Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kepentingan Pengawalan E-Rokok Nikotin Dan Strategi Pengurangan Kemudaratan Tembakau Di Malaysia

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 9:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sehingga 2021, jumlah perokok di Malaysia dianggarkan mencecah tujuh juta, kira-kira 21.8% daripada individu berusia 15 tahun dan ke atas. Seiring dengan penggunaan e-rokok yang semakin mendapat tempat, Malaysia kini merupakan arena penggunaan e-rokok yang paling aktif di Asia Tenggara. Menerusi lambakan produk e-rokok tempatan, sebahagian perokok telah beralih kepada penggunaan rokok elektrik, membolehkan mereka untuk terus menikmati nikotin.

Meskipun jumlah pengguna rokok elektrik semakin meningkat, pengawalan produk e-rokok nikotin tidak seiring dengan peningkatan tersebut. Persatuan Pengguna Vape Malaysia (VCAM) mengketengahkan suara para pengguna e-rokok di Malaysia di Malaysia. VCAM adalah sebuah komuniti yang menyokong para pengguna untuk membuat pilihan yang bijak dalam penggunaan e-rokok dan memperjuangkan pengawalan dan martabat industri tersebut.

Statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah antara faktor risiko utama penyakit-penyakit berbahaya dan menyebabkan 10 peratus hingga 12 peratus kadar kematian di Malaysia. Hasilnya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengekang budaya merokok dalam kalangan Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu, termasuklah pengenalan perkhidmatan bantuan untuk berhenti merokok dan pengawalan ketat penjualan tembakau.

Pada skala global, banyak negara telah beralih kepada strategi-strategi Pengurangan Kemudaratan Tembakau (THR) sebagai sebuah usaha untuk mengurangkan kadar morbiditi dan kematian daripada penggunaan tembakau dalam kalangan perokok. THR adalah sebuah pendekatan kesihatan awam dengan menggalakkan para perokok untuk beralih kepada alternatif-alternatif yang lebih selamat seperti pelekat nikotin dan gula-gula getah nikotin dan seterusnya mendorong perokok untuk berhenti merokok secara beransur-ansur.

Setakat ini, negara-negara seperti United Kingdom dan New Zealand adalah antara beberapa contoh negara yang telah berjaya melaksanakan THR dan menunjukkan pengurangan ketara dalam penggunaan rokok tradisional menerusi galakan penggunaan e-rokok sebagai salah satu alternatif yang lebih selamat.

Hakikatnya gejala merokok itu sendiri berpunca daripada ketagihan nikotin. Meskipun e-rokok bukan penawar untuk tabiat merokok, ia membantu para perokok untuk beransur-beransur berhenti daripada meneruskan tabiat tersebut.

Sebuah kajian terkini yang dijalankan oleh Datametrics Research & Information Data Centre (DARE) dan firma penyelidikan pasaran Green Zebras menunjukkan majoriti rakyat Malaysia percaya bahawa THR boleh membantu untuk mengekang tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia dan pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ini. Walaupun jumlah sebenar responden kajian tidak diperincikan, keputusan undian tersebut menunjukkan 80 peratus responden bersetuju dengan THR yang membolehkan mereka untuk beralih kepada alternatif yang lebih selamat manakala 58 peratus responden sedar bahawa produk-produk THR terbukti lebih selamat berbanding rokok tradisional. Seramai 51 peratus responden juga mendapati bahawa penggunaan e-rokok adalah langkah yang paling praktikal untuk berhenti merokok dan lebih selamat daripada penggunaan rokok.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa 50 peratus  responden berpendapat pihak kerajaan tidak memainkan peranan yang secukupnya untuk melaksanakan strategi-strategi ini, dan 95 peratus responden bersetuju bahawa pihak kerajaan seharusnya melaksanakan kaedah-kaedah THR di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah pun sedar dan menyokong Gerakan THR.

Bagi komuniti perubatan, menerusi kesimpulan sebuah persidangan antarabangsa THR secara virtual, Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta (FPMPAM) yang mewakili Malaysia, juga sebulat suara bersetuju bahawa THR berpotensi untuk menyumbang kepada usaha untuk menghentikan tabiat merokok.

Menurut Dr Chow, salah seorang ahli persekutuan yang menyertai persidangan tersebut, langkah pertama ke arah pelaksanaan THR yang berjaya di Malaysia ialah pengawalan ekosistem tersebut secara menyeluruh dan komprehensif. Pengawalan tersebut perlu berasaskan dapatan kajian yang tepat dan berteraskan keperluan para perokok. Perokok dewasa juga perlu diberikan akses yang secukupnya kepada informasi dan pilihan rawatan yang sedia ada untuk memperkaya pengetahuan mereka.

Persidangan itu juga menyeru pengamal perubatan untuk dilatih secara khusus dan menawarkan perkhidmatan kaunseling dan rawatan bagi menghentikan tabiat merokok sebagai salah satu elemen utama dalam perkhidmatan harian mereka kerana antara kayu ukur kesihatan penduduk efektif ialah kesudian para pesakit untuk merujuk pakar perubatan mereka.

Kesimpulannya, berdasarkan kesedaran orang ramai dan dapatan kajian dari negara-negara lain yang menyokong keberkesanan strategi-strategi THR, VCAM berharap agar pihak kerajaan akan melaksanakan usaha-usaha untuk memartabatkan industri e-rokok menerusi legalisasi produk e-rokok sebagai alat untuk menghentikan tabiat merokok dan melaksanakan pengawalan produk e-rokok dengan lebih baik. Memartabatkan industri e-rokok bukan sahaja mempunyai potensi untuk mengekang tabiat merokok di Malaysia, bahkan ia mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perdagangan antarabangsa yang boleh membantu ekonomi tempatan dalam jangka masa panjang.

* Tengku Aslahuddin Tengku Azlan adalah Presiden VCAM

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan