web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ingat Janji Kalian! #RasuahBusters Gesa Lantikan Menteri Penuhi Kriteria

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 5:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENYATAAN MEDIA 

#RasuahBusters merakamkan tahniah atas penubuhan kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperolehi mandat untuk mentadbir negara bagi tempoh lima tahun akan datang. 

Ini adalah masa penting untuk manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilaksanakan. 

Untuk itu, hanya barisan pasukan menteri-menteri yang teguh dan berwibawa berhak dilantik di kedudukan berkenaan.  

Hussamuddin Yaacub 
Hussamuddin Yaacub 

Demi rakyat, dan jika anda benar-benar ikhlas, #RasuahBusters menggesa untuk kriteria berikut dipenuhi dalam lantikan Menteri-Menteri Kabinet Malaysia:

1.Berkemampuan
Menteri yang dipilih harus mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengetahuan tentang kementerian yang akan diterajui.

2. Pencapaian
Menteri yang dipilih mempunyai sejarah dan rekod pencapaian yang baik dalam bidang berkaitan dan mempunyai kelayakan yang sesuai dengan peranan kementerian.

3.Mengutamakan agenda rakyat
Menjadikan isu rakyat antaranya ekonomi, peluang pekerjaan, kesihatan, pendidikan dan sara hidup sebagai keutamaan dalam pentadbiran.

4. Berintegriti dan jujur
Lantikan adalah dengan syarat bahawa menteri-menteri akan memastikan ketelusan pentadbiran dan menghapuskan ketirisan. 

5. Isytihar harta
Menteri-menteri harus mengisytiharkan aset mereka dan ahli keluarga sebagai langkah mencegah konflik kepentingan, pemilikan tidak wajar dan meningkatkan integriti.

Sekiranya tiada dalam kalangan ahli dewan yang memenuhi kriteria tersebut, maka #RasuahBusters mengesa agar Perdana Menteri bersedia melantik daripada kalangan pakar dan profesional yang tidak terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih bagi menunaikan tanggungjawab berkenaan. 

Membawa gerakan #NilaiMoralKarakterBangsa daripada rakyat kepada rakyat, #RasuahBusters bersama rakan-rakan gabungannya akan terus berperanan memastikan rekod prestasi pentadbiran negara ini dipantau dalam tempoh 30 hari, 60 hari, 100 hari dan seterusnya agar Malaysia benar-benar kembali pulih dan integriti menjadi asas kepada kestabilan sebuah #MalaysiaTanpaRasuah.

Oleh Datuk Hussamuddin Yaacub iaitu Ketua Pasukan #RasuahBusters bersama Pasukan Teras dan 524 rakan gabungan #RasuahBusters.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ