Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Harimau Malaya Senasib Dengan Woolly Mammoth

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 10:43AM

Rangka Woolly Mammoth yang dipamerkan di Hong Kong pada 2019. - Gambar fail AFP

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anak kecil saya amat teruja apabila saya menceritakan padanya mengenai berita untuk menghidupkan semula Woolly Mammoth.

"I am so excited. I can't wait to see them alive," kata anak lelaki saya yang merupakan peminat setia saluran Animal Planet dan National Geographic.

Gajah kuno Woolly Mammoth telah pupus lebih kurang 4,000 tahun lalu setelah menjelajahi dunia untuk lima juta tahun.

Pakar dikatakan memerlukan enam tahun untuk membawa kembali haiwan ini.

Dengan teknologi kejuruteraan DNA, saintis bercadang untuk menanam sel gajah kuno ke dalam rahim buatan. Ianya akan melibatkan pengambilan sel kulit gajah Asia dan menanamnya dengan sel stem yang mempunyai DNA mammoth.

Walaupun misi untuk menghidupkan semula haiwan yang telah pupus sering didebat, ia dilaporkan sebagai usaha untuk membantu memulihkan ekosistem, memerangi krisis iklim dan untuk memelihara gajah Asia yang semakin terancam pupus.

Semalam, kerajaan mengatakan spesis Harimau Malaya dijangka pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun jika tiada tindakan drastik diambil dengan segera. Anggaran populasi Harimau Malaya kini kurang daripada 200 ekor.

Ini membuatkan saya tertanya sama ada, mungkin pada suatu hari nanti, pakar akan terpaksa pula menghidupkan semula Harimau Malaya jika ianya pupus? 

Pokoknya, cubaan seperti ini, bukannya murah dan memerlukan komitmen yang tinggi. Apatah lagi cubaan untuk 'play God' oleh saintis yang sering juga dikecam. 

Pelbagai pendekatan telah dan sedang diambil Malaysia untuk memastikan Harimau Malaya tidak pupus. 

Ini termasuk inisiatif oleh Menraq - unit pasukan peronda hutan masyarakat Orang Asli Jahai untuk membanteras pemburu haram terutamanya Harimau Malaya.

Unit yang ditubuhkan pada tahun 2019 dengan kerjasama Rimau dan Perbadanan Taman Negeri Perak merupakan pasukan peronda yang terdiri daripada Orang Asli Jahai di Hutan Simpan Royal Belum di Perak.  

Hasil usaha bersama Menraq, renjer hutan dan juga Tabung Alam Sedunia (WWF) telah membuahkan hasil kerana aktiviti pemburuan haram telah berkurangan sebanyak 90 peratus. 

Namun, jumlah Harimau Malaya di kawasan ini masih terancam. Untuk rekod, Harimau Malaya hanya terdapat di hutan tropika di Malaysia. 

Jika tujuh tahun dahulu terdapat 60 hingga 70 ekor Harimau Malaya di Hutan Simpan Belum-Temenggor, sekarang hanya tinggal 20 ekor dan ini amat membimbangkan.

Pada awal tahun ini, Shah Redza Hussein yang merupakan Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak berkata kepada penulis bahawa spesis yang berjumlah 20 ekor ini boleh menjadi separuh dalam masa 24 bulan. 

https://twentytwo13.my/issues/orang-asli-forest-patrol-menraq-makes-big-leaps-in-saving-malayan-tigers/

Jika ini terjadi, maka amat sukar untuk binatang itu membiak kerana kawasan ini seluas 117,500 hektar, ditambah pula dengan rusa sambar yang merupakan sumber makanan Harimau Malaya yang turut terancam.  

Ternyata kita kesuntukan masa.  

Jangan Harimau Malaya senasib dengan Woolly Mammoth. - Getaran, 13 November 2021

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan