web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Biarlah MOM Galas Tugas Kendalikan Atlet Ke Olimpik

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 10:00AM

Zaman telah berubah dan pembaharuan diperlukan untuk memastikan sukan di Malaysia terus maju serta sampai ke matlamat yang dirancang termasuk memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih kurang 21 tahun yang lalu, mendiang ayah saya telah membeli kereta Nissan Sunny 120Y terpakai.

Pada mulanya saya tidak begitu tertarik dengan kereta tersebut. Akan tetapi ayah yang telah membeli kereta tersebut, jadi saya pun tak boleh berkata apa-apa.

Ayah inginkan kereta berwarna putih tersebut dalam keadaan 'original'. Tiada sebarang modifikasi, dari rim tayar ke warna kenderaan.

Berbekalkan duit sendiri, saya mampu meyakinkan ayah untuk menukar lampu kabin kereta dari lampu asal ke lampu besar LED warna biru.

Terus terang, saya kesal dengan perbuatan tersebut.

Kereta Nissan Sunny 120Y, dalam keadaan asal, merupakan satu kenderaan yang cukup tahan lasak. Namun kereta yang kami miliki sudah pun berumur.

Apabila ayah meninggal dunia, saya terus menyimpan kereta kesayangan keluarga. Tetapi saya terpaksa berbelanja besar untuk memastikan kenderaan tersebut dapat membawa saya dan ibu ke mana-mana.

Namun, selang beberapa tahun, keputusan berat terpaksa diambil dan saya menjual Nissan Sunny itu dan membeli kereta baru.

Proton Wira Aeroback SE merah menjadi pilihan. Selain Lembah Klang dan Taiping, kereta Wira ini sempat digunakan di Pulau Pinang dan destinasi-destinasi lain di serata Malaysia, tanpa sebarang masalah.  

Situasi sukan di Malaysia lebih kurang sama dengan episod kereta saya.

Majlis Sukan Negara (MSN) bagaikan Nissan Sunny 120Y. Suatu ketika dahulu ianya suatu organisasi yang kuat dan kebal. Tetapi zaman telah berubah dan pembaharuan diperlukan untuk memastikan sukan di Malaysia terus maju dan sampai ke destinasi yang diimpikan, pingat emas Olimpik.

Daripada asyik menukar "spare part" dari segi program-program sukan, mungkin kereta perlu ditukar. Dan mungkin kenderaan baharu itu adalah Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Ini bukan untuk menidakkan kerja baik MSN selama ini. Jangan kita mudah lupa peranan MSN dalam menjayakan Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur dan membantu atlet-atlet negara menyinar di kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti Olimpik 2016 di Rio, di mana kontinjen Malaysia pulang dengan empat pingat perak dan satu pingat gangsa.

MSN bukan sekadar Nissan Sunny 120Y tetapi umpama 'ayah'. Jika persatuan sukan inginkan duit dari 'ayah', mereka harus ikut cakap 'ayah'.

Kalau mereka mampu membeli atau menukar program yang ditaja oleh 'ayah', mereka boleh menggunakan wang sendiri. Tetapi jika mereka kesal dengan pelaburan tersebut, mereka perlu salahkan diri sendiri.

Mungkin tiba masanya untuk MSN memainkan peranan yang berbeza. Ini bukannya perlawanan untuk melihat siapa yang lebih "kebal" or "berpengaruh" tetapi badan mana yang mampu membawa atlet negara ke podium Olimpik sambil mendengar lagu Negaraku dimainkan.

Sebelum saya lupa, saya juga telah menukar Proton Wira Aeroback SE setelah lima tahun menggunakannya. Ini kerana prestasinya kurang memuaskan. Mazda RX8 pula menjadi pilihan.

Maka jika MOM gagal untuk menolong atlet negara sampai ke destinasi idaman mereka, 'kenderaan' lain pula harus diberi peluang. - Getaran, 16 September 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia, merangkul 7 anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia dan panelis antarabangsa The Guardian yang memilih 100 pemain bola sepak terbaik dunia bagi tahun 2016, 2019 dan 2020. Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Kolum 16 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam