Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


COVID-19 Ubah Urusan Duniawi

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Mar 2021 10:06PM

Razali (berdiri dua dari kiri) berada di Syria bagi membantu membangunkan penempatan tersusun Kampung Malaysia Syria Care di Al Bardaqli, utara Syria.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kembara ketika wabak COVID-19 masih menjadi ancaman kepada dunia bukan mudah.

Macam-macam langkah pencegahan perlu diambil kerana musuh yang satu ini bukannya nampak di depan mata, mengenal mangsa, usia dan sesiapa sahaja boleh berisiko untuk dijangkiti.

Jangan cakap penghidap tiga serangkai, kencing manis, darah tinggi dan jantung serta yang penyakit lain akan kena, mereka yang sihat pun tidak akan terkecuali.

Kita berusaha untuk mengelak, kalau sudah ditakdirkan untuk kena, anggaplah ia satu ujian daripadaNYa.

Siapa tidak teruja selepas hampir setahun terkurung, tiba-tiba mendapat peluang menaiki kapal terbang, kembali ke semula ke lapangan untuk menguruskan kerja-kerja yang tidak akan selesai bagi membantu mangsa Syria.

Misi kali ini juga amat bermakna kerana selepas setahun bertungkus lumus bersama rakan sekerja serta kawan-kawan, harapan untuk melihat pelarian mendiami rumah yang sempurna menjadi kenyataan.

Wakaf yang disumbangkan rakyat Malaysia dan penderma lain telah berjaya memindahkan mereka dari khemah ke rumah.

Melalui sumbangan wakaf yang bermula dari RM30, Syria Care telah berjaya membangunkan penempatan tersusun, siap dengan pelbagai prasarana asas.

Di bawah Projek Perumahan Wakaf Perumahan Pelarian Syria (PPWPS), bertempat di Al Bardaqli, Kampung Malaysia Syria Care, menjadi mercu kepada mereka yang berada di kawasan sekitar.

Jika selama ini, dari kejauhan memantau kerja-kerja yang dibuat, sama ada melalui foto, klip rakaman dan panggilan video, keterujaannya tidak sama untuk melihat sendiri bersama-sama pelarian yang telah dipindahkan ke situ.

Berbanding pengalaman berada di sana pada Mac 2020, keberadaan kali ini tidak setegang sebelumnya. 

Selepas Mac 2020, keganasan di Idlib dan utara Aleppo tidak seteruk seperti tahun-tahun lalu. 

Meskipun boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku serangan, namun skala kematian menurun dengan ketara.

Menurut Airwars, bilangan orang awam yang terbunuh akibat letupan sejak 2020 telah menurun sebanyak dua pertiga dan ia dikatakan sebagai kesan akibat COVID-19.

“Ketika Rusia dan Syria mulai 2020 melakukan serangan ganas terhadap kumpulan anti kerajaan di beberapa wilayah terutama Idlib, jumlah kematian orang awam menurun secara mendadak setelah gencatan senjata 5 Mac (2020)”, katanya dalam laporan tahunan yang dikeluarkan minggu lalu.

Inilah keadaan yang dilalui sekarang. 

Di mana-mana, hampir pada segenap aspek wabak ini memberi kesan.

Rutin harian manusia begitu terkesan dan  sektor penerbangan juga tidak terkecuali sehingga ia menjadi paling teruk terjejas sejak pandemik bermula.

Menaiki penerbangan Turkish Airlines, TK 0061 dari Kuala Lumpur ke Istanbul pada 26 Februari lalu, menjadi satu pengalaman baharu. Tidak lagi seperti sebelum ini, di mana penumpangnya disaji dengan hiburan dan makanan yang begitu menyeronokkan tetapi kali ini kejutannya boleh membuat anda terduduk, khususnya mereka yang berada di kelas ekonomi.

Sepanjang 11 jam penerbangan, tiada lagi hidangan panas sama ada makanan atau minuman maupun cenderahati.

Makanan dalam pesawat tidak semewah dulu lagi
Makanan dalam pesawat tidak semewah dulu lagi

Penumpang masih dihidangkan dua kali seperti sebelum ini, tetapi dengan sandwich sejuk, jus dalam kotak , air dalam bekas plastik dan kit yang berisi pelitup muka dan pembasmi kuman.

Inilah realiti menikmati penerbangan ketika COVID-19, membuatkan penulis teringat kisah lama, terbang dari Nyala, Darfur ke Khartoum ketika bertugas dengan TV3 pada 2008, di mana segalanya dihidangkan sejuk.

Ketika itu dalam perjalanan pulang selepas dua minggu berada di sana untuk menjayakan korban melalui kempen Dapur Untuk Darfur.

Dalam keadaan altitud berpuluh ribu kaki atas awan, hidangan sejuk akan memberi kesan kepada deria rasa dan dalam Terengganu ia disebut “lecah berah”, rasa yang tiada rasa, ada sahaja yang tidak cukup.

Ketika itu terfikir zaman lampau, pengalaman indah menaiki penerbangan Malaysia Airlines dan syarikat antarabangsa lain seperti Emirates, Qatar Airlines dan macam-macam lagi, tidak sabar-sabar tunggu troli sampai dan diberi menu untuk membuat pilihan.

Tetapi dalam keadaan sekarang dapat ke luar negara pun satu nikmat yang tidak terkira kerana ketika berlepas hari itu, hendak bergerak dari negeri ke negeri pun perlu surat kebenaran, apatah untuk ke luar negara. 

Ini dikira “insan terpilih”.

Cuma kepada mereka yang cerewet tentang makanan bagi penerbangan terus yang memakan masa berjam-jam, nampaknya perlu membawa mangkuk tingkat dan isi air kopi dari Starbucks sebaik selepas melepasi kaunter imigresen. Jika tidak anda akan kelaparan.

Terbang dalam keadaan COVID-19, banyak ujian dan jangan jadi kelaparan punca untuk melepaskan kemarahan. - Getaran, 16 Mac 2021

Razali Awang adalah bekas wartawan perang dan bencana TV3 yang kini berkhidmat sepenuh masa dengan Syria Care. Berpengalaman luas melaporkan situasi terkini dari ground zero, perang baginya adalah satu jenayah kemanusiaan, yang membunuh nilai kehidupan.

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera