Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dendam Dan Kemaafan

Rencana ini bukan bermaksud mengagungkan sifat dendam, sebaliknya untuk membuka mata insan mengapa wujudnya sifat dendam dan lain-lain sifat mazmumah seperti marah dan cemburu dalam diri insan. Ad Samad berkongsi perinciannya.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 9:25AM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Percaya atau tidak, dendam adalah salah satu ciri yang penting bagi umat manusia di dalam membentuk keamanan dan memastikan kelangsungan hidup.

Rencana ini bukan bermaksud untuk mengagungkan sifat dendam, sebaliknya untuk membuka mata para insan akan mengapa wujudnya sifat dendam dan lain-lain sifat mazmumah seperti marah dan cemburu di dalam diri insan. Sifat-sifat yang dianggap buruk itu hakikatnya mempunyai nilai kemandirian atau survival value yang tinggi dan penting bagi umat manusia.

Dengan mengenali sifat gelap ini diharapkan agar para insan dapat mengawal dan mengendalikan sifat sifat buruk dengan lebih baik dan terurus.

Seperti menangani seorang musuh, adalah lebih baik sekiranya kita lebih mengenali musuh kita luar dan dalam, berbanding dengan kita tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan maklumat langsung mengenai mereka. Seseorang musuh perlu dikaji dan dikenali dari segi kekuatan dan kelemahannya. Keep your friends close and your enemies closer.

Dendam adalah sahabat dan juga musuh. Dendam adalah punca tenaga yang membakar semangat juang, dan juga memusnahkan.

Kebolehan melaksanakan dendam atau to execute vengance, adalah senjata yang mengekalkan keamanan atau sekurang-kurangnya mengekalkan status quo, sama ada di peringkat di antara  dua negara, dua keluarga atau individu sesama individu.

Di Antara Negara

Penggunaan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki menamatkan Perang Dunia Kedua. Malah semenjak wujudnya bom atom atau bom nuklear, dunia telah menjadi lebih aman berbanding dahulu. Pastinya kenyataan tersebut membuat para pembaca merasa ragu, malah tidak bersetuju kerana rancak di akhbar dan media sosial melaporkan konflik bersenjata atau peperangan berlaku setiap hari dan di sana sini.

Namun, dengan mengkaji data dari pelbagai pertubuhan dan universiti, kita akan mendapati bahawa hakikatnya dunia hari ini adalah jauh lebih baik, makmur dan aman berbanding di era mana pun di masa lampau.

Kuasa-kuasa besar lebih berhati-hati untuk  memasuki kancah peperangan kecuali dengan negara-negara kecil dan mundur seperti di antara Soviet Union dan Afghanistan, Amerika Syarikat dan Vietnam (dan Iraq) atau United Kingdom dan Argentina di Falkland Island.

Bom nuklear juga dikenali sebagai The Weapon of Peace, kerana kewujudannya telah membawa kepada tempoh keamanan yang lebih panjang berbanding zaman-zaman sebelumnya di mana peperangan atau konflik bersenjata di antara dua atau lebih negara besar sering dan lebih mudah berlaku.

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Kini, malah negara kuasa besar menyedari bahawa untuk memulakan peperangan terhadap sesebuah negara lain bakal menerima pembalasan yang dahsyat daripada seteru dan pelindung mereka. 

Sebagai contoh, Amerika Syarikat tidak semudah mudahnya memulakan konflik bersenjata dan menyerang Rusia dan negara proksinya seperti Cuba (atau China), atau sebaliknya. Begitu juga di antara India dan Pakistan.  Kerana untuk memulakan peperangan akan memungkin ancaman tercetusnya Perang Nuklear atau Perang Dunia Ketiga yang akan membawa kiamat kepada umat manusia.

Justeru, serangan Rusia terhadap Ukraine adalah sesuatu yang amat merisaukan. Walaupun Ukraine tidak lagi mempunyai bom nuklear, namun Ukraine adalah proksi bagi negara-negara kuasa besar.

Bom nuklear adalah senjata ancam dan megah kuasa-kuasa besar dalam menyatakan keupayaan mereka melaksanakan dendam atau kebolehan melakukan serangan balas yang maha dahsyat.

Namun, selagi wujudnya bom nuklear di atas muka bumi ini, hakikatnya kiamat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kehidupan aman di muka bumi ini sekadar 'membeli masa' dan merayu kepada rasionaliti para pemimpin negara-negara kuasa besar agar mereka menjauhkan diri daripada menekan butang pelancar peluru berpandu nuklear mereka.

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Di Dalam Bernegara Dan Sesama Insan

Setiap daripada kita amat berhati-hati daripada melakukan perbuatan jahat terhadap insan lain kerana kemampuan insan lain membalas dendam akan menjadi ancaman kepada pelaku kecurangan atau kejahatan.

Sebagai strategi, berbuat baik adalah lebih selamat, stabil dan menguntungkan buat jangka panjang berbanding dengan berbuat jahat. Bekerja keras untuk membina harta dan kemewahan secara halal adalah lebih selamat dan terjamin berbanding merompak bank atau mencuri duit rakyat.

Tetapi, berbuat jahat juga adakalanya adalah strategi yang sangat menguntungkan. Terutamanya apabila berisiko rendah tertangkap dan tidak menerima pembalasan daripada para seteru atau insan yang lemah dan tidak berupaya membalas dendam.

Ramai orang yang mendapat keuntungan besar dengan berbuat jahat atau jenayah. Habuan daripada harta jenayah yang mereka perolehi adakalanya dapat terus dinikmati sehingga ke anak cucu. Ramai penjenayah yang sedang dan telah hidup umpama raja.

Banyak kes para politikus dan hartawan yang menjadi kaya-raya menerusi penyelewengan dan penipuan sama ada menerusi hartanah, pembalakan atau kontrak-kontrak projek gergasi yang membawa kepada kekayaan yang di luar jangkauan imaginasi kita rakyat biasa.

Kerap terjadi penjenayah sebegitu akan dan telah bebas sehingga ke akhir hayat dan anak cucu mereka juga hidup senang dan mewah. Malah ramai di antara mereka yang disanjung dan dianugerahkan pelbagai gelaran seperti Tan Sri, Datuk Seri, Sir, Lord dan Baron.

Gambar Hiasan Pexels
Gambar Hiasan Pexels

Karma hanyalah untuk orang miskin dan sederhana yang tiada kemampuan membalas dendam dengan berkesan.

Begitupun, adakalanya rakyat biasa juga ada hari-hari bertuah.

Perbuatan para politikus yang berbuat jahat atau jenayah akan menerima pembalasan daripada rakyat menerusi demokrasi dan saluran Pilihan Raya Umum sebagai medan membalas dendam.

Sayangnya orang baik dan orang jahat, orang bijak dan orang biul, yang berpendidikan dan yang tidak turut mempunyai hak yang sama di dalam mengundi. Justeru, para penipu, perompak dan penjenayah yang menjadi politikus akan boleh terlepas daripada pembalasan.

Nasiblah.

Begitu juga peranan dendam di peringkat peribadi sesama insan.

Kita menghindar daripada menipu dan mencederakan orang lain kerana khuatir dendam dari mereka dan keluarga mereka.

Kita cuba mengelak daripada merampas tunang atau pasangan orang kerana menyedari bahaya  daripada perlaksanaan dendam seorang kekasih yang berkebolehan melakukan kekerasan atau lain-lain jenis tindakan yang memudratkan kita.

Kita memelihara harmoni sesama jiran tetangga untuk mengelakkan tindak balas mereka akibat kecurangan yang kita lakukan.

Justeru itu kita akan patuh kepada undang-undang, etika dan norma-norma setempat.

Tidak seperti di zaman kuno, kuasa membalas dendam menerusi kekerasan diserahkan kepada pemerintah. Pemerintah adalah satu-satunya institusi yang memonopoli kekerasan. Itu adalah strategi yang baik. Daripada dendam dilaksanakan oleh individu di jalanan, lebih baik lagi dilakukan oleh mahkamah. 

Mahkamah adalah tempat terbaik untuk menuntut keadilan dan melaksanakan dendam, walaupun penjenayah yang kaya-raya mampu membayar perkhidmatan barisan para peguam kelas pertama.

Nasiblah.

Keampunan

Aku adalah seorang pendendam. Kerana aku amat pentingkan keadilan.

Aku tidak mahu barangku dicuri, hartaku dirompak dan maruahku dicabul. Aku tidak mahu keluarga dan diriku ditipu, diperguna dan dianiaya.

Aku percaya begitu juga dengan kalian pembaca budiman.

Seringkali dendam yang terlaksana amat memberi kepuasan. 

Begitupun, ada juga dendam yang terlaksana membawa kepada kekesalan dan perasaan bersalah yang berpanjangan. Tenaga yang asalnya membakar semangat juang itu jugalah tenaga yang sama yang kemudiannya membakar diri dari benak jiwa terdalam sehingga membawa kepada kemusnahan diri.

Oleh itu, keampunan juga adalah satu ciri yang harus setimpal kedendaman. 

Keampunan harus diberikan kepada pesalah yang diyakini telah benar-benar insaf, lebih-lebih lagi setelah mereka menebus kesalahan dan meminta keampunan.

Tatkala dendam memberi tenaga perjuangan; keampunan pula memberi tenaga perubatan. 

Keampunan adalah penawar yang membawa kepada tidur yang lena dan ketenangan jiwa yang berpanjangan.

Dari segi sajak dan falsafahnya, dendam yang positif adalah dendam terhadap kemiskinan, kemunduran hidup, kejumudan fikiran dan ketidakadilan sosial. Dendam yang sebegitulah yang seharusnya menjadi fokus kehidupan kita untuk membawa kepada kemakmuran abadi.

Sempena bulan Syawal tahun Hijri 1443 yang mulia ini, aku memohon sejuta keampunan daripada para pembaca sekalian atas segala salah, silap dan keceluparan penulisanku sepanjang menjadi kolumnis di Getaran ~ Gema Berita Dan Hiburan.

Semoga 'Hurry' Raya pasca pandemik anda telah tetap meriah dan ceria bersama semua yang tersayang.

Maaf Zahir dan batin. - Getaran, 11 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Penemuan Rangka Manusia Tiada Unsur Jenayah - Polis

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Kematian OKT Kenyah Tiada Unsur Jenayah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Indeks Jenayah Seluruh Negara Menurun - KPN

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 20 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan