Berita Terkini

5 jam yang lalu: 9,231 kes sembuh dilaporkan hari ini, 2,279,520 kes kumulatif - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: COVID-19: 6,145 kes baharu dilaporkan hari ini, kumulatif kes kini 2,390,687 - KP Kesihatan 10 jam yang lalu: Vaksinasi populasi dewasa negara capai 91.5 peratus 12 jam yang lalu: Warga pendidik diminta segera mendapatkan vaksin COVID-19 demi perlindungan diri dan pelajar- Ismail Sabri 15 jam yang lalu: Institusi pendidikan di Kedah dan Kelantan mula beroperasi 31 Okt, manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah, 1 Nov ini- KPM

IKUTI KAMI


Menyusun Semula Sektor Keselamatan Negara

Kolum Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Aug 2021 6:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara pengarang

Dalam beberapa tahun lepas, situasi geopolitik di sekitar Malaysia dan juga struktur kuasa politik dalamannya telah berubah serentak secara mendadak. Bagi menyesuaikan peranannya, sektor keselamatan Malaysia perlu melakukan reset atau penyusunan semula.

Malaysia kini mempunyai Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sebagai pemimpin yang dianggap sebelum ini kurang penting sepanjang kariernya dalam UMNO sebagai sebuah parti yang besar, beliau mungkin tidak mempunyai kesungguhan melaksanakan perubahan bagi sektor keselamatan.

Namun, beliau sekurang-kurangnya boleh mengubah struktur portfolio keselamatan dalam Kabinetnya bagi menghadapi cabaran semasa.

Jentera keselamatan negara perlu berhadapan dengan krisis COVID-19 dan kesan-kesan lanjutannya yang tidak akan lenyap begitu sahaja. Persaingan kuasa di antara Amerika Syarikat dan China yang sedang berlaku dalam ruang sempadan Malaysia, khususnya di Laut China Selatan serta di luar kawasan sekitarnya perlu diberi lebih perhatian.

Krisis di Myanmar, termasuk krisis kemanusiaan melibatkan Rohingya, akan terus memberi kesan kepada Malaysia.

Perubahan iklim yang kian meruncing akan mengakibatkan lebih banyak bencana seperti banjir, yang memerlukan kesiapsiagaan pelbagai agensi. Malaysia memerlukan pendekatan menyeluruh negara untuk mematahkan ancaman siber yang kian meningkat.

Dari sudut keselamatan dalam negeri pula, bagaimanakah kita hendak memastikan pasukan polis lebih bertanggungjawab terhadap isu salah laku seperti insiden kematian dalam tahanan dan rasuah; mengurangkan kesesakan dan penambahbaikan sistem penjara; imigresen dan pengurusan pekerja asing dan komuniti pelarian dan sebagainnya memerlukan pemikiran baharu daripada pemimpin politik.

Seksyen 6 dalam Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776) menyenaraikan keanggotaannya seperti berikut:

1. Perdana Menteri sebagai Pengerusi;

2. Timbalan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengerusi;

3. Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan;

4. Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab hal ehwal dalam negeri;

5. Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi komunikasi dan multimedia;

6. Ketua Setiausaha Negara;

7. Panglima Angkatan Tentera; dan

8. Ketua Polis Negara.

Ramai pemerhati keselamatan di seluruh dunia pastinya sedar bahawa menteri luar tiada dalam struktur ini.

๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ

Dalam banyak hal, beberapa petanda memberi bayangan kepada masalah yang lebih besar. Antara petanda tersebut adalah:

1. Institusi keselamatan Malaysia hanya menumpukan kepada isu-isu dalam negeri dan kurang memberi perhatian terhadap perkembangan yang berlaku di rantau Asia dan seluruh dunia; dan

2. Agensi keselamatan dalam negeri jarang berkomunikasi antara satu sama lain, apatah lagi menyelaraskan gerak kerja bersama.

Ketika era pemerintahan satu-parti UMNO, para pemimpin utama parti itu lebih berminat menyandang jawatan yang memberikan akses kepada kontrak-kontrak lumayan dan peruntukan-peruntukan besar seperti kementerian pembangunan luar bandar dan kerja raya.

Kementerian luar pula dianggap seperti tempat buangan ahli politik seperti mana yang dialami mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, ketika beliau dipinggirkan pada tahun 1990-an.

Malah, keputusan strategik hubungan antarabangsa kebanyakannya ditentukan oleh Perdana Menteri berbanding menteri luar.

Sewaktu saya menjadi timbalan menteri pertahanan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, saya sedar bahawa ada pemimpin angkatan tentera yang ragu-ragu dan kurang senang dengan pendekatan kementerian dalam negeri dan kementerian luar berkenaan isu sempadan tertentu dan cabaran keselamatan.

Namun, tiada sebarang platform untuk mengemukakan perbezaan pandangan serta merangka strategi yang menyeluruh.

Selepas pertukaran kerajaan, satu contoh percanggahan yang ketara berlaku pada 1 Jun tahun ini. Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan tentang pencerobohan pesawat Tentera Udara China di dalam zon pertahanan udara Malaysia, tetapi menyatakan perkara ini telah “dimaklumkan” kepada kementerian luar Malaysia.

Semasa era kerajaan Pakatan Harapan, ada perbincangan untuk membentuk sebuah pasukan keselamatan khusus yang mengawal sempadan. Hal ini perlu diketengahkan semula.

Hari ini, sempadan darat Malaysia dikawal oleh Tentera Darat dan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia. Keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah pula dipertanggungjawabkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang bertindan bidang kuasanya. Ia dianggotai pasukan polis, angkatan tentera, dan pihak awam.

Peranan asal Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah untuk mengendali kerjasama rentas agensi selepas peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Hal ini menjelaskan fungsinya yang lebih tertumpu kepada hal-ehwal dalam negeri.

MKN pada dasarnya diterajui para pentadbir awam, tanpa dipandu oleh kepimpinan politik. Sebelum krisis Covid-19, MKN bersidang hanya setiap 3 bulan.

Namun, berlaku sedikit perubahan apabila terjadinya rampasan kuasa Sheraton pada Februari 2020 yang telah menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang digantikan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

๐—ž๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ K๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ถ ๐—บ๐˜‚๐—น๐˜‚๐˜

Apabila Muhyiddin menguatkuasakan sekatan pergerakan di seluruh negara pada Mac 2020, MKN telah dijadikan platform penyelarasan antara agensi. Menteri Kanan Pertahanan ketika itu, Ismail Sabri, telah dipilih sebagai menteri utama untuk memberi maklumat terkini setiap hari berkenaan hal keselamatan berkaitan Covid-19.

Idea Muhyiddin menubuhkan “kluster Kabinet” merangkumi sektor keselamatan, ekonomi, sosial dan pendidikan, dan pembangunan infrastruktur, yang masing-masing diketuai seorang menteri kanan, sebenarnya boleh diteruskan. Menteri kanan boleh dijenamakan semula sebagai “menteri penyelaras”.

Namun, janji mulut sahaja tidak cukup. Ini adalah kerana sewaktu pentadbiran Muhyiddin berhadapan dengan krisis Covid-19, kementerian kesihatan di bawah kelolaan ketua pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengetepikan pendekatan bersama serta melakukan laporan kemaskini harian secara bersendirian. Ini menyebabkan sistem kluster Muhyiddin gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Pertembungan tiga penjuru di antara portfolio kesihatan, keselamatan, dan perdagangan - yang dicetuskan oleh menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Datuk Seri Azmin Ali - telah menjadi bahan berita utama sepanjang tahun 2021 dan ini menjejaskan keyakinan orang awam terhadap kemampuan kerajaan menguruskan krisis.

Begitu juga keadaannya dengan kementerian dalam negeri yang tidak mempunyai penyelarasan dasar dengan badan-badan keselamatan yang lain. Contohnya, semasa kementerian luar berkempen untuk menjadikan Malaysia anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, agensi-agensi kementerian dalam negeri pula telah bertindak keras terhadap pelarian dan pekerja asing tanpa dokumen ketika pandemik.

MKN dan beberapa badan keselamatan yang berkaitan seperti agensi yang bertanggungjawab menguruskan bantuan bencana, NADMA, telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Mengikut kebiasaan, ia perlu melapor kepada timbalan perdana menteri.

Sepanjang pemerintahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, negara tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri sehinggalah Julai 2021. Muhyiddin melantik pesaing dalam partinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, sebagai salah seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang bertanggungjawab menguruskan bantuan bencana.

Tetapi, Mohd Redzuan kemudiannya diketepikan dan dilarang daripada menghadiri mesyuarat berkaitan keselamatan dan pengurusan Covid-19.

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป

Memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri dan salah seorang calon timbalannya Datuk Seri Hamzah Zainuddin, masing-masing sebagai menteri pertahanan dan menteri dalam negeri ketika pentadbiran Muhyiddin, saya berharap sekurang-kurangnya ada perancangan yang lebih teliti untuk membangunkan kepimpinan politik yang teguh dan padu bagi sektor keselamatan.

Pelantikan bagi portfolio pertahanan, keselamatan dalam negeri, dan hal-ehwal luar akan menjadi tumpuan pemerhati politik dan hal-ehwal keselamatan. Seorang “penasihat keselamatan negara”, yang boleh dipilih daripada salah seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu dilantik untuk menyusun semula struktur keselamatan.

MKN pula sepatutnya bersidang secara rasmi setiap minggu dalam bentuk mesyuarat “Kabinet kecil” bagi kluster keselamatan dalam Kabinet.

Masanya sudah tiba untuk kerajaan mengurus hal-ehwal keselamatan dengan lebih serius. Meneruskan amalan lama tidak akan membolehkan Malaysia untuk mendepani cabaran akan datang.

Malaysia perlu menyusun semula sektor keselamatan. Semoga pembentukan Kabinet baharu Ismail Sabri dapat memulakan usaha ini.

Liew Chin Tong adalah bekas Timbalan Menteri Pertahanan dan seorang Senator

Sorotan

1

Didakwa Pakai Tangkal, Khairy Sinis Bidas Anti Vaksin

2

Search - Kembali Kepada Asal, Pulangkan Kepada Yang Berhak

3

United Tersungkur Di Leicester, Liverpool Benam Watford

4

Piala Thomas: China Jumpa Indonesia Di Final

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Wayang Pacak Ke Restorasi Digital

oleh Roslen Fadzil

Kolum 1 hari yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Usah Berhenti Belajar!

oleh M.Zulkifli