web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Kampung Iboi: Apa Puncanya?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 8:17PM

Operasi pembersihan di persekitaran sungai sedang giat dijalankan selepas kejadian banjir lumpur yang berlaku pada Isnin lalu di Kampung Iboi, pada 12 Julai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANJIR dan kemusnahan di Kampung Iboi di Baling, Kedah pada 5 Julai 2022 adalah akibat daripada salah urus tanah di lereng bukit, khususnya di bahagian atas Gunung Inas.

Sebelum tragedi tersebut, aktiviti di atas bukit mengikut pola yang hampir sama. Pertama, pokok-pokok besar ditebang untuk mendapatkan kayu. Kemudiannya, menggunakan mesin berat, teres dibina di sekitar lereng bukit.

Apabila teres disiapkan, pokok (contohnya durian, getah atau tanaman lain) ditetapkan untuk ditanam. Pokok akan bertumbuh dengan baik dan membawa pulangan kelak jika diberikan pembajaan dan penjagaan yang secukupnya.

Walau bagaimanapun, tanah di mana kebanyakan aktiviti ini berlaku tidak dapat menerima tindakan dan tekanan yang dikaitkan dengan pembangunan seumpama ini. Walaupun pertumbuhan dan perkembangan pokok biasanya tidak terjejas, kestabilan dan mudahnya terdedah (vulnerability) tanah kepada degradasi serta hakisan akan meningkat dengan ketara.

Tanah yang kelak tidak terganggu dalam jangka masa yang lama, wujud dalam lapisan seperti yang digambarkan di atas. Ketebalan dan sifat setiap lapisan adalah berbeza-beza.

Di kawasan tropika lembap, terdapat beberapa perbezaan ketara antara lapisan atas tanah (A) dan lapisan di bawahnya (B, C dan lain-lain).

Lapisan atas biasanya mempunyai taburan yang baik dari pelbagai komponen tanah pasir, kelodak, tanah liat, dan bahan organik.

Komponen tanah, terutamanya bahan organik dan tanah liat, berinteraksi antara satu sama lain dan dengan tumbuhan dan akar pokok, mikrob, serta organisma tanah lain untuk menghasilkan agregat tanah yang stabil dari pelbagai saiz dan bentuk.

Susunan agregat ini, unik untuk setiap tanah, mewujudkan liang besar dan kecil di dalam tanah. Lapisan bawah kebiasaannya mengandungi jumlah bahan organik yang jauh lebih rendah, tetapi jumlah tanah liat yang besar. Aktiviti mikrob dan fauna dalam B berlaku pada kadar yang jauh lebih rendah. Oleh itu, tanah di lapisan bawah (B, C, dan lain-lain) adalah padat dan kurang stabil berbanding di A.

Tanah di teres bukanlah lapisan atas asal bagi tanah hutan yang tidak terganggu. Struktur tanah tersebut adalah tidak baik dan agregat, jika ada, tidak stabil di dalam air.

Pembuangan pokok-pokok asal baru-baru ini dan pada masa lampau telah mengganggu lapisan atas (A) dengan teruk. Kerja-kerja membuat teres baru-baru ini telah membuang sepenuhnya lapisan tanah permukaan yang baik dan stabil terbabit.

Apa yang tinggal adalah ‘subtanah’ (contohnya B atau C), yang biasanya berwarna oren, kuning atau coklat muda, dan mempunyai kandungan tanah liat yang sangat tinggi namun kandungan bahan organik yang sangat rendah.

Dengan bahan organik yang rendah, subtanah tersebut (contohnya B, C) mempunyai struktur tanah yang sangat lemah dan amat tidak stabil dalam air.

Semasa hujan dan sejurus selepas itu, ia akan tersebar menjadi partikel tanah liat individu yang halus. Partikel yang tersebar ini mudah dibawa dan diangkut oleh air yang mengalir menuruni bukit.

Apabila ia mendap ke hilir (downstream), ia selalunya menjadi lumpur melekit kerana kandungan tanah liatnya yang sangat tinggi. Partikel-partikel yang lebih halus boleh bergerak sangat jauh.

Ini mungkin dapat menjelaskan mengapa tragedi Kampung Iboi disusuli dengan gangguan besar bekalan air tawar ke seluruh negeri Pulau Pinang.

Nampaknya, loji pemprosesan air di sana terpaksa ditutup kerana tersumbat dengan partikel tanah liat yang halus berkenaan. - The Vibes, 13 Julai 2022

Ghulam M Hashim ialah mantan saintis tanah di MARDI, pernah menjadi Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia, penulis dua buku dan beberapa bab buku berkaitan sains tanah

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam