Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Dari Yang Gagal Kepada Yang Lebih Gagal

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2021 5:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara Pengarang

Apakah menukar "pemandu" program elit dari Majlis Sukan Negara (MSN) kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) semata-mata, dapat memberikan rakyat Malaysia keyakinan bahawa sasaran pingat emas Olimpik akan lebih segera tercapai?

Itu gambaran yang cuba diberikan oleh rakan baik saya Haresh Deol dalam penulisannya semalam, di mana beliau mengibaratkan kereta lama walaupun sudah berjasa, harus ditukar supaya sampai ke destinasi.

Saya tidak bersetuju dengan satu pandangan yang terlalu general dan tidak menunjukkan bagaimana penukaran "pemandu" ini akan memberikan hasil yang berbeza.

Perkara pokok di sini ialah, dari mana ia datang dan ke mana perginya.

Program terkini, iaitu Podium, menyasarkan pingat emas pertama negara di Olimpik tempohari dan ia tersasar, walaupun bagi ramai netizen serta ahli politik, atlet kita telah memenangi emas di hati mereka.

Harus juga diingatkan, program Paralimpik yang juga diatur bawah bumbung yang sama, iaitu Podium, telah menepati sasaran 3 pingat emas, seperti yang terhasil di Rio de Janeiro pada 2016.

Program Podium merupakan sebuah program regimented di bawah kawalselia MSN yang merupakan kesinambungan program perintis Jaya 98 yang dilancarkan pada 1994 yang menyasarkan kejayaan kontinjen negara di Sukam Komanwel 1998.

Jaya 98 juga sebenarnya merupakan perintis kepada permasalahan dalam sukan negara. Puncanya cuma satu, iaitu wang.

Melalui program sedemikian, kebajikan dan pembangunan atlet-atlet elit dalam persediaan mereka menghadapi temasya-temasya besar seperti Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia, serta pada tier kedua, Sukan Sea, ditanggungjawabkan kepada kerajaan melalui agensi penyelarasnya iaitu MSN.

Bajet keseluruhan bagi program ini adalah antara RM188 juta hingga RM294 juta setahun bagi empat tahun semenjak 2017, di mana cycle Olimpik baru bermula. Ini adalah wang pembayar cukai, berserta sedikit tajaan syarikat perjudian Sportstoto.

Punca permasalahannya ialah semenjak program Jaya 98 diwujudkan, dilihat semakin hari persatuan-persatuan sukan kebangsaan di bawah payung OCM, semakin selesa dengan kaedah ini, di mana beban kewangan yang dahulunya mereka perlu tanggung untuk membiayai pembangunan athlet-athlet elit mereka, kini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui MSN.

Namun tidaklah seperti persatuan-persatuan sukan tidak terlibat dalam program-program tersebut. Mereka jelas sebahagian dari penyelarasannya melalui wakil-wakil mereka dalam jawatankuasa-jawatankuasa kerja berkaitan program elit itu bersama MSN.

Selang 27 tahun semenjak Jaya 98 dilancarkan, program regimentasi melalui MSN ini kini juga menanggung beban pencarian bakat bersama Institut Sukan Negara (ISN). Malah program pembangunan remaja juga dikelolakan bersama Kementerian Pendidikan, di mana athlet-athlet remaja kebangsaan ditempatkan di sekolah-sekolah sukan.

Selama 27 tahun ini, persatuan-persatuan sukan di bawah payung OCM tidak mengambil peluang dengan pengurangan beban ini dengan memfokuskan ke arah pembangunan sukan-sukan mereka, akan tetapi telah lena sehingga memudaratkan sukan-sukan mereka sendiri. 

Bagi kebanyakan sukan, tiada apa yang mereka dapat tunjukkan kecuali atlet-atlet di bawah program elit yang juga majoriti besarnya dihasilkan menerusi program pencarian bakat atau pembangunan remaja, kesemuanya tanggungan kerajaan, baik dari program Sukan Malaysia menerusi kerajaan negeri masing-masing, hinggalah ke program Podium.

Jadi, inikah "pemandu baru" yang saudara Haresh yakini dapat memberikan kita pingat emas yang telah lama kita impikan? Bagi saya, ini cuma bagi mengalihkan ratusan juta ringgit pendanaan kerajaan kepada sebuah gabungan besar yang lebih terbukti gagal.

Jika ingin mengadakan satu bentuk reform secara struktural, ia perlu bermula dari bawah. Persatuan-persatuan sukan kebangsaan di bawah payung OCM, perlu mengambil inisiatif dengan merangka program-program pengkomersiaan dan pengindustrian sukan-sukan mereka sendiri. 

Apabila sudah berkemampuan untuk mendanai sukan mereka menerusi sokongan industri mereka sendiri, maka persatuan-persatuan sukan kebangsaan itu sendiri boleh dan harus pada waktu itu mengambil seluruh tanggungjawab terhadap pembangunan dan kebajikan sukan mereka sendiri tanpa memerlukan dana kerajaan, malah boleh menjadi penyumbang kepada keluaran dalam negara kasar atau GDP negara. 

Ini baru dapat memberi keyakinan. Bukan sekadar tukar pemandu dan janjikan pingat emas. Itu lebih mirip kepada janji politik yang sekian lama memudaratkan negara. 

Kita perlu keluar dari sebuah konsep regimentasi pembangunan sukan yang diadaptasi dari negara-negara blok komunis terdahulu yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, kepada satu konsep yang lebih kini dan dipraktikkan dengan jayanya oleh semua negara yang maju dalam sukan.    

Arnaz M. Khairul adalah penulis sukan bebas dan bekas wakil Asia Tenggara, Association of International Cycling Journalists (AIJC).

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera