web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Rasuah Jadi Modal Berkempen Calon PRU-15

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 3:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik bermulanya kempen PRU-15 minggu lalu, pelbagai jenis isu diketengahkan oleh pemimpin-pemimpin parti atau calon yang bertanding dapat dilihat dalam pilihan raya umum kali ini.

Ada yang memperjuangkan isu ‘lokal’ yang dihadapi oleh masyarakat setempat, isu ‘nasional’ seperti kenaikan semasa harga barangan dan tidak kurang juga isu berkaitan ‘rasuah’ yang sentiasa menjadi topik hangat oleh sesetengah calon yang bertanding ketika berucap di pentas ceramah.

Mengapa agak-agaknya mereka ini begitu bersungguh-sungguh menjadikan perkataan ‘rasuah’ ini sebagai modal berkempen untuk menarik pengundi untuk memangkah calon-calon yang bertanding.

Mungkin ada yang beranggapan mereka ini mahu dilihat sebagai juara dalam memperjuangkan isu rasuah khususnya dan pada masa sama mengetengahkan calon-calon yang bersih daripada isu rasuah.

Bagaimanapun, pelbagai andaian atau pendapat boleh diperkatakan mengenai isu ini dan ini semua bergantung kepada persepsi individu masing-masing.

Namun, ahli-ahli politik ini tidak harus melupakan ‘kata-kata’ yang diperjuangkan ketika berkempen menggunakan isu rasuah di pentas-pentas ceramah.

Jangan jadi ‘hangat-hangat tahi ayam’ apabila gah di pentas politik memperjuangkan isu rasuah tetapi apabila menang kelak, terus menjadikan rasuah sebagai budaya hidup pulak. Sekiranya terpilih kelak, jangan sesekali terpalit dengan sebarang kes rasuah atau salah guna kuasa kerana mereka harus sedar bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk mengubah undi sekali lagi pada PRU-16 sekiranya kepercayaan terhadap rakyat dicabuli.

Apa yang penting ialah kesungguhan tinggi pemimpin-pemimpin ini untuk menolak ‘rasuah’ apabila kerajaan baru dibentuk dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah.

Meskipun, rasuah ini tidak boleh dihapuskan sama sekali tetapi dengan iltizam dan kerjasama semua pihak, usaha membanteras atau mencegah rasuah boleh dilakukan tanpa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata.

Ingatlah, usaha membanteras rasuah adalah satu perjalanan yang panjang tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

Jadilah pemimpin yang bersih daripada rasuah kerana pemimpin adalah cerminan orang yang dipimpinnya tidak mengira usia mahupun parti politik diwakili. - Getaran, 17 November 2022

Ismail Ahmad ialah bekas penjawat awam dan pembaca Getaran yang merupakan pengundi berdaftar di Ipoh, Perak

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam