepada Muhammad ketika dia tiba di kawasan yang didiaminya, di Kafr Yahmul, Misrin Nahiyah, Idlib.

Tujuan asalnya ke sana adalah bagi menziarahi salah seorang wanita yang dilaporkan sedang sakit.

Sebaik mendengar bunyi van, Yara terus menyelak dari penghadang khemah dan bertanya dengan penuh harapan.

“Ingatkan bawa makanan macam Ramadan lalu” katanya tanpa berselindung.

Tidak seperti anak-anak pelarian lain, Yara kelihatan kemas menyarung badannya dengan apa yang ada untuk dipakai.

Jauh di sudut hatinya, dia juga ingin kelihatan sentiasa lawa, kemas dan menyimpan impian ingin meraikan Aidilfitri dengan berpakaian baru dan cantik-cantik selepas sebulan berpuasa, tetapi tanpa sumbangan atau bantuan dari luar, ia hanya sekadar angan-angan.

Ketika ini yang lebih penting adalah makanan untuk dia dan keluarganya berbuka puasa dengan sempurna, bukan setakat roti yang dicecah dengan minyak zaitun, garam dan sayur-sayuran yang ada di sekeliling.

Itupun sudah dikira bernasib baik.

Jika tidak air dan roti leper kosong.

“Pasti ke keadaan di sana macam itu” ? Balas Muhammad.

“Betul…sebab sepupu saya ada tinggal di sana”, balasnya dengan jelas dan penuh harapan.

Tanpa menunggu lama, Muhammad mengambil keluar kameranya dan merakam video sambil memintanya bercakap.

Yara senyum sinis.

“Aku telah banyak kali cakap dan engkaupun pasti sama dengan mereka yang lain.

“Datang ambik gambar dan balik” sebelum hilang selepas masuk semula ke dalam khemah.

Mendengar kata-kata itu, Muhammad sebak  kerana ketika melihatnya datang, dia berharap akan ada sumbangan bantuan yang sampai sedangkan tujuan asalnya adalah menziarahi orang sakit.

Reaksi  Yara adalah gambaran sebenar sebahagian dari kisah yang menceritakan nasib berjuta-juta mangsa konflik Syria.

Mereka berpuasa sama seperti kita, menahan lapar dan dahaga namun ujian yang  dilalui tidak terjangkau dan tidak mampu kita selami kerana minda dan emosi mereka begitu terkesan dengan apa yang dilalui.

Ketika ini, Syria Care bersama rakan kerjasamanya menjalankan operasi sembilan buah dapur di utara Syria bagi menyediakan iftar kepada lebih 30,000 pelarian di sana pada setiap hari.

Namun, hayat beberapa dapur mungkin tidak sampai ke penghujung Ramadan kerana terpaksa ditutup disebabkan dana sedia ada tidak lagi dapat menampungnya.

Selain, membekalkan makanan berbuka, Syria turut menghantar bantuan berupa pek makanan asas kepada pelarian.

Pada Ramadan tahun ini, ia membuat sasaran untuk mengagihkan kedua-dua bentuk bantuan berkenaan kepada lebih 1.2 juta mangsa konflik di utara Syria.

Ia tidak mustahil untuk dicapai jika kita semua mengambil bahagian untuk menyumbang.

Bayangkan jika di sini kita membelanjakan RM15 untuk meminum Frapuccino untuk diri sendiri sedangkan dengan jumlah yang sama, ia dapat membantu pelarian Syria berbuka puasa dengan juadah lengkap, nasi Mandy atau roti beserta ayam panggang, ayran (sejenis minuman dadih) dan salad.

Ia bukan untuk seorang tetapi cukup untuk dua hingga tiga orang makan!

Apakata kita jadikan Ramadan kali ini dengan lebih bermakna dengan membantu mereka yang sedang menunggu juadah untuk berbuka.

Ia kini cukup mudah kerana sumbangan boleh dibuat melalui www.oderfood.my - Getaran, 27 April 2021

*Razali Awang adalah bekas wartawan perang dan bencana TV3 yang kini berkhidmat sepenuh masa dengan Syria Care.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga