Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adakah Menteri Besar Kedah Contoh Terbaik Seorang Pemimpin Islam?

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 1:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama Muhammad Sanusi Md. Nor memang sohor sejak kebelakangan ini. Kalau ada yang tidak kenal siapa Menteri Besar Kedah, sekarang boleh dikatakan seluruh tanah air sudah mesra dengan nama Muhammad Sanusi ini.

Komen beliau mengenai 'pembatalan' cuti perayaan Thaipusam yang diraikan secara sederhana dan sunyi oleh masyarakat Hindu semalam, telah menimbulkan kemarahan serta rasa bimbang di kalangan masyarakat minoriti – terutama mereka yang tinggal di negeri di bawah pemerintahan PAS.

Namun dalam konteks kenyataan ini dibuat, Muhammad Sanusi berniat praktikal di mana menurut beliau oleh sebab perarakan dan sembahyang secara besar-besaran yang menjadi kemuncak perayaan Thaipusam dibatalkan tahun ini untuk mengelak tersebarnya wabak COVID-19, tiada keperluan untuk cuti pada hari itu.

Sama ada ianya perkara pentadbiran ataupun Muhammad Sanusi hanya mengemukakan fakta di mana cuti Thaipusam bukanlah cuti peristiwa atau cuti umum di negeri Kedah bukanlah isu pokoknya.

Hakikatnya kenyataan ini menunjukkan kejahilan Muhammad Sanusi terhadap perayaan yang amat penting kepada masyarakat Hindu ini. Tidak dibenarkan ke kuil secara beramai-ramai atau berarak, tidak bermaksud yang Thaipusam tidak boleh dihayati di rumah masing-masing.

Adakah kerajaan Kedah akan syorkan pembatalan cuti Maulidur Rasul jika COVID-19 masih menular hanya sebab perarakan sambutan Maulidur Rasul mungkin terpaksa dibatalkan? Semestinya tidak.

Lebih membimbangkan jika kenyataan ini dibuat tanpa mengendahkan sensitiviti masyarakat minoriti.

Mungkinkah masyarakat Hindu dan India tidak merupakan keutamaan kepada parti PAS dari segi sokongan politik sebab masyarakat India hanya merangkumi 6.8 peratus dari 1.1 juta pengundi berdaftar di negeri Kedah?

Muhammad Sanusi sendiri menyatakan yang PAS tidak memerlukan undi masyarakat India untuk menang dalam pilihanraya. Kenyataan ini adalah reaksi terhadap komen Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan iaitu pengundi India akan diminta supaya menarik sokongan terhadap calon PAS dalam Pilihanraya Umum nanti.

Keresahan kaum minoriti terhadap pimpinan Muhammad Sanusi adalah tulen.

Keresahan ini timbul sebab kenyataan Muhammad Sanusi berkenaan dengan cuti Thaipusam adalah susulan beberapa tindakan dan kenyataan yang telah mengguris hati masyarakat India dan Hindu.

Ia bermula dengan perobohon sebuah kuil yang didirikan tanpa kebenaran perancangan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Susulan kritikan dari pemimpin India termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr. P. Ramasamy, Muhammad Sanusi membalas dengan mengingatkan mereka supaya jangan ‘mabuk todi populariti.’

Kenyataan ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang pemimpin negeri bermasyarakat majmuk.

Sebaliknya Muhammad Sanusi sepatutnya menjelaskan secara rasional dan berhemah yang satu tapak yang lebih besar dan selesa telah diperuntukan oleh kerajaan negeri untuk pembinaan kuil yang lebih besar.

Muhammad Sanusi sepatutnya menjelaskan yang pentadbirannya tidak mendiskriminasi agama lain sebab surau yang didirikan tanpa kebenaran perancangan juga turut dirobohkan.

Sebagai seorang pemimpin parti Islam, Muhammad Sanusi seharusnya memaparkan nilai-nilai murni Islam sebagai satu agama yang menggalakkan toleransi, sikap bertolak ansur dan mewajibkan perlindungan terhadap golongan minoriti termasuk yang bukan Islam.

Saya sebagai anak Kelantan yang suatu ketika dahulu di bawah pertadbiran Allahyarham Tok Guru Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat tidak pernah merasakan yang saya merupakan seorang minoriti di negeri saya.

Kami dijaga dengan baik oleh kerajaan Islam PAS yang murah hati dengan peruntukannya untuk tempat beribadat bukan Islam, malah Tok Guru sendiri telah mengarahkan kerajaan negeri menganti salib sebuah gereja yang runtuh semasa ribut.

Allahyarham kerap mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ketua-ketua agama lain, bahkan telah merasmikan kuil Hindu di Kota Bharu.

Allahyarham tidak kekok mengucapkan Selamat Hari Deepavali, Wesak atau Hari Natal kepada penganut-penganutnya.

Malah sebagai seorang ustaz, Allahyarham sering bersyarah mengenai persamaan antara semua agama dan kepercayaan di mana semuanya mewajibkan pengikut masing-masing untuk berbuat baik dan bertaqwa.

Ketika ini ramai pemimpin Islam – dan tidak terhad kepada PAS – berpendapat adalah lebih afdal untuk mengeluarkan kenyataan dan komen yang berbaur perkauman yang menyisih masyarakat bukan Islam. Agenda mereka tidak lain tidak bukan dari agenda politik di mana mereka berpendapat cara terbaik untuk menggondol sokongan pengundi majoriti adalah dengan mengapi-apikan isu perkauman dan agama.

Malang sekali 'pembela agama' ini hanya memburukkan nama Islam di mana kenyataan dan perlakuan mereka menyebabkan Islam disalah tafsir. Sudah tentunya ini akan merumitkan lagi usaha berdakwah dan membawa Islam dekat ke hati bakal saudara-saudara baru.

Saya menggesa pemimpin seperti Muhammad Sanusi buat renungan sebagai orang yang beragama dan bertanyakan diri sendiri: adakah mereka merupakan pembela agama dan bangsa atau adakah mereka hanya ahli politik yang tipikal yang mempergunakan agama untuk kepentingan politik semata-mata? 

Jika menemui jalan buntu dalam mencari jawapan untuk soalan ini, nasihat saya rujuklah kepada ajaran dan contoh Tok Guru Nik Aziz. Seorang pemimpin Islam yang tulen yang dihormati, dikasihi dan masih dirindui oleh segenap lapisan masyarakat yang sempat ditadbir oleh Allahyarham.

Terence Fernandez merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Petra News yang menerbitkan Getaran dan The Vibes

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis, tidak mewakili mana-mana pihak.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan