Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wayang Pacak Ke Restorasi Digital

Dalam lingkaran dunia penyiaran dan perfileman pun, proses restorasi dapat menyelamatkan karya-karya seni seperti drama TV, dokumentari, rakaman hiburan, serta filem cereka daripada terus kusam atau rosak.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 6:18PM

Rubiah Suparman dan Ismail Din dalam 'Bila Hati Telah Retak'. Gambar: FINAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Proses restorasi serta pemuliharaan terhadap bahan-bahan seni pelbagai rupa sering dilakukan manusia bagi membolehkan bahan itu terus kekal merentasi zaman. 

Dengan adanya pelbagai teknologi state-of-the-art pada dekad ini, lukisan antik Leonardo Da Vinci yang hampir lenyap daripada permukaan kanvas pun mampu dizahirkan semula malah berjaya dilelong mencecah ratusan juta dolar.

Dalam lingkaran dunia penyiaran dan perfileman pun, proses restorasi dapat menyelamatkan karya-karya seni seperti drama TV, dokumentari, rakaman hiburan, iklan komersial, animasi serta filem cereka daripada terus kusam atau rosak.

Sebelum ini, stesen TV Astro banyak membuat restorasi digital ke atas filem-filem klasik Melayu bagi memuaskan lagi tontonan pelanggannya.

Sudah beberapa kali saya menonton filem Hang Tuah arahan Phani Majumdar di Astro Prima dengan mutu audio visual yang lebih cantik pada Android TV di rumah.

Wajah P. Ramlee, Saadiah, Zaiton dan S. Kadarisman tampak lebih ‘sharp’ manakala lagu ‘Joget Pahang’ dan ‘Berkorban Apa Saja’ berkumandang lebih sedap di telinga.

Mengikuti jejak serupa, Perbadanan Kemajuan FIlem Nasional (FINAS) kini telah mula membuat proses restorasi digital kepada banyak drama TV, dokumentari, dokudrama, animasi serta filem cereka yang pernah diterbitkan Malayan Film Unit dan Filem Negara Malaysia melalui projek khas bergelar Retrospekstif.

Hasilnya boleh ditatap dari semasa ke semasa di Bernama TV serta saluran rasmi YouTube FINAS Malaysia pada bila-bila masa, selari dengan gaya hidup atau lifestyle masa kini.

Bagi saya, tidak syak lagi, langkah ini satu perkembangan yang sangat menarik, sesuai dengan matlamat penubuhan FINAS sendiri sebagai badan induk yang memantau kemajuan perfileman negara dalam pelbagai platform.

Saya faham sejak Malayan Filem Unit ditubuhkan pada 1946 di Jalan Bangsar sehingga berpindah ke Filem Negara Malaysia di Jalan Utara, Petaling Jaya, banyak sekali bahan penerbitan pernah dihasilkan.

Dulu orang kita selalu menonton filem-filem mahupun kempen-kempen sosial dan kenegaraan di padang-padang wayang pacak sebelum datangnya peti televisyen.

Wayang Pacak masuk ke kampung anjuran Jabatan Penerangan Malaysia
Wayang Pacak masuk ke kampung anjuran Jabatan Penerangan Malaysia

Pengarah Kreatif dan Teknikal FINAS, Ahmad Syazli Muhd Khiar, berkata banyak elemen hiburan, seni artistik, informasi dan ilmu bermanfaat terkandung dalam projek Retrospektif itu yang dirintis melalui strategi pembangunan khazanah serta warisan audio visual negara.

“Sejak tahun lalu, FINAS telah memberikan sentuhan digital kepada beberapa filem cereka dan drama TV yang jarang-jarang lagi dapat kita tonton seperti Bila Hati Telah Retak dan Ke Medan Jaya (yang diterbitkan pada 1983).

“Kami juga memilih filem Mata Permata (terbitan 1964), Anak Seluang Jauh Melaut (1975) dan Cempaka Biru (1989) yang kesemuanya sudah ada di YouTube.

“Malah Abu Nawas, antara filem terawal Malaya arahan Cyril Randell yang dilakonkan Nona Asiah pada 1950-an, turut dibuatkan proses restorasi.  Sebuah lagi karya menarik adalah filem cereka pertama Brunei Darussalam berjudul Gema Dari Menara terbitan 1968.

“Filem-filem lama itu dinaikkan taraf menjadi 2K dan dihasilkan di Bahagian Makmal FINAS, menggunakan aplikasi Diamant dan DaVinci Resolve 16.

“Proses ini antara lain membersihkan habuk dan kotoran pada sumber asalnya dan seterusnya dapat mempertajamkan lagi kualiti audio visualnya,” jelas Syazli.

Beliau berkata, dokumentari dan dokudrama lama yang ditayangkan itu cukup menarik kerana ia menonjolkan visual tentang budaya serta cara hidup masyarakat Malaya dan Malaysia pada dekad lampau.

“Ia sudah tentu membangkitkan nostalgia tontonan serta menjadi bahan kajian pelajar di peringkat pusat pengajian tinggi tempatan serta luar negara.

“Antaranya karya yang unik itu adalah Malaya, Rohani Maju Mulia, Seruan Suchi, Safar, Cities of Malaya, To Regret Is Already Too Late, Berselang-Seli, 1961, Sinar Bahagia dan banyak lagi,” ujar Syazli lagi yang berkata projek itu bukanlah bersifat komersial.

Sebagai peminat filem, saya sendiri teruja kerana sudah lama tidak menonton filem Bila Hati Telah Retak. Ia arahan Rahman B, lakonan Rubiah Suparman, Ismail Din, Rokiah Shafie dan Abu Bakar Omar.

Ia mengisahkan suka-duka seorang jururawat yang perlu bertugas di sebuah desa dan berdepan tentangan seorang bidan kampung yang mencemburuinya.

Lakonan Rubiah Suparman dan Rokiah Shafie bukan calang-calang kerana masing-masing berjaya meraih trofi Aktres Terbaik dan Aktres Pembantu Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-4 (1983). Lagu temanya yang merdu pula didendangkan Biduanita Saloma, jadi Bila Hati Telah Retak ada aura dan sejarahnya tersendiri.

Saya berharap selepas ini FINAS akan memilih pula sebuah lagi filem menarik terbitan Filem Negara Malaysia iaitu Dayang Suhana arahan Aziz Abbas. Ia lakonan Rubiah Suparman yang lebih awal lagi pada 1978, digandingkan dengan Rahim Razali dan Mahmud Jun.

Saya juga sangat berharap, FINAS mungkin juga boleh membantu pihak RTM membuat restorasi semula kepada banyak drama hebat mereka termasuk bagi siaran Panggung RTM dulu seperti ‘Selasihku Sayang’, ‘Tok Perak’ dan ‘Tragedi Seri Mersing’. Semuanya ada nilai tontonan yang baik.

Alang-alang menyebut karya lama, saya terus merindui filem-filem gah pada 1980-an yang terus hilang dari pandangan mata ini seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Jasmin dan Potret Maria.

Sarimah dan Ahmad Mahmud dalam 'Ranjau Sepanjang Jalan'
Sarimah dan Ahmad Mahmud dalam 'Ranjau Sepanjang Jalan'

Kalau tidak ditayangkan secara komersial pun sekurang-kurangnya ia boleh menjadi tatapan peminat serta pengkaji filem yang mahu berkongsi ilmu perfileman di tanah air sendiri. - Getaran, 16 Oktober 2021

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Sorotan

1

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

2

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

3

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

5

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

6

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

7

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM