Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Kes SIS Forum ( M'sia ) VS Kerajaan Selangor - Apa Kata Mahkamah Persekutuan?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 8:13AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Alhamdulillah, saya berpeluang membaca ringkasan penghakiman atau keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Selangor ) 2003 ( " enakmen tersebut ) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.

Ramai juga yang meminta saya mengulasnya bagi membolehkan mereka memahami isu ini dengan lebih baik. Insya Allah saya cuba.

Sebagai mantan peguam yang agak lazim mengendalikan kes-kes yang melibatkan isu-isu "public law" seperti isu semakan kehakiman dan isu-isu perlembagaan, secara lumrah, kes-kes seperti ini memang seringkali menarik minat saya.

Justeru itu, saya akan cuba mengulas isu ini tanpa dipengaruhi oleh sentimen dan emosi yang tidak wajar.

Secara kronologi, kes ini bolehlah diringkaskan seperti di bawah ini :-

a. Ada sebuah fatwa yang diwartakan di negeri Selangor pada sekitar tahun 2014 yang antara lain, menyatakan bahawa SIS Forum (Malaysia) (SIS) adalah difatwakan mengganut fahaman liberal, sesat dan menyeleweng.

SIS - sebagai pihak yang terkesan dengan fatwa tersebut - telah bertindak mencabar hal tersebut di Mahkamah Tinggi. Permohonan mereka ditolak. Mereka kalah kerana mahkamah putuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai  bidang kuasa untuk mendengar permohonan mereka kerana di bawah seksyen 66A Enakmen tersebut, bidang kuasa itu diberikan kepada Mahkamah Syariah.

Pihak SIS tidak berpuas hati. Mereka telah bawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keesahan (the validity) seksyen 66A Enakmen tersebut di atas alasan DUN Selangor tidak ada kuasa untuk menggubal seksyen itu.

Cabaran itu dibuat di bawah Artikel 4 ( 3 ) dan 4 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan ( PP ) dan juga Artikel 128 ( 1 ) PP.

d. Bagi mencabar hal itu, SIS perlu mendapatkan kebenaran (leave) dari Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu. Mahkamah telah memberikan kebenaran. Itu peringkat pertama (the first stage).

e. Selepas mereka berjaya mendapatkan kebenaran, barulah mereka bergerak ke peringkat kedua di mana mahkamah akan mendengar isu substantif kes itu iaitu adakah DUN Selangor mempunyai kuasa untuk menggubal seksyen 66A Enakmen tersebut?

Secara mudahnya, intipati keputusan Mahkamah Persekutuan adalah seksyen 66A Enakmen tersebut yang menyatakan bahawa Mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa untuk dengar kes semakan kehakiman atau judicial review, adalah tidak sah.

Kenapa ?

Kerana, kata mahkamah, kuasa untuk mendengar kes semakan kehakiman adalah terletak di bawah hak dan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Sivil seperti yang ditetapkan oleh PP.

Maka, mahkamah putuskan, seksyen 66A Enakmen tersebut, jika menggunakan bahasa peguam, adalah ultra vires PP.

Mungkin ada pihak - yang biasanya - sama ada tidak memahami isu dalam kes ini atau secara sengaja untuk tidak mahu memahaminya atas faktor-faktor tentu akan cuba memainkan isu ini dengan secara tidak bertanggungjawab .

Dalam bahasa Inggeris, they may intend to blow it out of proportion.

Jika mereka lakukan itu, komen saya "we can't help!"

Bagi Parti Amanah, saya rasa menjadi tanggungjawab sosial kami untuk mendidik rakyat agar dapat memahami isu ini dengan baik.

Isu yang mungkin dimainkan adalah kononnya mahkamah sivil turut campur tangan bidang kuasa mahkamah syariah kerana bagi mereka kes ini ada kaitan dengan isu fatwa yang mengatakan bahawa SIS adalah liberal, sesat dan menyeleweng.

Keputusan Mahkamah Persekutuan, hakikatnya, bukan menyentuh berkenaan kesahihan fatwa tersebut sama ada dari sudut substantif atau prosedural.

Sejak dari awal penghakiman itu,  mahkamah secara tegas menyatakan hal tersebut. Mahkamah hanya putuskan keesahan seksyen 66A Enakmen tersebut berdasarkan ayat-ayat yang terkandung dalam seksyen tersebut.

Jika kita belajar perundangan Islam, bahasa yang digunakan adalah

نحكم بالظواهر ...

“kami menghukum apa yang tersurat..”

Kes ini berkaitan isu “adakah DUN mempunyai bidang kuasa untuk menggubal sebuah undang-undang atau enakmen yang ultra vires Perlembagaan Persekutuan?” Itu sahaja.

والله اعلم - Getaran, 23 Februari 2022

Hanipa Maidin ialah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) yang juga Ahli Parlimen Sepang

Sorotan

1

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

2

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

3

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

4

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

5

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

6

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

7

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad