web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Dekad Bandar Raya Kuala Lumpur Dan Tahun Harimau

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 4:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SELASA 1 Februari 2022 tarikh istimewa kerana genap 50 tahun Kuala Lumpur diisytihar bandar raya pada 1972. Dua tahun kemudian pada 1 Februari 1974 ia diisytihar pula menjadi Wilayah Persekutuan.

Begitu pantas masa berlalu. Sudah lima dekad usia bandar raya Kuala Lumpur dan bakal menyambut Jubli Emas penubuhannya. Dalam tempoh tersebut, ia bergerak maju dan makmur, meneruskan kecemerlangan yang dicapai sejak sebelum menerima taraf bandar raya.

Menjangkau usia lima dekad bandar raya mengimbau kenangan penulis ketika menjejakkan kaki ke ibu kota pada awal 1972 untuk menyambung pelajaran dalam tingkatan empat di High School, Setapak.

Sebelumnya penulis belajar di sebuah sekolah di kampung di Bagan Datuk, Perak, sehingga lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) 1971. Tempat baharu, cabaran baharu. Namun penulis merasa bertuah kerana pada 1 Februari tahun sama Kuala Lumpur menjadi bandar raya.

Dari tarikh itu sehinggalah tamat belajar dan mencari rezeki di Kuala Lumpur, penulis menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan pesat ibu kota sebagai ibu negara, pusat pentadbiran dan ekonomi serta kebudayaan. Cabaran dan halangan berjaya dilalui untuk menempatkan diri sebagai sebuah kota moden serba lengkap. 

Seandainya Sultan Puasa, insan yang membuka Kuala Lumpur, masih ada bersama hari ini sudah pasti dia sangat bangga dengan pertumbuhan ibukota. Daripada kawasan lombong dan pusat eksport bijih seawal 1840-an dengan hanya sekelompok rumah kediaman dan kedai, kini ia adalah antara kota metropolitan terkenal di dunia.

Tidak dilupakan jasa pemimpin Melayu dan Cina lain yang turut menyumbang kepada kemajuan Kuala Lumpur. Ini termasuk Kapitan Cina yang tidak asing, Yap Ah Loy. Mereka semua adalah  pengasas yang menyumbang kepada pertumbuhan Kuala Lumpur sehingga apa yang wujud pada hari ini.

Begitu rancak pembangunan ibu kota sehingga sesak dan padat. Kerana itu kerajaan mencari pusat pentadbiran baharu bagi mengurangkan kesesakan di ibu kota. Perang Besar di Selangor dipilih dan dibangun menjadi Putrajaya. Pusat pentadbiran negara berpindah ke sini pada 1999.

Namun Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara, pusat ekonomi, kewangan dan kebudayaan. Bukan itu sahaja, ibu kota juga merupakan juga pusat pelancongan tumpuan rakyat dalam dan luar negara.

Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur adalah antara tarikan popular. Juga Muzium Negara dan Tugu Negara. Semuanya dalam senarai lawatan pelancong. Kedatangan ke ibu kota bagai tidak sah jika tidak mengunjungi tempat-tempat ini.

Untuk warga kota, pelbagai kemudahan serba lengkap disediakan, merangkumi perumahan, pengangkutan, infrastruktur, rekreasi dan hiburan. Tugas warga kota ialah menjaga dengan baik serta menghargai segala kemudahan disediakan. Jadilah warga kota berminda kelas pertama.

Pembangunan dan penyediaan kemudahan di Kuala Lumpur sentiasa berterusan dalam memenuhi keperluan semasa, sejajar dengan pertambahan penduduk dan cabaran masa kini. Matlamat utamanya ialah serampang dua mata, memaju dan makmurkan Kuala Lumpur serta mensejahterakan warganya.

Justeru warga Kuala Lumpur mesti bersyukur dan bangga dengan kemajuan ibu kota serta segala usaha yang dilakukan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk. Sayangi dan kasihi ibu kota yang selama ini menjadi tempat bernaung dan mencari rezeki. Pastikan ia terus maju dan makmur.

Yang menarik sempena sambutan 50 tahun Kuala Lumpur sebagai bandar raya ialah ia serentak dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada tarikh sama. Tahun ini ialah Tahun Harimau, melambangkan kegagahan dan kehebatan. Semoga begitulah juga dengan Kuala Lumpur.

Cuti panjang Hari Wilayah dan Tahun Baharu Cina membolehkan warga kota menyambut dua perayaan dalam suasana harmoni dan mesra. Pelbagai program disusun meraikan sambutan Jubli Emas bandar raya secara sederhana tetapi tentunya meriah.   

Sambutlah juga Tahun Baharu Cina dengan mengunjungi rakan-rakan berbangsa Cina untuk sama-sama meraikan hari perayaan dalam suasana muhibbah. Inilah keistimewaan Malaysia, perayaan kaum dikongsi dan diraikan bersama.

Sesungguhnya semangat perpaduan inilah yang perlu terus dipupuk, terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelbagai kaum yang mendiami ibu negara adalah aset penting yang sama-sama berperanan menyumbang serta mencorakkan kemakmuran ibu kota.

Kerjasama dan persefahaman kaum amat penting dalam memastikan kelancaran semua projek pembangunan. Usaha memajukan ibu kota dan mensejahterakan rakyat tidak harus dicacat cela atau diganggu gugat oleh fahaman politik berlainan, atau perbezaan bangsa dan agama.

Inilah kunci utama memastikan Kuala Lumpur maju sebagai kesinambungan daripada apa yang telah dicapai. Dalam usia usia 50 tahun sebagai bandar raya, ibu negara berada pada landasan kukuh untuk terus cemerlang.

Dengan berganding bahu dan semangat kerjasama serta setiakawan yang kukuh, Kuala Lumpur mampu mencapai kejayaan lebih hebat daripada yang dicapai selama ini. Yang penting berusaha dan bersatu padu.

Namun dalam meraikan Jubli Emas Kuala Lumpur dan Tahun Baharu Cina, bersederhana dan terus beringat kerana pandemik COVID-19 masih berlegar. Patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang masih berkuatkuasa seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Syabas dan tahniah kepada Kuala Lumpur sempena Jubli Emas bergelar bandar raya dan Selamat Tahun Baharu Cina. Mantapkan kerjasama dan perpaduan untuk menjulang ibu kota ke mercu lebih tinggi. Jika tidak dipecah ruyung di manakan dapat sagunya. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. - Getaran, 27 Januari 2022

Bekas Penolong Ketua Pengarang Kumpulan akhbar keramat Melayu, Utusan Malaysia. Masih sarat dengan jiwa dan naluri kewartawanan, menulis tanpa jemu, berkarya tanpa ragu. Graduan Sarjana Sains (Kewartawanan) Universiti Boston, lewat 1984.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

2

Kolum 2 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Dr Mahathir Pecah Belahkan Melayu Dan Negara 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

oleh Vinod Sekhar