Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Saman Polis: Tak Usah Ketam Mengajar Anak Berjalan Betul?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Mar 2021 2:49PM

Polis memeriksa kenderaan anggota polis di Kedah beberapa hari lalu. - Gambar dari Facebook Polis Kedah

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awal minggu ini, gempar berita pihak polis menyaman anggota sendiri.

Tersentak juga apabila menerima khabar Ops Khas Pemeriksaan Kenderaan diadakan secara mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sebanyak 146 saman dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kepada anggota polis atas pelbagai kesalahan seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cukai jalan, tiada cermin sisi dan mengubah suai ekzos.

Bukan di Bukit Aman sahaja. Kejutan sama turut diberikan kepada anggota polis di Ibu Pejabat Kontinjen di Kedah.

Turut menarik perhatian ialah penyertaan anggota dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) polis di kedua-dua operasi tersebut.

Ada yang mengucapkan syabas kepada PDRM kerana sanggup menyaman orang sendiri.

Namun, ada juga yang menyindir pihak polis dengan menyatakan semua ini hanyalah “wayang”. Yang menyaman dan disaman orang yang sama, lepas masuk sistem, semuanya boleh kowtim.

Ternyata, persepsi masyarakat terhadap polis bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Saban hari, semakin ramai anggota polis yang menjadi suspek kes.

Antara yang dilaporkan baru-baru ini termasuk:

 * 14 Mac 2021: Dua anggota polis antara empat yang ditahan selepas disyaki terbabit kejadian curi di sebuah kedai serbaneka di SS6 Kelana Jaya, Selangor.

* 12 Mac 2021: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor di Pulau Pinang bersekongkol dalam kegiatan jenayah dengan melepaskan suspek Macau Scam di negeri itu.

* 1 Mac 2021: Abdul Hamid menyatakan seramai 31 warga PDRM yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, bakal berdepan hukuman berat dan proses menjatuhkan hukuman ke atas mereka sudah dibawa kepada Suruhanjaya Pasukan Polis.

* Februari 26, 2021: Seorang pegawai dan lima anggota polis antara 14 individu ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh, Perak. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati seorang pegawai dan empat anggota positif dadah.

*Februari 13, 2021: Seorang wanita mendakwa ditanya oleh anggota polis di sekatan jalan raya di Jalan Duta, Kuala Lumpur sama ada memakai baju dalam. Anggota itu turut memberi jaminan wanita itu tidak akan disaman memandu tanpa lesen jika wanita itu menunjukkan sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak.

*Januari 16, 2021: Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata 11 pegawai kanan dan rendah polis akan dikenakan tindakan tatatertib berikutan kes rogol di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak pada 9 Januari yang melibatkan seorang tahanan remaja perempuan berusia 16 tahun yang dirogol oleh seorang tahanan lelaki berumur 19 tahun. 

*24 Disember 2020: Dua anggota polis ditahan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur dipercayai melakukan pemerasan berjumlah RM5,000 terhadap seorang lelaki.

* 29 November 2020: Sembilan anggota polis dan seorang awam ditangkap terbabit dalam pengedaran dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor.

Ternyata kes-kes melibatkan polis bukan lagi ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Ada anggota polis yang mempunyai rekod kesalahan lampau tetapi masih bertugas kerana hanya dikenakan tindakan tatatertib.

Ada juga segelintir yang tidak serik dan sanggup mengulangi kesilapan sama, umpama serigala dalam pakaian biri-biri.

Pokoknya, bagaimana masyarakat ingin meletakkan sepenuh kepercayaan dan hormat kepada PDRM jika anggota sendiri tidak menghormati etika kerja dan juga kepercayaan serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka?

Baru-baru ini, pakar kriminologi dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Datuk Dr P. Sundramoorthy berkata kepada portal berita Twentytwo13, yang kita tidak boleh mengharapkan JIPS untuk menyiasat anggota mereka sendiri kerana semestinya pertikaian akan wujud sama ada jabatan ini boleh berlaku adil dan saksama.

Sundramoorthy menegaskan Malaysia memerlukan segera sebuah badan yang bebas untuk menyiasat kes-kes melibatkan salah laku polis. Jika salah, anggota polis tidak harus hanya menerima hukuman yang ringan.

Namun dengan penggantungan Parlimen dan desas-desus pilihan raya umum bakal diadakan, belum pasti sama ada Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 yang hanya baru melepasi bacaan pertama di Dewan Rakyat akan diteruskan selepas ini.

Walaupun banyak jasa dan pengorbanan dilakukan oleh anggota polis yang tegas, adil dan berhemah untuk lebih 200 tahun di negara ini, tidak dapat disangkal, kini imej PDRM semakin tercalar di mata umum.

Menjelang sambutan Hari Polis ke-214 pada 25 Mac, mungkin ada yang tertanya sama ada wujud lagikah anggota polis yang betul-betul sedia berkhidmat demi mempertahankan kedaulatan negara, menjaga kesejahteraan masyarakat dan memelihara integriti pasukan?

Renung-renungkanlah. - Getaran, 19 Mac 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pegarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 18 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan