web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Media Adalah Antara Yang Paling Banyak Membantu YAKEB’

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 12:17PM

Pihak YAKEB dan SAM menziarahi Jalil Md Dom di rumahnya Selasa lalu. - Gambar ihsan SAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak lama dahulu, saya diberitahu bahawa seorang lagenda sukan negara memerlukan bantuan untuk menjalani pembedahan.

Saya terus menghubungi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan diberitahu bahawa yayasan tersebut akan cuba mengusahakan sesuatu walaupun bekas atlet tidak mendaftar sebagai ahli.

Organisasi yang lain mungkin tidak akan melayan permintaan sedemikian tetapi YAKEB sebaliknya sentiasa mencuba sedaya upaya untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

Pendekatan ini terserlah sekali lagi pada Selasa lalu.

YAKEB serta Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) telah menziarahi ahli veteran SAM, Jalil Md Dom dan Tumpang Saptu.

Jalil, yang merupakan seorang bekas pengarang sukan, kini terlantar akibat serangan angin ahmar. Tumpang pula mempunyai komplikasi kesihatan.

Jalil dan Tumpang menerima kerusi roda dan sumbangan wang dari SAM dan Yakeb.

Semangat setia kawan sebegini jarang berlaku zaman ini. Kebanyakan entiti lebih rela menjaga ego sendiri daripada menjaga kebajikan rakan seperjuangan.

Persatuan, kelab mahupun yayasan bukannya tempat untuk mencari glamor dengan harapan seseorang itu akan dikurniakan anugerah atau dihujani dengan kata-kata manis.

Warga media, melalui hasil tulisan atau siaran, menjadi suara bagi mereka yang menghadapi kesusahan. Tetapi apabila warga media sendiri mengalami kesusahan, tiada siapa menjadi suara mereka.

Seperti ciapan YAKEB di Twitter: “Media adalah antara yang paling banyak membantu YAKEB.”

Terima kasih YAKEB kerana menghargai pihak media.

Usaha-usaha murni oleh YAKEB dan SAM perlu diteruskan. Hidup umpama putaran roda. Kita tidak tahu apa yang menanti kita.

Tetapi YAKEB dan SAM memberi harapan kepada bekas atlet-atlet negara serta rakan-rakan media bahawa mereka boleh bergantung kepada kedua-dua entiti tersebut tatkala menghadapi kesukaran.

Inlah erti sebenar kita jaga kita. - Getaran, 28 April 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH