Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bagaimana Kita Merancang Matlamat Agar Dapat Dicapai

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 5:21PM

Tetapkan sasaran untuk baca Al-Quran setiap hari untuk sebulan semasa Ramadan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 1 Mac 2021, kolum ini ada membincangkan tentang Pentingnya Matlamat Dalam Kehidupan. 

Di hujung artikel tersebut, saya menyatakan bahawa jika kita belum ada matlamat yang jelas dan kita dalam proses mencari matlamat hidup, ingat ikrar dari Surah Al-An’am:

Ayat 162 “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam.” 

Tanpa adanya matlamat lain, itulah matlamat utama kita jika kita seorang Islam.

Dengan kehadiran Ramadan dalam masa dua minggu lagi, artikel hari ini akan memberi contoh bagaimana kita menetapkan matlamat dengan secara teliti dan realistik untuk mencapai sasaran pada bulan Ramadan ini.

Dua minggu lalu saya bersembang dengan beberapa anak muda tentang Ramadan dan Hari Raya. 

Dalam perbualan tersebut, seorang dari mereka (kita panggil dia Ahmad) menyatakan bahawa dia mempunyai target untuk khatam Al-Quran Ramadan ini. 

Saya: “Ada pelan macamana nak capai matlamat tersebut tak?”

Ahmad: “Err...”

Saya: “Al-Quran ada berapa muka surat?”

Ahmad: “Errrr….”

Saya: “Al-Quran ada 604 muka surat.

Takpe.  Kita just say 600.

Jadi kalau nak khatam dalam 30 hari (dan saya assume you akan baca setiap hari selama 30 hari sehingga capai 600 helai), berapa muka surat kena baca setiap hari?)”

Ahmad: “20 muka surat”.

Saya: “Good.  OK.  Apa pelan untuk dapat baca 20 muka surat dalam satu hari”.

Ahmad: “Belum fikir”.

Saya: “OK, ambil 20 muka surat dan have a plan to read berapa pages throughout the day. 

Contoh, boleh kata baca dua muka surat sebelum sahur, dua muka surat selepas subuh, empat muka surat ketika lunch break dan satu muka surat sebelum buka puasa dan satu muka surat sebelum tidur. 

Ini contoh. Perlu breakdown your target into smaller sub targets. Lihat situasi sendiri dan buat pelan ikut kemampuan dan situasi. “

Ahmad: “Faham, faham.”

Saya: “OK, Ahmad. Sekarang satu hari baca berapa muka surat Al-Quran?”

Ahmad: “Satu muka surat sehari”.

Saya: “OK Ahmad.  Adakah mampu atau mudah jika selama ini awak baca satu muka surat sehari dan nanti kena baca terus 20 muka surat sehari?”

Ahmad: “Susah juga.”

Saya: “Betul. Mungkin akan menimbulkan tekanan terhadap diri sendiri.  Matlamat kita perlu sesuatu yang membuat kita teruja untuk melakukannya dan bukan sesuatu yang membebankan sehingga kita tak enjoy langsung.”

Ahmad: “Understood”

Saya: “Jika tidak biasa baca 20 muka surat sehari dan ada ketinggalan nanti, kita akan demotivated and mungkin give up.  Contoh hari pertama dapat 10 muka surat, hari kedua lapan muka surat dan hari ketiga 12 muka surat.  Sudah 30 muka surat ketinggalan. 

Jika masih begitu selepas seminggu, langsung kita quit dan lepas itu mula balik baca satu muka surat sehari atau paling banyak empat hingga lima muka surat. 

Ahmad: “Oh kalau macam tu, tak jadi lah buat matlamat nak khatam Quran dalam bulan Ramadan”.

Saya: “Uish…ini lagi parah.  Belum mula dah give up.  Sabar anak muda.  You masih boleh set matlamat nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadan untuk tahun ini.”

Ahmad: “Bagaimana?”

Seterusnya saya memberi Ahmad satu pelan untuk membina stamina dan peningkatan bacaan Al-Quran setiap hari untuk sebulan sebelum Ramadan.

Kerana hari ini tinggal dua minggu sebelum satu Ramadan, jika saya bertemu Ahmad hari ini, saya akan memberi beliau pelan begini:

Dalam dua minggu sebelum mula Ramadan, kita telah naik dari stamina dan rutin baca satu muka surat Al-Quran sehari ke stamina dan rutin baca 18 muka surat satu hari (dan telah sampai muka surat 148 jika mula dari muka surat dan surah pertama).

Jika dalam persediaan kita ada hari yang kita tidak dapat capai matlamat harian, kita telah membina diri mental dan fizikal untuk bersedia bagi mencapai sasaran untuk khatam Al-Quran di Ramadan bermula dari tabiat yang tidak banyak membaca Quran setiap hari.

Beberapa lessons learnt dari penetapan matlamat dan bagaimana untuk menyediakan pelan kita:

Tetapkan matlamat kita dengan teliti dan jelas – dalam kes Ahmad, walaupun dia kata nak khatam Quran dalam bulan Ramadan, dia tidak tahu dengan jelas apa matlamat dengan detail dan jelas.

Bila dah jelas bahawa Al-Quran mempunyai 604 muka surat, baru tahu apa sebenarnya matlamat dia.

Matlamat Ahmad adalah untuk habis 604 muka surat Al-Quran di Ramadan.

Tahu situasi kita:

Apakah keupayaan kita sekarang?  Dalam kes Ahmad, satu muka surat sehari.

Apakah masa yang kita ada untuk melakukan aktiviti yang kita target?  Untuk Ahmad, waktunya adalah waktu Subuh, waktu Zuhur dan malam sebelum tidur. 

Dan untuk weekends, dia boleh tingkatkan usaha.

Pecahkan matlamat besar dan jadikan sub plans yang lebih kecil.  Breakdown the big plan into smaller sub plans. Buat langkah demi langkah.

Tulis pelan kita dan pantau setiap hari. 

Be realistic. Jangan terus nak buat yang over dari hari pertama. Mula dari level yang realistik. 

Ada orang takut nak buat pelan begini sebab dia takut tak capai atau gagal.

Perlu ambil perspektif berbeza. Jika kita ada niat dan ada usaha, rezeki Allah tentukan. Let us say pada 30 Ramadan, dengan pelan ini semua kita hanya dapat capai 500 muka surat sahaja. 

Tetapi:

Ia lebih baik dari zero muka surat dan mungkin yang terbaik pernah kita hasilkan sebelum ini.

Kita telah membina tabiat atau habit yang sebelum ini membaca satu muka surat Al-Quran sehari sehingga jadi lebih 10 muka surat satu hari. 

Boleh istiqomah selepas Ramadan dan Ramadan tahun depan, perbaiki lagi.  Anda telah membuat anjakan paradigma!

Sebab sudah tinggal 104 muka surat lagi, boleh sekarang target nak khatam Al-Quran dalam masa kita lakukan puasa 6, bulan Syawal. 

Kita perlu ada cita-cita dan perlu ada usaha.

Kita perlu ada doa untuk berjaya, perlu ada tawakal dan insyallah kita akan berjaya.

Dalam perjalanan kita menuju kejayaan, yang penting bukan semata-mata mencapai matlamat tersebut. 

Yang lebih utama adalah transformasi diri kita dalam perjalanan dan usaha kita mengejar matlamat tersebut.

It is not purely about achieving your goals.  It is what you become as your transform yourself in pursuit of your goals.

Semoga Ramadan ini Ramadan yang paling baik pernah kita hasilkan.  Ameen.

Hizwani Hassan ialah penulis buku ‘PILIH KERJAYA BUKAN KERJA’ dan mentor untuk para pelatih eksekutif ILTIZAM Professional Development Programme di bawah Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Boleh follow beliau di Twitter melalui @hizwani.

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry