Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal 2022 - Sebuah Muhasabah Diri

Kesempatan menyambut tahun baru seharusnya kita mulakan dengan kesyukuran dan bermuhasabah diri, iaitu dengan merenung sejauh manakah telah kita isi masa yang diberi selama ini.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 2:08PM

Di peringkat mana pun usia kita di kala ini, kelanjutan usia yang diberi adalah peluang mempertingkatkan perkembangan dan kemajuan diri - Gambar Hiasan

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2022 akan meninggalkan kita tidak lama lagi dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis.

Kesempatan menyambut tahun baharu seharusnya kita mulakan dengan kesyukuran dan bermuhasabah diri, iaitu dengan merenung sejauh manakah telah kita isi masa yang diberi selama ini dengan menggunakan segala pengetahuan, kemahiran dan bakat yang kita miliki untuk melakukan perkara perkara yang berguna.

Di peringkat mana pun usia kita di kala ini, kelanjutan usia yang diberi adalah peluang mempertingkatkan perkembangan dan kemajuan diri.

Selagi kita bernyawa, selagi itulah seharusnya kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

Di antara perkara perkara yang seharusnya kita usahakan adalah meningkatkan keupayaan daya fikir, meningkatkan sifat sifat peribadi dan rohani yang terpuji, dan meningkatkan kedudukan ekonomi diri.

Selagi kita bernyawa, selagi itulah seharusnya kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik - Gambar hiasan Unsplash
Selagi kita bernyawa, selagi itulah seharusnya kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik - Gambar hiasan Unsplash

Peningkatan daya fikir adalah agar kita dapat lebih memahami permasalahan di sekeliling kita serta dapat merangka jalan jalan penyelesaian terbaik. Petunjuk kepada kehebatan berfikir seseorang adalah kreativiti dan keupayaannya menyelesaikan masalah.

Peningkatan sifat-sifat peribadi atau rohani yang terpuji adalah agar perhubungan kita dengan para insan lain serta dunia di sekeliling kita akan menjadi lebih harmoni. Di antara sifat sifat terpuji adalah berintegriti, bertoleransi, gigih, berani dan penuh kasih sayang.

Dan, meningkatkan kedudukan ekonomi pula adalah agar kita dapat memiliki kehidupan yang berkualiti dan dapat mencurah bakti kepada insan lain. 

Kedudukan ekonomi yang baik dapat mengelakkan sikap kebergantungan dan meminta minta kepada orang lain.

Tentunya untuk meningkatkan daya fikir, sifat sifat terpuji dan ekonomi memerlukan ilmu, latihan dan amalan yang berterusan sehingga mencapai tahap kemahiran sejati.

 

Kemajuan Ekonomi

Kemajuan diri dari sudut ekonomi bukanlah satu peristiwa, sebaliknya ia adalah satu proses yang berterusan.

Sebagai contoh, apabila seseorang diberi kenaikan pangkat dan gaji, ia adalah satu peristiwa. Kemajuan diri yang sebenarnya adalah apabila beliau dapat melaksanakan amanah yang diberi dan meningkatkan produktiviti yang berkualiti sejajar dengan jawatan dan gajinya. 

Apabila beliau gagal melaksanakan tugas dengan sebegitu, maka beliau adalah seorang yang mundur dan bukan maju.

Sebagai satu lagi contoh, seseorang yang mendapat durian runtuh berupa RM1,000,000.00 adalah seorang yang tiba tiba menjadi kaya. Durian runtuh tersebut adalah satu peristiwa.

Kemajuan diri dari sudut ekonomi bukanlah satu peristiwa, sebaliknya ia adalah satu proses yang berterusan - Gambar Hiasan AFP
Kemajuan diri dari sudut ekonomi bukanlah satu peristiwa, sebaliknya ia adalah satu proses yang berterusan - Gambar Hiasan AFP

Kemajuan diri pula adalah apabila beliau berjaya di dalam proses menguruskan wang tersebut dengan baik menerusi pengamalan jimat-cermat dan melakukan pelaburan-pelaburan yang dapat melestarikan wang tersebut, malah meningkatkan jumlahnya. 

Ramai ahli sukan, artis, malah pemenang loteri yang pernah menjadi kaya-raya kemudiannya jatuh miskin dan bankrupt akibat kegagalan mengurus kewangan mereka.

Selain dari kerajinan dan ketekunan, untuk memperbaiki kedudukan ekonomi peribadi memerlukan sifat celik kewangan atau ‘financial literacy’.

Celik kewangan adalah kebolehan memahami disiplin kewangan dan dengan berkesan menguruskan sumber kewangannya. Celik kewangan membuat seseorang itu melakukan simpanan kewangan (saving), belanjawan (budgeting), pelaburan, dan mengurus hutang dengan baik sekiranya mempunyai hutang. 

Celik kewangan adalah asas yang perlu ada pada setiap insan yang mahukan kemajuan ekonomi. 

 

Kepentingan Seni Di Dalam Perkembangan Insan

Sebagai seorang penggiat seni, dengan rendah dirinya aku mengakui bahawa kecelikan kewangan bukanlah bidang kemahiranku yang paling utama. Namun, ia adalah sesuatu yang akan terus aku pertingkatkan menerusi pembacaan, kursus, seminar dan podcast kewangan.

Sebaliknya, sebagai penggiat seni dan seorang yang terlibat di dalam budaya popular, aku percaya bahawa seni adalah satu keramat, jika bukan mukjizat.

Penulis percaya bahawa seni adalah satu keramat, jika bukan mukjizat - Gambar Hiasan Bernama
Penulis percaya bahawa seni adalah satu keramat, jika bukan mukjizat - Gambar Hiasan Bernama

Sama ada seni tampak, sastera, muzik atau filem, ia mampu meningkatkan daya fikir dan sifat sifat terpuji di dalam diri para insan.

Menghayati seni memberi kebolehan kepada pemerhatinya melihat dunia dari sudut pandang yang berbeza, lalu membuka mindanya terhadap kesedaran dan kefahaman.

Menghayati karya seni yang membicarakan perihal kelaparan kanak kanak miskin atau kedurjanaan peperangan akan meningkatkan empati dan kasihkan kedamaian.

Menghayati karya seni yang memaparkan kehidupan hamba abdi atau golongan tertindas dan dizalimi akan menyedarkan pemerhatinya terhadap kepentingan kebebasan dan kemerdekaan.

Seni adalah pengangkutan di dalam meneroka pelbagai pengalaman kemanusian. 

Ia bisa menghubungkan insan dengan pelbagai sifat kerohanian yang menyedarkan, menginsafkan, membuka fikiran dan menghiburkan.

Seni membuat pemerhatinya berkecenderungan mengkaji dan mentafsir, lalu meningkatkan pemikiran kritikal (critical thinking).

Seni adalah pengangkutan di dalam meneroka pelbagai pengalaman kemanusian - Gambar Hiasan Bernama
Seni adalah pengangkutan di dalam meneroka pelbagai pengalaman kemanusian - Gambar Hiasan Bernama

Pendedahan terhadap idea idea dan sudut pandang yang baharu, berbeza dan pelbagai, mencetus minda seseorang pemerhati seni agar berdaya mempersoal dan mencabar idea idea lama yang menghuni mindanya, lalu berani menyelam sedalam dalamnya mengkaji kebenaran sesuatu kepercayaan lama atau yang terdahulu.

Di samping memberi manfaat kepada penambahbaikan individu atau personal, seni juga memberi manfaat kepada kelompok, iaitu masyarakat, bangsa atau negara.

Ia boleh menjadi alat perpaduan menerusi pembentukan identiti dan menyemai semangat kekitaan.

Seni mempunyai kebolehan menyemarakkan idea atau fahaman. Ia merangsang impian dan harapan (inspire). Ia memangkin imaginasi. Ia menggetarkan perasaan agar para insan mahu dan mampu bertindak bersendirian mahupun berkumpulan.

Sama ada sebagai bahan propaganda, dakwah atau dakyah, seni adalah sangat berkuasa.

Oleh itu, seni adalah sesuatu yang perlu digalak dan dirancang oleh setiap insan, organisasi malah kerajaan.

 

Goodbye, Hello

Sesungguhnya rencana ini adalah sebuah muhasabah diri tatkala di ambang tahun baru. 

Aku cuba merenung kembali dan berkongsi aspek-aspek kehidupan yang telah cuba aku perbaiki sepanjang setahun ini, iaitu meningkatkan daya fikir, memperbaiki sifat-sifat hasanah kemanusiaanku, dan memperbaiki kedudukan ekonomi diri.

Aku turut cuba bermuhasabah terhadap kerja kerja seni dan bahan-bahan penulisanku.

Sebagai penggiat seni dan penulis rencana, hakikatnya aku juga adalah seorang pendakwah juga pendakyah yang sentiasa sedaya upaya cuba mengusik fikiran pendengar dan pembaca sama ada dengan gurauan ringan atau kenyataan berani-mati.

Pastinya aku cuba menjadi penghibur dan mungkin adakalanya pemberi pencerahan, enlightening.

Tetapi aku juga bertanggung jawab memainkan peranan sebagai seorang pencabar kebiasaan dan status quo. Jika tidak, bukanlah penggiat seni namanya.

Apa sekalipun, aku bersyukur akan peluang berkongsi fikiran dan berterima kasih di atas kesudian kalian melapangkan masa bersamaku.

Akhirul Kalam, semoga tahun 2023 membawa kejayaan dan kebahagiaan buat kita semua. - Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 2 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia