Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Melayu Sombong, Pemalas!

Wahai anak-anak muda Melayu, mengapa begini sikapmu? Baru ditegur sedikit, sudah merajuk melatah.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 11:00AM

Gambar: Uzun Mayan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Telefon bimbit saya sudah empat kali berdering, akhirnya saya terpaksa menjawabnya walaupun jam menunjukkan 12.40 tengah malam. Mesti penting sangat, kalau tidak Datin Marina tidak akan menghubungi saya di tengah malam.

“Yes dear, anything?” Dan suara di talian sebak bagaikan ada bala yang menimpanya. Mulalah saya fikir yang bukan-bukan. 

“Tolong Wirda, my copywriter and my graphic designer just left like that, kurang ajar betul, baru sekali tegur terus left. Dan I kena submit proposal esok pagi, wajib sampai ke tangan Ketua Pengarah sebelum jam 11 pagi.”

Astaghfirullah, saya mengucap panjang. Senak perut dan faham sangat kerana saya beberapa kali diperlakukan sebegitu. 

Staf hilang begitu sahaja sedangkan kerjanya bertimbun tidak siap, staf tidak submit kerja walaupun sudah deadline dan bila ditanya, terus letak jawatan. 

Dan staf yang sombong, yang ingat kalau dia tiada, syarikat akan tutup, sebab dia rasa dia penting sangat. 

Inilah antara perangai orang muda di zaman ini, yang tidak boleh ditegur sedikit pun, lalu terus angkat kaki. 

Di saat susah mendapat kerja pun, masih ramai yang berperangai begini. Dan inilah antara keluhan ramai majikan, susah bekerja dengan anak-anak muda hari ini khasnya anak-anak Melayu. Mengapa?

 (Jawapan saya, mereka tidak takut bila tidak punya pekerjaan. Sebab mak ayah tanggung semua; kereta, minyak kereta, makan dan tempat tinggal semua percuma. Seluar dalam dan coli dibeli dan dicuci oleh mak, maka susah apa bila tidak bekerja?) 

Lalu bila ditegur, nah tidak fikir seminit pun, terus tinggalkan pejabat dan esok hantar surat letak jawatan.  

“Kamu ingat aku kebuluran kalau tidak bekerja dengan kamu? Padan muka kamu, carilah yang boleh tolong kamu buat kerja-kerja ni,” teringat kata Marina mengadu perangai buruk pekerjanya.

Saya sedih bila dikatakan anak muda Melayu pemalas, pemarah, suka tuang kerja dan tak pandai buat kerja. Anak Melayu juga tidak kreatif dan pelbagai lagi anggapan buruk dan kata mereka senang bekerja dengan bangsa asing atau warga asing yang tidak banyak kerenah. 

Asal gaji masuk, mereka tekun menyiapkan sesuatu tugas, sedangkan orang kita banyak songeh, banyak curi tulang dan sebagainya. 

Tentu sebagai orang Melayu, saya sedih dan takut apakah anak-anak saya juga dalam kumpulan yang dikatakan pemalas dan punya perangai buruk seperti cerita saya di atas. 

Apakah kerana anak-anak kita kurang dididik untuk menjadi manusia lebih bertanggung jawab? Saya tiada jawapan!

Jangan sombong dan menggangap diri sudah cukup besar (matang). Kerana kalau seseorang sudah cukup matang bererti sebentar lagi dia membusuk.”

Begitupun pengalaman saya jelas dengan perangai-perangai menjengkelkan. Pernah seorang staf penuh dengan tipu helah, tuang kerja itu tidak payah cakaplah, memohon cuti memberitahu neneknya meninggal dunia, sedangkan dia sengaja malas ke pejabat, dengan menipu nenek yang sihat walafiat dikatakan meninggal untuk dibenarkan bercuti (kerana cuti tahunannya sudah habis). 

Malah tanpa saya sedari juga, menggunakan sofa panjang tempat menyambut tetamu sebagai tempat tidurnya dan ditemani kekasih. 

MashaAllah begitu buruk perangai dan terbukti kerana ada bantal dan selimut di dalam bilik stor, rupanya bila pekerja lain pulang, dia beralasan bekerja lebih masa, rupanya berasmara di pejabat. Pagi pagi sudah ada di pejabat  siap mandi manda, astaga siapa tidak naik hantu bila mendapat tahu?

Pernah berkerja dengan sebuah syarikat yang ramai bangsa kita, membenarkan kata-kata orang kita pemalas (bukan semua) dan bekerja sambil lewa, mencuri waktu kerja untuk lepak-lepak, curi masa untuk melengahkan kerja supaya dapat buat overtime, tidur di surau, buat kerja luar waktu pejabat, melayari internet untuk tujuan peribadi, semua ini memberikan isyarat dan imej buruk kepada bangsa kita sendiri. 

Dan dalam pada itu, sikap cemburu, sombong, bongkak, suka menjaga tepi kain orang, membawang tidak habis dan bersikap ‘buat kerja separuh matinya gaji banyak itu juga’ membuat kita rasa mahu untuk menokok lagi perangai-perangai buruk orang kita, (yang sepatutnya kita bela bila orang luar mengutuk bangsa kita), tetapi bila ia terjadi di hadapan mata, kita nak kata apa? 

Dan bila ada pekerja mendapat lebih imbuhan, bila bangsa lain menguasai ekonomi dan sebagainya, kita marah dan melabelkan mereka macam-macam.  

 

‘Jangan terlalu tinggi mengangkat kepalamu kerana kesombongan, kelak kamu akan tertunduk malu kerana kesombongan tersebut.’

Sombong dan bangga diri bila sudah berjaya dan popular. Ya, ini satu lagi perangai yang saya sendiri memang tidak sanggup berdiri sebelah dengan orang seperti begini. 

Pernah saya ingatkan kepada staf-staf saya, "Kamu orang saya tahu, orang puji, orang puja, almaklum kerja majalah glamor, tetapi saya hendak ingatkan, always keep your feet on the ground, and not get carried away." Dan tiada apa yang hendak disombongkan pun. 

Semua terdiam kerana sudah ada cerita-cerita di telinga mengata A dan B, bukan main berlagak. Helo kome (bahasa orang Perak), excuse me, kalau gaji setakat RM4 ribu dan hendak eksyen tak payahlah!

Seorang teman lama tiba-tiba menjadi angkuh kerana dirinya kian popular almaklum kerana hubungan karibnya dengan dengan orang atasan yang berkuasa. 

Cakap pun sudah meninggi dan bahasa digunakan pun riak. Jelas dia memandang rendah pada rakan-rakan lama yang sudah tidak lagi punya kedudukan atau populariti di kalangan masyarakat. 

Ibarat beginilah katanya, “Saya di atas dan tengok ke bawah dan mencari muka-muka ini, susahkan and they are not there anymore…” katanya

Bila saya diberitahu, betapa dia menghina orang-orang tertentu seperti ini, malah antara orang yang disebut adalah saya sendiri dan berapa artis veteran yang sudah tidak glamor lagi, oh buat saya terkedu. 

Dia lupa siapa menaikkan namanya? Dia lupa kerana beberapa orang tertentulah namanya menjadi gah? Aduh sayang sekali kamu cepat benar lupa dunia. 

Orang dulu-dulu berpesan, “Jangan sombong dan menggangap diri sudah cukup besar (matang). Kerana kalau seseorang sudah cukup matang bererti sebentar lagi dia membusuk.”

 

There is no indispensable man

Bagaimana dengan kisah Datin Marina? Ya saya dapat menenangkan beliau dan berjanji  membantunya. Tidaklah saya berkejar ke rumahnya di tengah malam buta, tapi setakat proposal, beres. (Kalau saya boleh bereskan sebuah majalah sendirian, apalah sangat proposal?)

Sometimes when you’re feeling important, 

Sometimes when your ego’s in bloom, sometimes when you take it for granted

You’re the best qualified in the room,

Sometimes when you feel that you’re going

Would leave an unfillable hole. 

Just follow these simple instructions and see how they

Humble your soul:

Take a bucket and fill it with water

Put your hand in it up to the wrist

Put it out and the hole that’s’ remaining

Is a measure of how you’ll be missed

Your can splash all you wish when you enter,

You may stir up the water galore

But stop and you’ll find in no time

It looks quite the same as before

The moral of this quaint example is do just the best that you can

Be proud of yourself but remember

There’s no indispensable man   --   Saxon White Kessinger

Ya, malam itu juga saya dapatkan dia pengganti untuk menyiapkan ‘design’nya. Saya serik kerja dengan budak Melayu, jadi for just one phone call to Pakistan, saya berjaya membantu Datin Marina menyiapkan kerjanya sebelum jam 9 pagi. Jam 11 pagi, proposal sudah berada di tangan Ketua Pengarah. Alhamdulillah. - Getaran, 24 April 2021


 

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Sorotan

1

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

2

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

3

Suspek Kes Tembakan KLIA Bakal Direman Esok - Pengarah JSJ

4

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

5

3,038 Sekolah Kurang Murid Tahun Ini, Tiada Yang Ditutup - Wong

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

7

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf