Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mari Kita Bina Masa Depan Lebih Sempurna

'Ada tiga hal yang tidak dapat kamu pulihkan dalam hidup; KATA setelah diucapkan, KESEMPATAN setelah dilepaskan dan WAKTU setelah hilang,' - Ziad Abdelnour

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 4:13PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

لَنْ تَرْجِعَ الأَياَّمُ الَّتيِ مَضَت

Ertinya, Tidak akan pernah kembali waktu yang telah lalu.

Sabtu, 15 Januari, bermakna separuh dari bulan Januari sudah berlalu. Dan, Januari akan pergi. Februari yang menanti juga akan melalui tarikh luputnya, begitulah seterusnya. 

Kata Ziad Abdelnour, pengarang Start-Up Saboteurs and Economic Warfare, dan Presiden serta CEO Blackhawk Partners Inc antara lainnya: 'Ada tiga hal yang tidak dapat kamu pulihkan dalam hidup; KATA setelah diucapkan, KESEMPATAN setelah dilepaskan dan WAKTU setelah hilang'.

Maka perhatikan setiap tutur kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Perihal kesempatan pula, peluang yang baik, genggam sekuatnya. Andai kamu lepaskan, kemungkinan tiada peluang kedua atau ketiga. Dan, jangan dibiarkan masa hilang begitu sahaja. Apabila ia pergi, mustahil boleh dijemput semula.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Sayugia, ‘mari membina masa depan saat ini dan mari menjadikan mimpi kita satu kenyataan esok hari’. Satu ungkapan bernas daripada Malala Yousafzai, penerima anugerah Hadiah Nobel Keamanan (2014) pada usianya 17 tahun.

Malala Yousafzai lahir pada 12 Julai 1997. Ingin saya menyingkap sedikit lagi kisah hidup aktivis ini. Pada 9 Oktober 2012 usianya baru 15 tahun, di dalam bas sekolah dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dia ditembak oleh pengganas Taliban.

Peluru tembus dari kepala sebelah kiri tertusuk ke lehernya. Lalu sebahagian daripada tengkorak dikeluarkan untuk merawat otaknya yang bengkak, kritikal. Untuk rawatan intensif dia dipindahkan dari hospital militari di Peshawar, Pakistan ke Birmingham, England. 

Menariknya walaupun lumpuh sebelah (bahagian mukanya), tiada kerosakan besar di bahagian otaknya dan enam bulan selepas kejadian itu, pada hari jadinya yang ke-16, aktivis muda ini berucap di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menekankan akan kepentingan pembelajaran khasnya. - “Saya Malala menuntut bahawa semua kanak-kanak di seluruh dunia berada di sekolah menjelang akhir tahun 2015.”

The extremists were, and they are afraid of books and pens. The power of education frightens them. They are afraids of women. Let us pick up our books and pens. They are our most powerful weapons.” - Malala Yousafzai 

Books and pens, (ilmu) adalah senjata paling tajam dan paling berharga pada yang bernama manusia. Namun kadang manusia tidak pandai menggunakannya. Kadang kita lupa ilmu adalah cahaya penyuluh kehidupan manusia.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Kadang kita lupa ilmu membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan manusia daripada kegelapan dan kejahatan kepada cahaya dan kebenaran. 

Kadang ilmu yang dimiliki itu pula digunakan dengan cara yang salah. Dan, terperangkap dalam ketamakan serta terbabit dalam kumpulan yang salah.

Ya, terkadang anda hanya perlu menjauhkan diri daripada orang-orang tertentu. Jika mereka peduli, mereka akan memperhatikan, jika tidak, anda tahu di mana anda berdiri.

Kata Hamka, “Salah satu pengkerdilan terkejam dalam hidup adalah membiarkan fikiran yang cemerlang menjadi budak bagi tubuh yang malas, yang mendahulukan istirahat sebelum lelah.”

Pesan Yousafzai, “Jangan takut jatuh kerana yang tidak pernah memanjat yang tidak jatuh. Yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.

“Untuk saat ini biarkan ia tenggelam beserta seluruh kisahnya.”

Lalu apa? Marilah kita membina masa depan kita sekarang. Usah berlengah, ayuh bangun dan lakukan sekarang juga, kerana esok lusa kita tidak tentu ada, tidak tahu apa yang akan terjadi.

Life is fragile. We are not guaranteed a tomorrow. Melihat ramai yang pergi pada usia masih muda, (bukan sahaja yang sebaya mendahului), yang muda jelita dan yang kuat dan bertubuh sasa pun diambil-Nya. 

Mengapa saya membawakan kisah Malala? Kerana banyak pengajaran yang boleh diambil di sini. Dia terlalu muda… panjang lagi hidupnya, insya-Allah.

Cabaran dan rintangan di depan mata. Walau sakit dan cacat, dianiaya dan paling dikehendaki oleh puak berhaluan kiri. Malala Yousafzai bangun dengan berani lagi bersemangat, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Memperjuangkan pendidikan dan hak wanita khasnya. Malala berjanji membela bukan sahaja bangsanya tetapi manusia sejagat yang dianiaya dan yang ditindas. 

January a fresh start, a new chapter waiting to be written. Bagi diri ini, this is the year, I will be stronger, kinder and unstoppable, so I will give everything I have. This year, I will be fierce, (meminjam kata seorang pendita).

Tahun ini saya mahu mengisi (buku tahunan) yang masih kosong ini dengan pelbagai kalau boleh; lebih kepada kebaikan dan reda-Nya.

Saya mengulangi lagi janji saya pada diri untuk mengenali dan mendekati-Nya dengan lebih mendalam. Mengajak kaum keluarga lebih beristiqomah dan menebalkan rasa cinta dalam diri. Kerana cinta bererti memberi; memberi kasih sayang, memberi perhatian kepada keperitan orang sekeliling dan tidak menuntut mahupun mengekang.

Hargai orang yang sekeliling kita yang turut berusaha membuat diri bahagia. Al-hibbatu laa yamuutuuna abadan wa in dufinuu, (Orang tercinta selamanya tidak mati meskipun dia telah dikubur.)

Anda bagaimana? Inilah masa terbaik menilai diri sendiri. Mahu berubah? Ayuh, lakukan sekarang. Never too late to be what you might have been. Your success and happiness lies in you.

Ingat kamu masih belum terlambat menggapai mimpi. Be brave enough to say goodbye, and life will reward you with a new hello. May 2022 be an extraordinary one for you and me! - Getaran, 15 Januari 2022

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Semua gambar hiasan: Pexels

Isu Pada

Kenali Copenhagen, Antara Permata Di Bumi Scandinavia

15 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Perlu Ada Kesungguhan Menimba Ilmu, Suburkan Budaya Ilmu Dan Wacana - PM

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Teruskan Usaha Teroka Ilmu Tanpa Pinggirkan Khazanah Ilmu Kemanusiaan - PM Anwar

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Kisah Anak-Anak Tahfiz, Tertib Dan Tartil Dituntun Cahaya Ilahi

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL Tower International Jump kembali dianjurkan

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan