Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Menuju 65 Tahun, Benarkah Kita Merdeka?

Apa yang kita mahukan menjelang sambutan 65 tahun kemerdekaan? Cukupkah dengan hidup terus aman, rezeki yang berpanjangan, anak cucu berpendidikan, berpelajaran, tiada kemiskinan dan tiada penderitaan?

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Aug 2022 2:22PM

65 tahun kini usia kemerdekaan. Lalu apa yang kita mahukan lagi? - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di bumi Malaysia ini, kamu juga seperti aku, kita tidak dibelenggu.

Kamu dan aku bisa tidur lena.

Tiada ancaman bom, tiada peluru meluru ke pintu.

Di bumi yang bertuah ini, kita bisa ke sana ke sini mencari rezeki.

65 tahun kini usia kemerdekaan.

Lalu apa yang kita mahukan lagi? Hidup terus aman, rezeki yang berpanjangan, anak cucu berpendidikan, berpelajaran, tiada kemiskinan dan tiada penderitaan. Tidak ada penindasan dan kezaliman, menikmati ‘equal rights’ tidak kira siapa kita. 

Yang rajin berusaha, pendapatan lumayan, yang kurang pun tetap ada pekerjaan. Di kampung terus dapat bercucuk tanam, di kota tiada gelandangan. 

Ya, itulah harapan agar kita semua bisa hidup dalam kesejahteraan dan aman di bawah pemerintahan kerajaan pilihan. 

Namun, kebelakangan ini apa yang amat menyedihkan terlalu ramai yang menggunakan kuasa bebas itu untuk memporak-poranda keamanan negara. 

Ramai hilang sopan dan tidak bermaruah menabur fitnah, menghina, menipu. Rasuah kian menjadi-menjadi dan dibuat terang-terangan. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Pemimpin bercakaran sesama sendiri dan bermusuhan tidak berkesudahan dan menikam dari belakang, tidak kira sahabat atau darah daging sendiri. Mereka lupa bangsa dan agama. Yang konon tinggi ilmu agama, bersekongkol dengan perasuah, penzina, penipu, pengkhianat. 

Mereka yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat atau pembela agama sudah dirasuk ‘dajal’ membenarkan kezaliman di depan muka.

Asal menguntungkan mereka dengan wang berjuta-juta sebagai habuan bersekongkol, langsung hilang maruah, menghalalkan yang haram sehingga lupa pada satu masa dahulu, merekalah yang bermati-matian konon menegakkan syiar Islam. 

Ekonomi negara kian meruncing. Hutang negara bertimbun-timbun sehingga anak cucu-cicit pun belum habis untuk dibayar. Malaysia yang punya pelbagai sumber alam yang Allah kurniakan dari bumi yang subur dan lautan yang bernilai seperti minyak, dicemari kuasa-kuasa mereka yang tamak. 

Rakyat menderita.

Sebagai anak merdeka, kita sangkakan negara akan terus aman dan kita bersama-sama akan menikmati pertumbuhan ekonomi yang membanggakan, seyogia dapat diagihkan sama rata, supaya anak cucu terus hidup maju. 

Hari ini apa yang kita nampak adalah kian hari kian malap, kian hari kian tersungkur kita-kita yang tidak punya kuasa, yang hanya mencari wang menggunakan kepandaian ilmu yang ada.   

Benar, kelembapan ekonomi menambah kepada tingginya indeks pengangguran. Benar akibat pandemik seluruh dunia mengalami keruntuhan ekonomi. Benar banyak cabang perniagaan terpaksa bungkus tikar dan kerana pandemik, ramai hilang punca hidup. 

Kini COVID-19 telah kian reda dan pintu perniagaan sudah lama pun dibuka bersama pintu masuk pendagang luar juga dibuka luas untuk para pelabur. Tetapi mengapa kita masih di takuk yang serupa, sedangkan negara-negara sejiran misalnya sudah dapat mengatasi masalah ekonomi dengan baik.  

Anak-anak kita yang tamat pengajian yang mengharapkan untuk berdikari terpaksa lagi duduk di bawah bumbung ibu bapa, itu pun kalau bumbung mereka tidak tiris dan dimakan anai-anai. 

Ayah ibu yang ingat mereka boleh hidup senang dan tidak lagi membanting tulang empat kerat, nampaknya terpaksa terus bekerja sehingga tua dan sehingga tidak berupaya lagi bergerak.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Bila kita lihat manusia terbiar larat

Hingga mesti merempat ke laut biru

Ke kuning darat

Harus kita lekas sedar penuh pada tugas

Harus kita tegas sembah

Seluruh rasa belas  (petikan syair A.Samad Said)

Sedih mendengar rintihan ibu bapa bahawa anak mereka masih tidak dapat pekerjaan sesuai ijazah. Anak jiran di kampung memiliki PhD, bekerja di famasi dengan gaji RM1,900, tidakkah itu menyesakkan jiwa ibu ayah dan anak. 

Suami teman yang juga punya PhD sukar mendapat kerja setelah kolejnya ditutup terus dan kolej-kolej swasta lain mengecilkan kursus. 

Nah, yang menjadi rider dan menghantar makanan ke rumah-rumah kita, ada yang berkelulusan jurutera dan akauntan, serta arkitek antaranya. 

Saya sedih diberitahu oleh teman anaknya seorang ibu tunggal menerima gaji kurang tiga ribu padahal sudah bekerja lebih lapan tahun dan bila ada kerja kosong di syarikatnya, kebetulan di departmennya, dibawa masuk pekerja junior, bergaji jauh lebih tinggi hanya kerana dia anak buah menteri. 

Pekerja yang senior ada dua anak sedang membesar, seorang abang cacat dan ibu tua yang menumpang di rumahnya. Yang senior diarah buat ini itu oleh si junior kerana dia anak emas seseorang. 

Saya sendiri berasa sedih kerana hanya mampu membayar gaji editor kurang RM2,000 sedang saya pada zaman bekerja dulu boleh mendapat gaji lima angka. Mengapa saya menawarkan gaji yang begitu rendah, kerana untuk mendapatkan iklan terlalu sukar, bukan mereka tidak mahu tetapi tidak mampu. Atau saya sendiri terpaksa tutup kedai.   

Siapkanlah anak-anak muda kita dengan ilmu berguna - Gambar Hiasan
Siapkanlah anak-anak muda kita dengan ilmu berguna - Gambar Hiasan

Kamu yang di sana yang berkuasa, mana adab dan tata susila? Kamu lupakah rakyat menyokong kamu untuk kesejahteraan semua tetapi kamu sodok hasil negara meninggalkan rakyat yang terkial-kial memikirkan apa akan jadi esok. 

Dengan harga segalanya melambung untuk makan nasi berlaukkan telur rebus pun tidak mampu, malah kamu suruh rakyat kurangkan makan telur. Kalau sebiji telur pun kena gam, apa namanya hidup? 

Sungguh kurang otak si Menteri yang menyarankan kurangkan makan telur sedangkan banyak tanah-tanah kosong seluruh negara boleh digunakan untuk dijadikan tempat menternak ayam, bawalah pakar-pakar haiwan ternakan ayam membantu dalam usaha menghasilkan daging ayam dan telur gred terbaik serta menambah pengeluaran.

Siapkanlah anak-anak muda dengan ilmu pertanian, penternakan dan pemakanan antaranya, supaya kita tidak bergantung kepada dunia luar bagi mendapatkan sumber makanan.

Sedih bila melihat rakyat tertekan, ramai makan tidak kenyang, ada makan sekali sehari sedangkan kamu menghadap meja dengan lobster dan aneka hidangan yang mahal yang mana wang itu boleh menampung ratusan rakyat susah seminggu dua. 

Di mana kamu letak akal dan akidah kamu, konon kamu lakukan untuk membantu rakyat, sebaliknya rakyat yang miskin inilah yang membantu membesarkan periuk nasi kamu?

Merdekakah kita bila melihat ramai rakyat menderita? Merdekakah kita bila masih ramai lanun-lanun mengaut hasil negara untuk diri, keluarga dan kroni mereka sahaja. 

Saya amat berharap dengan memenjarakan bekas Perdana Menteri itu sebagai satu peringatan kepada mana-mana individu khasnya yang memegang kuasa supaya tidak gelojoh dan tamak, jujur dan menolak rasuah hingga ke akar umbi demi menjalankan amanah rakyat. 

Dengan dia yang dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta sebagai kisah dan teladan kepada semua kita, setiap yang bersalah wajib menerima hukuman dengan balasan setimpal.

"Ya Allah, martabatkanlah negara ini dan seluruh rakyat dengan kemuliaan di sisi-Mu, Allah" - Gambar Hiasan
"Ya Allah, martabatkanlah negara ini dan seluruh rakyat dengan kemuliaan di sisi-Mu, Allah" - Gambar Hiasan

Doaku, Ya Allah, martabatkanlah negara ini dan seluruh rakyat dengan kemuliaan di sisi-Mu, Allah. Hindarkan kami daripada segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan dan pelihakan kami daripada segala bencana. 

Kurniakan kami dengan hikmah dan kebijaksanaan serta ketajaman fikiran supaya kami (rakyat) dapat terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Ya Allah, Kau Maha Pemberi, berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, peliharakan kami daripada azab api neraka.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 tahun. – Getaran, 27 Ogos 2022

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah