Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tajuddin Perlu Undur Diri Dari Inkuiri Prasarana - Muhammad Nizam

Kolum Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 6:03PM

Muhammad Nizam Alias - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang anda tahu, saya digantung tugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Prasarana Malaysia Berhad sejak 10 Disember 2020, antara lain saya dituduh tidak memberikan kerjasama yang secukupnya dengan Pengerusi Bukan Eksekutif terhadap desakannya untuk melantik kontraktor tertentu dan melaksanakan perkara tertentu.

Pada 22 Januari 2021, tuduhan berkenaan digugurkan dan saya hanya dituduh sebagai ‘tidak sopan’ terhadap Pengerusi Bukan Eksekutif. Itu yang saya faham. Saya kemudian dimaklumkan bahawa lembaga pengarah akan membuat keputusan mengenai perkara ini dan memaklumkannya kelak.

Buat masa ini, sepanjang pengetahuan saya, lembaga pengarah masih belum membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan saya. Saya juga masih belum menerima notis rasmi berhubung perkara itu. Bagaimanapun, Pengerusi Bukan Eksekutif sudah menyatakan pemergian saya dalam sidang media pada 9 Mac 2021.

Pada pandangan saya, keberadaan Pengerusi dalam inkuiri dan keputusan adalah bercanggah kerana tuduhan yang dilemparkan itu berkaitan hubungan kami. Tidak ada seorang pun yang harus menjadi hakim untuk kepentingan sendiri. Oleh itu, dengan rasa hormat, adalah lebih baik beliau tidak terbabit dalam proses ini. Apa yang saya nyatakan adalah perlunya ada urus tadbir baik dalam Prasarana dan proses sewajarnya mesti dilakukan dan diselesaikan.

Saya khuatir sidang media oleh Pengerusi Bukan Eksekutif terbabit boleh memberi gambaran bahawa beliau berperanan dalam membuat keputusan berhubung perkhidmatan saya. Saya juga bimbang bahawa ini mungkin satu usaha untuk menekan atau isyarat kepada lembaga pengarah.

Pada pandangan saya, proses inkuiri ini tidak memuaskan. Sama ada campur tangan atau tidak, saya tidak mahu membuat sebarang tuduhan; ia terakluk di bawah undang-undang.

Oleh Muhammad Nizam Alias

(Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman adalah Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad)

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA