Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pes Wajib Ada Ramadan Ini

Untuk memudahkan kerja dan kehidupan kita semua pada bulan Ramadan nanti, jom sediakan pes-pes masakan yang dikongsikan Abang Brian minggu ini.

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2021 2:30PM

Gambar: Julia Volk, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan bakal menjelang dan ramai akan sibuk untuk menunaikan ibadah sambil memikul tangungjawab masing-masing sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Antara rungutan yang sering didengar adalah kesuntukan masa untuk menyediakan juadah buat bersahur mahupun berbuka.

Tak kiralah dalam bulan puasa ataupun tidak, seperti yang pernah dituliskan, proses penyediaan bahan-bahanlah yang selalu memakan masa yang lama. Jadi di sini, saya mahu kongsikan beberapa pes yang anda boleh dibuat siap-siap pada hujung minggu bila kelapangan untuk digunakan sepanjang minggu.

 

Pes Nasi/ Mihun Goreng

Gambar: Marghareta Wibisono, Pexels
Gambar: Marghareta Wibisono, Pexels

Bahan-bahan:

8 biji cili merah

10 cili api

1 bawang besar

4 bawang putih

2 sudu besar ikan bilis, direndam air

Sedikit belacan

Cara-cara:

Kisarkan sehingga lumat kesemua bahan.

Tumiskan dalam minyak secukupnya sehingga naik bau.

Masukkan dalam balang kecil, sejukkan dan tutupkan. Simpan dalam peti sejuk. Gunakan dalam jangka masa seminggu.

Nak gunakan nanti, ambillah kuantiti yang diinginkan berdasarkan jumlah nasi atau mihun yang akan digoreng. Panaskan dan masukkan protein pilihan, sayuran dan gaulkan dengan nasi atau mihun. Tambah perasa dengan kicap, sos tiram dan lada hitam secukup rasa.

 

Pes Kari

Gambar: Mareefe, Pexels
Gambar: Mareefe, Pexels

Bahan kisar:

2 bawang besar

4 bawang putih

2 inci halia

3 sudu besar rempah kari daging, dilarut dengan 4 sudu besar air

4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)

1 sudu kecil halba

Cara-cara:

Tumiskan 4 sekawan dan halba dengan minyak secukupnya sehingga naik bau.

Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan tumis garing. Sejukkan dan bekukan atau simpan dalam peti sejuk. Jika disimpan di dalam peti sejuk, gunakan dalam masa seminggu, jika dibekukan boleh tahan sehingga sebulan.

Kalau mahu gunakannya, panaskan pes dan gaulkan rempah bersama protein atau sayuran pilihan anda dan tambahkan air atau santan pada penghujung proses memasak.

 

Sos Pasta

Bahan-bahan:

2 sudu besar minyak zaitun

1 bawang kuning, dipotong dadu

4 bawang putih, dicincang

2 sudu kecil daun selasih kering

1 sudu kecil chilli flakes

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil gula perang

700g tomato dalam tin (bukan puri tomato)

1/4 cawan air

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan dalam pressure cooker dan masak gunakan fungsi stew. (Jika tidak, masak dalam periuk dan renehkan selama sekurang-kurangnya 1jam)

Sejukkan dan tuang dalam balang dan simpan dalam peti sejuk atau bekukan.

Kalau disimpan dalam peti sejuk, gunakan dalam masa seminggu dua. Kalau dibekukan, boleh tahan sehingga satu bulan.

Untuk gunakannya, panaskan pes dan gaulkan bersama protein pilihan anda dan gaulkan dengan pasta yang telah dimasak.

Itu beberapa contoh pes yang selalu saya siapkan awal-awal dan simpankan dalam peti sejuk. Berdasarkan selera keluarga anda, bolehlah anda sertakan pes-pes lain seperti pes sambal tumis, pes rendang dan pes asam jawa.

Daripada saya, Chef Brian dan Getaran, selamat berpuasa dan moga-moga Ramadan ini lebih baik daripada yang sebelumnya. - Getaran, 5 April 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi