Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nyawa Pemberian Tuhan (Koleksi Cerita Ringkas Spanapurba)

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2021 11:23AM

oleh

Jo Haq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

18 September 2015

Dah gelap ni. Aku terasa lapar. Kaki-kaki aku ni pun dah lama tak exercise. Elok jugak aku keluar jalan-jalan cari makan. Tak jauh. Kat dapur ni saja. Sebab kaki-kaki aku ni kecik je, dalam dapur ni je aku dah penat nak lari sana sini. Apa-apa lah. Aku lapar.

Ahhhh! Banyak makanan rupanya. Si maid Indon ni tak reti-reti tutup makanan. Kejap lagi tu nak kena maki kot. Apa-apa hal, janji aku boleh makan. Makanan yang tersergam indah lagi berselera. Ada telur dadar. Ada sambal udang petai. Ada keropok binjai. Ada terung sambal. Ikan senangin goreng. Kerabu mangga pun ada.

Syok giler. Ok.... jom makaaaaannnnn.....

Tetiba, di saat yang aku pikirkan osem tadi berubah. Celaka betoi... tetiba lampu ada orang On. Silau mata batinku menyiksakan. Pedih. Buta sebentar. Apabila penglihatanku kembali, dengan lekas aku berlari menyelamatkan diri tapi apakan daya; wap racun sudah di'spray' ke ruang udara di sekelilingku macam jerebu dari Kalimantan. Paru-paru aku sesak. Aku hilang pernafasan. Kaki-kaki aku menggeletar. Dada aku sakit. Mata aku kabur sehingga kembali buta seperti 10 saat lalu.

Yang sebenarnya aku bukan pakai sangat mata aku tu. Aku hanya selalu ikut bau.

Sampai sini saja hidup aku. Ajal tidak dapat dielak. Memang yang selalu aku jangkakan yang aku akan mati sebegini. Di saat nafas terakhir aku ini aku terdengar suara budak bernama Daniel menjerit, "Mummy! I already sprayed the Baygon to the ugly cockroach!.”

Innalillahi Wainna Ilaihirojiun.....

Akauntan yang dalam tubuhnya mengalir darah seni. Suka mengembara untuk mengecap pengalaman di negara orang. Bekas pengurus lima syarikat siaran televisyen tempatan. Kini aktif menghasilkan kompilasi cerita ringkas, sajak, puisi dan lirik berbahasa Melayu. Novel Spanapurba akan menemui pembaca pada penghujung 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

3 Treler Filem Termahal Indonesia, 'Buya Hamka' Dilancarkan Pada 1 Ramadan

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Zabidi Diminta Mohon Maaf Secara Terbuka Atas Kenyataan Fitnah Terhadap Pasukan Mentega Terbang – Pengarah 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi