Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Visi Sukan Negara 2030, Badminton Curi Tumpuan Di Dewan Rakyat

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 11:39AM

Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia ketika beraksi pada Kejohanan Akhir Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), bulan lepas. - Gambar ALIF OMAR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Beta juga menaruh harapan tinggi terhadap pembangunan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) yang merupakan usaha kerajaan dalam menetapkan hala tuju baharu pembangunan sukan negara dalam tempoh 10 tahun yang akan datang."

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, Isnin lalu.

Dua hari kemudian, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker pula menjawab soalan mengenai isu dua pemain badminton yang meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sukan mencuri tumpuan di persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Kita mulakan dengan titah Al-Sultan Abdullah yang tepat pada masanya.

VSN 2030 sepatutnya meneruskan legasi sukan sebagai alat perpaduan ampuh dan untuk melahirkan jaguh berkelas dunia. 

VSN 2030 sepatutnya dilancarkan pada tahun 2020. Tetapi pada April 2021, Kementerian Belia dan Sukan pula melancarkan Kanvas VSN 2030, untuk mendapatkan reaksi serta pendapat pemegang taruh. Secara jujur, ia hanya sekadar alasan kerana VSN 2030 tidak siap mengikut jadual.

Setelah berdiskusi dengan atlet, pegawai sukan serta penggiat industri sukan, VSN 2030 sepatutnya dilancarkan lewat tahun lepas. Tetapi sehingga hari ini, VSN 2030 masih suatu misteri.

VSN 2030 penting untuk pemegang taruh mengetahui hala tuju kerajaan dalam memperkasakan lagi industri sukan. Ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu dokumen yang tidak akan memberi sebarang impak kepada mana-mana pihak.

Jika isi kandungan VSN edisi-edisi dahulu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan, sudah tentu sukan di Malaysia sudah jauh maju. Ini termasuk persatuan sukan yang mampu berdikari tanpa bantuan dana dari kerajaan negeri mahupun persekutuan.

Memandangkan Yang di-Pertuan Agong sendiri telah bertitah mengenai VSN 2030, adalah diharapkan bahawa dokumen tersebut akan 'menjelma'.

Diharapkan turut 'menjelma' adalah hasil kajian dan cadangan Jawatankuasa Penambahbaikan Program Podium yang telah diberikan kepada kementerian pada September 2019 serta laporan terperinci akaun Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Bagi isu badminton pula, Ti telah mengingatkan ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak boleh masuk campur dalam hal ehwal persatuan sukan, kecuali jika terdapat laporan yang dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan.

Ini merupakan satu kenyataan yang dialu-alukan kerana ramai masih berpendapat bahawa KBS mempunyai kuasa ke atas persatuan-persatuan sukan serta atlet Malaysia.

Peminat sukan juga perlu tahu akan perbezaan antara atlet sukan yang berada di bawah kendalian persatuan dan atlet yang bergerak secara bersendirian.

Sukan badminton, merupakan contoh yang terbaik, kerana terdapat atlet di bawah naungan BAM dan ada pula seperti Lee Zii Jia yang kini digelar pemain 'profesional'.

Atlet-atlet 'profesional' ini sepatutnya mencari dana sendiri dan mengeluarkan duit untuk segala kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah KBS seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara.

Dalam era profesional ini, masih ada persatuan-persatuan sukan yang tidak mempunyai dana yang mencukupi. Oleh yang demikian, mereka masih dahagakan duit kerajaan melalui MSN.

Ini memaksa KBS untuk mendapatkan dana yang secukupnya dari Kementerian Kewangan bagi memastikan persiapan atlet-atlet bagi temasya sukan seperti Sukan Asia dan Olimpik tidak terganggu.

Adalah diharapkan agar sukan Malaysia terus hangat didebat di Parlimen. Ini akan membuka mata dan minda orang ramai tentang peranan pihak-pihak yang berkaitan serta isu-isu yang dihadapi sukan tempatan. 

Ia juga akan memastikan lebih perhatian diberikan untuk mencari jalan penyelesaian bagi memajukan sukan Malaysia. - Getaran, 4 Mac 2022

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia dan merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.
 

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Kolum 2 jam yang lalu

Meredah Cabaran Peralihan Tanpa Subsidi Minyak di Malaysia

oleh Nasser Ismail