Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Inilah Cinta, Abadi Tidak Berpenghujung

Februari bulan cinta. 14 Februari, hari yang dipilih sedunia untuk meraikan. Demi orang yang kamu cintai, beritahu dia yang kamu mencintainya.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 3:01PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Hidup tanpa cinta layaknya sebuah pohon yang tidak berbuah’ - Kahlil Gibran.

Februari bulan cinta, bulan penuh romantik, bulan untuk kamu menghargai insan yang kamu cintai. 14 Februari, hari yang dipilih sedunia untuk meraikan. Demi orang yang kamu cintai, beritahu dia yang kamu mencintainya. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Betul kamu tidak perlu menunggu hari itu kerana cinta boleh diraikan 365 hari, but it is always nice to do a little something extra to commemorate your loved ones on Valentine’s Day.

Hadiahkan dia apa sahaja; sekuntum mawar, seberkas coklat, yang terlebih mampu boleh menambahkan cincin di jarinya atau paling tidak, ucapan ‘I Love You’. 

Ya wanita khasnya, jiwanya lembut, tiga patah perkataan itu sudah cukup mengisi kebahagiaan di hatinya dan barangkali melenyapkan rasa curiga, geram, kecil hati, marah atau apa saja yang mencengkam jiwanya. 

Sungguh cinta itu harus diluahkan, dinyatakan, ditunjukkan, dibuktikan, dibelai dan dimanja, dibajai dan dirai. 

Cinta untuk dicairkan dengan alunan muzik lembut dan menusuk ke jantung hatinya. 

Cinta untuk dirasai and to bleed willingly and joyfully for. Dan bangun di tengah malam lalu berterima kasih untuk hari esoknya kamu akan bersama lagi. 

Cinta, kamu rindu untuk kembali ke rumahmu bilamana kamu berpergian kerana di situ dia menunggu. Cinta, dia dan kamu sentiasa mendoakan untuk terus bersama selagi masih bernyawa. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Cinta adalah memahami, memberi kebebasan, menjawab panggilan dan cinta adalah kehidupan. Ya, kehidupan pula adalah anugerah terbesar yang Allah berikan kepada kita.

Ketika kita mencintai, perasaan kita akan merasakan ketakutan. Takut berbagi, takut kehilangan, takut perpisahan dan takut kematian. 

Bercerita tentang cinta, saya terkenangkan cerita besan saya Suzlina Kusnen.

Betapa cinta kepada suaminya diragut secepat kilat. Masih dia ingat, pagi itu dia bersama suaminya ke tempat kerja. Menurunkan suami dan dia meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya pula.

Tidak lama kemudian katanya dia mendapat panggilan yang memberitahu suaminya pengsan. 

Bergegas ke pejabat suami, waktu sama berlalu-talu masuk pesanan ringkas, dengan ayat yang amat menyayat hati dan jantungnya.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Dia mahu berbaik sangka ayat itu sebagai penyataan akan berita yang menyedihkan, tetapi ia adalah berita pemergian suami untuk selama-lamanya. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Mana mungkin sang suami pergi semudah itu, dia sihat walafiat. Baru tadi mereka berjenaka, baru sebentar tadi mereka berdua bercerita hal-hal keluarga.

Dan baru sebelah malamnya suami menghubungi anak perempuannya (kini menantu saya) yang belajar di luar negara, bercerita hal-hal yang mereka suka.

Baru beberapa hari mereka suami isteri merancang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.    

‘Bertemu di kolej di sini, menyambung lagi ke luar negeri. Tali cinta dimeteri, pulang ke Malaysia dirai sebagai suami isteri. Kembali menyiapkan pengajian sambil melayan kelahiran bayi, yang sulung perempuan, lahir yang kedua, lelaki. Kembali mencari rezeki di bumi kelahiran sendiri. Cinta terus bersemi, tiada siapa boleh mengganti dia yang pergi.’

Suami pergi tanpa dia bersedia untuk hidup bersendirian. Segalanya dibuat bersama, sehingga katanya seketika dia tidak mampu menolak troli sendiri kala di pasar raya, tidak pandai memilih udang dan ikan.

Semua dulu dilakukan berdua, tiada lagi aktiviti bersukan dan melancong. Dia berkurung dan asyik termenung. 

Tiga tahun katanya dia murung sehingga satu hari dia tersedar, dia tidak boleh selamanya begitu. Life has to go on.

“Semua ini adalah rencana baik Tuhan dan aku harus menerima kepergiannya dengan ketabahan dan hati lapang,” katanya. 

Dia teringat akan apa yang dibacanya, “Walaupun raga telah terpisahkan oleh kematian, namun cinta sejati ini tetap akan tersimpan secara abadi di relung hati.” - Bacharuddin Jusuf Habibie. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Dia sedar arwah suaminya tidak bahagia di sana dengan sikap menyendirinya. Dia terkenang peribadi mulia suami, ketegasan dan tanggungjawab suami melayan keluarganya, ibu bapa dan mertuanya. 

Suami seorang yang sungguh penyayang, seorang yang tidak berkompromi bila tiba hal agama. Anak-anak tidak dibiarkan mendedah aurat dan leka tidak bersolat.

Anak dididik dengan penuh kasih sayang, bukan sesama manusia sahaja tetapi untuk haiwan seperti kucing juga. Dan orang yang kesusahan wajib segera dibantu. 

Hari ini Suzlina seorang wanita berjaya dalam kerjayanya, waktu sama melakukan kerja-kerja amal.  Mereka sekeluarga sekarang punya NGO sendiri untuk menggalakkan ahli keluarga terus berkhidmat kepada masyarakat seperti mana yang dimahukan oleh arwah suaminya.

‘You are the most beautiful fate. I want you. Nothing else, just you. Begitu banyak tentang dirimu dalam hatiku dan setiap detik jantungku adalah sebuah puisi yang tertulismu. Bagaimana aku mengatakan aku merindumu, dengan cara dulu engkau bisa membuat aku terjebak di dalam cintamu yang tidak pernah aku ragu. Aku di sini, kamu di situ, tetapi cinta tetap padu. May Allah unite us in Jannah with those whom we love.

Pesan Suzlina pada anda yang suami terlebih dulu pergi, “Jangan bersedih, semua akan berkumpul kembali di akhirat nanti. Harus yakin bahawa Allah SWT akan mempertemukan setelah tiba waktunya.

“Yang lahir akan mati, tetapi yang tidak ada bukan bererti dilupakan.

“Kami rela melepas dia yang kita sayangi untuk menghadap Allah SWT. Semoga dilapangkan kuburnya dan diampuni segala dosanya. Amin.”  - Getaran, 12 Februari 2022

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Melayari Perkahwinan: Cukupkah Hanya Berbekal Cinta?  

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Cinta Tidak Berbalas, Seorang Lelaki Disyaki Bunuh Wanita Warga Emas

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Rona-Rona Girang Perayaan Rangwali Holi Di Kuil Shree Lakshmi Narayan

4

Kolum 1 tahun yang lalu

September Bulan Fesyen - Artis Bukanlah Model! 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi