Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kemaafan Itu Yang Aku Pinta - Bahagian 2

Sesuatu perhubungan itu ibarat permata, sebelum ia terhempas peliharalah ia, jika ia retak perbaikilah segera. Ikuti sambungan kisah Wirda Adnan yang dikongsi minggu lalu.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 2:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang lagi teman bercerita fasal keajaiban yang dilaluinya sendiri setelah melalui fasa amat menyedihkan dalam hidup.

“Satu ketika aku dipulaukan oleh teman-teman. Aku dicaci, dihina. Aku hanya mampu berdoa dan percaya kebenaran menyebelahi aku satu hari. Allah menguji lagi, pelbagai kecelakaan terjadi dalam hidup sebaik bercerai dan kehilangan kerja. Orang yang sentiasa bersama, masa senang masa susah, sebaik aku bercerai juga tiba-tiba memusuhiku.

"Orang yang aku anggap abang, yang menggantikan abang aku yang meninggal kerana barah, juga memulaukan aku. Pelbagai cerita buruk aku disebarkan di media massa.

"Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat. Sekadar bercerita, aku ditemukanNya dengan seorang insan yang bukan sahaja sering mengajak aku ke kelas agama, dan menasihati aku untuk tidak lupa berdoa, dan memaafkan semua orang.

"Aku menangis bila di’telanjang’ hidup aku di whatsapp group aku sendiri. Aku mahu mengambil tindakan, tetapi atas nasihatnya, dia meminta aku memohon kepada Allah agar menaburkan keimanan ke dalam jiwa mereka.

"Kuasa Allah, wanita yang awal aku anggap biasa-biasa sahaja, yang ketika aku diperkenalkan hanya memandu kancil, rupanya seorang yang kaya raya. Dan dia yang membantu aku menaikkan semula semangat aku. Dia yang memandu aku untuk menaik tarafkan sistem perniagaan aku, malah mengeluarkan modal demi kelangsungan bisnes aku," ceritanya. 

“Dulu betul, kawan-kawanku kaya juga tetapi setiap kali kami keluar makan, kami berkongsi bil, walau dia yang mengajak aku menemaninya makan, dan dia yang menentukan tempatnya. Dia juga yang memasukkan nama aku dalam senarai kawan-kawan kayanya, memaksa aku turut serta group makan, parti, minum petang dan sebagainya.

"Kalau orang lain pasti faham, perniagaan kecilan aku tidak cukup menampung, tapi dia memaksa dan beralasan, bila aku kenal kawan-kawannya yang kaya aku dapat menjual barangan kraf ku kepada mereka, dan aku termakan kata.

"Duit perniagaan aku habis kami joli. Dan sedihnya, bila aku berbaik pula dengan kawan-kawannya yang telah menjadi kawan aku, dia pula mengingatkan aku, Remember, they are all my friends, not yours, so stay away from them."

Nasihat kawanku,

"Hati kita milik Allah

Bila rasa sedih, berbalik kepada Allah

Bila rasa keliru

Berbalik kepada Allah,

Bila gembira, berbaliklah juga kepada Allah.

Selagi mampu, maafkan, kerana Allah pelihara umatNya yang sukakan cinta."

"Allah mengetahui penderitaan yang aku hadapi. Lalu Allah telah memberi aku kawan baru; yang pemurah, yang baik hati dan fahami keperitan hidup. Masa hilang 10 kawan aku menangis, tapi Dia menggantikan seorang sahaja yang baru," katanya.

'Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sungguh Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat.’

Sedih juga aku bila mengetahui si penabur fitnah kini dipulaukan, dan hidup papa. Begitu Allah berkuasa menentukan nasib kita semua.

Saya melihat tas tangan Dior yang dijinjingnya, “Hadiah hari jadi aku baru-baru daripadanya,” katanya. “Tidak pernah aku bermimpi menjinjing tas semahal ini.” Air matanya mengalir, dan saya berbisik kepadanya, “Satu sahabat yang memahami air mata mu ini. Dia lebih berharga daripada ribuan teman yang tidak tahu, senyummu kerana suka, atau senyum itu untuk mengubat hati lara.”

Kawan tadi menitipkan sebuah pesan untuk pembaca. “Aku ini seorang yang suka memberikan nasihat, apatah lagi kerana aku pernah dianiaya dan dipinggirkan. Aku pernah dicalar muka dengan kata nista, diperlakukan perkara yang tidak sepatutnya terjadi kepada diri ini.”

"Sahabat yang sebenarnya adalah sahabat yang ketika bersama kita, dia menguatkan kita dan apabila tidak di sisi kita, dialah orang yang selalu mendoakan kebaikan untuk kita. Sahabat, tentu ada suka duka di dalamnya. Pertengkaran pasti sering terjadi tetapi itu semua hanya sebentar selepas itu langsung dibaikkan. Dan berjabat, mohon maaf zahir dan batin.

Sahabat itu seperti saudara. Persahabatan yang abadi akan ada jika saling menghargai dan saling mengerti dan saling memaafi," tambahnya lagi.

Katanya lagi, "Dan sentiasa berdoa, minta kepadaNya yang terbaik, hidup yang aman damai, dijauhi syaitan yang menjadi pemusnah cinta.

Ya Allah jangan biarkan aku berpaling daripadaMu. No matter how many trials and difficulties you test me with, biarlah kesulitan ini membuatku menjadi seorang Muslim yang lebih kuat dan lebih ikhlas kepadaMu.

Oh Allah when I lose my hopes and plans, help me remember that your love is greater than my disappointments and your plans for my life are better than my dreams.” - Getaran, 28 Mei 2022.

*Semua gambar dari Pexels

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Sultan Selangor Berkenan Bincang Isu Kalimah Allah Dalam MKI - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sulaiman Mohon Rakyat Sokong Kepimpinan Baharu Kerajaan Melaka

3

TARA 1 tahun yang lalu

Tawakal Dan Usaha Perlu Seiring

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fitnah Punca Utama Runtuhnya Ukhuwah Islamiah, ‘Ia Sengaja Dibuat Untuk…’

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan