Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Baca Humor Gelap Dan Hitam, Tidak Jadikan Anda Jelek

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 2:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara Pengarang,

Memberi penghargaan untuk humor gelap atau hitam tidak menjadikan anda manusia yang menjijikkan atau menjelekkan, demikian satu kajian baru.

Sebenarnya, ia boleh dikatakan baik untuk keseluruhan watak anda walaupun terdapat kajian sebelumnya yang menyatakan sebaliknya.

Humor hitam (Black Humor) adalah bentuk humor yang menganggap penderitaan manusia sebagai tidak masuk akal dan bukannya menyedihkan, atau yang menganggap keberadaan manusia sebagai ironis dan tidak berguna tetapi entah bagaimana ia tetap merupakan satu komik. (Dictionary.Com)

Humor gelap (Dark Humor) adalah bentuk humor yang melibatkan kelainan atau gurauan yang mana jenaka itu dilihat sebagai menyinggung perasaan, kasar serta mengerikan.

Namun jenaka itu masih tetap lucu. Anda mesti mempunyai ‘jangkaan dan bersedia’ untuk menerima serta kefahaman jenaka yang tinggi untuk humor gelap, membuatnya benar-benar lucu. Dalam hal ini, ia dapat dilihat sebagai lelucon yang sangat mengerikan namun tetap lucu. (Urban Dictionary)

Penemuan yang mengejutkan oleh penyelidik di Universiti Perubatan Vienna, Austria dijalankan terhadap 156 peserta dewasa, separuh lelaki dan separuh wanita.

Setiap peserta diminta untuk menilai 12 kartun humor gelap dari kartunis terkenal Jerman dan berkongsi pendapat mereka mengenainya.

Maksudnya, sama ada mereka menganggap lelucon itu menarik dan senang difahami, sama ada mereka menganggapnya lawak dan sebagainya.

Para penyelidik menyatakan bahawa "pemprosesan humor adalah tugas memproses maklumat yang kompleks yang bergantung pada aspek kognitif dan emosi."

Humor gelap, minda fikiran terang

Para peserta dianalisis pada tiga dimensi: tahap kecerdasan mereka, kecenderungan terhadap humor hitam dan tahap keagresifan.

Para penyelidik mendapati mereka yang paling berminat dengan humor gelap juga paling tidak agresif dan paling pintar serta memiliki tahap pendidikan tertinggi.

Mereka yang memiliki tahap purata pemahaman dan minat yang sederhana terhadap kartun tersebut didapati memiliki tahap kecerdasan sederhana dan gangguan mood yang rendah, tetapi cukup agresif.

Sementara itu, mereka yang mempunyai tahap pemahaman yang sederhana dan minat yang rendah pada 12 kartun cenderung mempunyai tahap kecerdasan purata sederhana, tetapi tahap agresif yang tinggi.

Pemprosesan humor hitam atau  gelap nampaknya merupakan tugas pemprosesan maklumat yang kompleks yang bergantung pada aspek kognitif dan emosi," kajian itu menyimpulkan.

Ini dapat dihipotesiskan bahawa tuntutan kognitif dan emosi ini secara langsung mempengaruhi operasi mental yang mendasari pemprosesan humor kerana ia membawa kepada peningkatan atau penurunan kapasiti pemprosesan informasi tetapi juga memudahkan penyesuaian strategi pemprosesan humor dengan cara yang cepat dan fleksibel seperti pemprosesan humor,  bergantung pada isi dan struktur jenaka.

Kajian ini diterbitkan dalam Jurnal Cognitive Processing,

Azizi Ahmad adalah mantan pendidik dan penggemar humor

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry