web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suntikan Vaksin COVID-19 Perlindungan Diri Walau Dijangkiti

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEORANG rakan mengeluh kepada penulis: “Sudah ambil suntikan vaksin lengkap dan booster pun masih dijangkiti COVID-19.” Dia bukan merujuk kepada dirinya tetapi merujuk kepada laporan mengenai kes jangkitan harian COVID-19 yang terus meningkat, termasuk di kalangan yang sudah lengkap divaksin. 

Penulis menjawab: “Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka yang langsung tidak menerima suntikan vaksin? Risiko untuk dijangkiti tentu lebih tinggi.”

Itulah situasi sebenarnya. Jika menerima vaksin pun masih diancam COVID-19, apatah lagi jika badan kosong tanpa pendinding untuk melawan virus pembunuh itu.

Tiada siapa dapat memberi jaminan setelah menerima vaksin tidak akan dijangkiti COVID-19. Hakikatnya ialah pandemik tersebut masih berada di sekeliling dan boleh menjangkiti sesiapa pada bila-bila masa.

Tetapi ada beza kategori atau tahap jangkitan antara yang menerima vaksin dengan yang langsung tidak menerima vaksin, seandainya dijangkiti COVID-19.

Untuk perbandingan, penulis ingin merujuk rekod jangkitan pada hari Khamis 17 Februari yang mencatatkan 26,701 kes, antara jumlah tertinggi dicatatkan dalam tempoh seminggu. Cuba teliti pecahannya. 

Daripada 26,710 kes tersebut, sejumlah 24,480 yang dijangkiti berada pada tahap 2 iaitu bergejala ringan sementara 6,103 pada tahap 1 tanpa gejala. Kelompok ini hanya perlu menjalani kuarantin kendiri.

Sejumlah 118 kes berada pada kategori 3, 4 dan 5 yang memerlukan rawatan di hospital. Seperti dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, antara mereka yang berada dalam kategori ini adalah yang tidak menerima vaksin atau belum menerima dos lengkap.

Pada Isnin 21 Februari, jumlah kes ialah 25,099. Daripada jumlah ini 24,999 ke adalah dalam kategori 1 dan 2. Bagi kategori 3, 4, dan 5 hanya 100 orang. Pada Selasa 22 Februari, jumlah kes ialah 27,179. Daripada jumlah ini 27,007 kes adalah daripada kategori 1 dan 2. Sejumlah 172 ke adalah dalam kategori 3, 4 dan 5.

Berdasarkan perbandingan angka-angka ini, jelas penerima vaksin lebih terlindung. Jika dijangkiti pun hanya berada pada tahap ringan, berbanding dengan yang tidak menerima vaksin atau belum lengkap divaksin.

Umpamakan COVID-19 itu seperti hujan. Suntikan vaksin pula seperti menyediakan payung sebelum hujan. Ketika hujan, payung sudah ada di tangan. Tentu ada beza jika meredah hujan dengan berpayung berbanding dengan tangan kosong.

Jika berpayung akan basah juga sedikit-sedikit terkena tempias. Namun tidaklah sampai basah kuyup berbanding hanya berlenggang membiarkan hujan menerjah seluruh tubuh.

Pengajarannya ialah, jika mengambil vaksin, risiko untuk diri sendiri dijangkiti atau tempiasnya kepada keluarga adalah lebih rendah berbanding jika tidak langsung menerima vaksin. Mana lebih baik? Buat keputusan dengan bijak untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Waspadalah, kes baharu jangkitan COVID-19 terus menunjukkan trend meningkat sejak kebelakangan ini. Daripada ribuan kes direkodkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah jangkitan telah menurun kepada hanya 2,000 lebih sebelum ini. Namun kini ia melonjak berkali-kali ganda.

Perhatikan rekod kenaikan dalam seminggu. Pada hari Selasa 22 Februari ialah 27,179 kes. Isnin 21 Februari (25,099); Ahad 20 Februari (26,832), Sabtu 19 Februari dengan 28,825 kes.

Pada hari Jumaat 18 Februari jumlah kes ialah 27,808. Pada Khamis 17 Februari 26,701 kes dan hari Hari Rabu 16 Februari 27,831 kes.  

Peningkatan ini tentu merisaukan orang ramai. Namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun menjelaskan angka jangkitan ini mesti dilihat sama dengan kemasukan pesakit ke hospital untuk rawatan COVID-19, juga penggunaan katil hospital. 

Setakat ini jumlah kemasukan pesakit dan kapasiti katil masih terkawal. Ini kerana sejumlah besar yang dijangkiti adalah dalam kategori 1 dan 2 yang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Namun tentunya mencegah lebih baik daripada mengubati. Kerana itu melindungi diri dengan memastikan mendapat suntikan lengkap dos vaksin COVID-19 serta booster sangat penting. Jangan terpengaruh dengan golongan anti vaksin.

Jika mereka enggan divaksin, mereka tidak berhak mempengaruhi orang lain. Jangan termakan hasutan mereka. Keselamatan diri sendiri, kita yang tentukan. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, kita yang akan tanggung. Justeru jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk kita.

Ingatlah, pelbagai kemudahan seperti rentas negeri hanya terbuka kepada mereka yang sudah lengkap divaksin. Usah biarkan diri terkurung atau tersisih semata-mata kerana dipengaruhi golongan anti vaksin.

Jangan menipu diri sendiri dengan mendapatkan sijil vaksin palsu daripada doktor yang menangguk di air keruh dengan mengenakan bayaran ratusan ringgit. Ini perbuatan tidak bijak.

Doktor tidak beretika ini akan mengaut untung. Tetapi tiada apa manfaatnya kepada yang menerima suntikan selain sijil palsu. Kenapa membayar begitu banyak wang untuk mendapatkan sijil tipu sedangkan kerajaan menyediakan vaksinasi tulen secara percuma di pusat vaksinasi yang sah.

Selain itu sentiasa ingat prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal masih berkuatkuasa. Ramai yang mengabaikan SOP, terutama apabila berkumpul ramai. Pematuhan SOP adalah usaha mencegah jangkitan. Jika lalai dan alpa, COVID-19 mungkin datang  menyapa! - Getaran, 24 Februari 2022

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

2

Kolum 2 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Dr Mahathir Pecah Belahkan Melayu Dan Negara 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

oleh Vinod Sekhar