web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sejarah (Pengkhianat) Melayu, Episod Sedih Tak Pernah Berakhir

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 11:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengenang kembali sejarah Malaysia melalui buku teks di sekolah bukan pengalaman yang menyenangkan.

Bermula kejatuhan kerajaan Melaka ke Portugis, kemudian ke tangan Belanda, episod berikutnya juga tidak banyak untuk menimbulkan rasa bangga kepada anak bangsa.

Bahagian kedua kisah sedih bersambung dengan penyerahan Pulau Pinang kepada British, meleret ke Perjanjian Pangkor yang memberikan kuasa memerintah Perak kepada British, diikuti Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Bila Perjanjian Bangkok ditandatangani, Kedah (Saiburi), Perlis (Perlit), Kelantan (Kalantan) dan Terengganu (Trangganu) diserahkan kepada British oleh Siam, tanpa ada rundingan atau penentangan radikal oleh pemimpin-pemimpin negeri tersebut.

Begitu juga ketika penjajah berganti gilir, pertempuran di Jitra yang menyaksikan kubu separa siap British diratah mudah oleh jentera mekanikal Saeki dan angkatan berbasikal.

Kira-kira 400 soldadu terkorban, hampir semuanya unit dari Punjabi dan Gurkha. Bangsa kita ada yang menganggap mereka datang untuk menghalau British.

Penyelamat bangsa Asia akhirnya menghadiahkan tamparan pengkhianatan kepada orang Melayu sebagai ganti beras dan segala hasil yang dijarah.

Pelempang Jepun juga tidak dapat mengejutkan bangsa kita sehingga kini. 

Ratusan tahun kita perit menahan malu, dijajah dan dirompak hasil bumi.

Tiada pemimpin yang betul-betul mampu menyatukan rakyat secara besar-besaran menolak segala penjajah ini seperti yang kita lihat di negara-negara yang memperoleh kemerdekaan dengan darah.

Di mana pemimpin Melayu?

Dari jauh kita melihat ketokohan Umar al Khattab, kesungguhan Jeneral Sudirman dan ketekunan Jose Rizal. Mereka membakar diri demi apa yang mereka masing-masing percaya.

Tapi pemimpin kita terus sibuk dengan permainan kuasa, mempersetan nasib bangsa.

Ini bukan tulisan untuk memperlekeh bangsa sendiri, sebaliknya sambungan entri diari ratapan nasib dari satu generasi rakyat bawahan yang sekadar menjadi penonton lakon layar para elit politik.

Sejarah bangsa kita ditulis dengan plot pengkhianatan secara bersiri, berulang-ulang selepas satu demi satu akibat perang saudara merebut kuasa.

Masing-masing haloba ingin memuaskan nafsu sendiri.

Malangnya roda takdir belum juga haus dan terus memainkan jalan cerita sama sehingga hari ini. Politik menjadi permainan orang-orang kaya mencari laba.

Rakyat jelata terpukau seperti menonton filem aksi, sekali sekala berhenti ternganga lalu berdiri dan menjerit, “MERDEKA!”. - Getaran, 2 September 2021

Zulfadzli Halim ialah seorang bekas jurutera sebelum COVID. Kini berkicauan di Twitter menggunakan nama @bumilangit kerana tak cukup kacak untuk TikTok.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Kolum 3 hari yang lalu

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

3

Kolum 4 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam